Wow! Makan Malam Sebelum Pukul 7 Bukan Untuk Diet Saja, Ada Lagi Manfaat Kesihatan Lain

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 01/07/2020 . 3 minit bacaan

Amalan makan malam sebelum pukul 7 amat popular dalam kalangan orang yang berdiet. Amalan ini bukan sahaja baik untuk kesihatan, malah dapat menghalang kita dari makan terlalu banyak sebelum tidur.

Makan sebelum pukul 7 telah lama diamalkan oleh masyarakat Cina. Ada banyak manfaat makan malam awal yang ramai tidak tahu.

Oleh itu, jom baca artikel kami untuk tahu dengan lebih lanjut!

Masyarakat Cina dan amalan makan sebelum pukul 7 malam

Masyarakat Cina tidak menganggap makanan sebagai sumber tenaga semata-mata. Malah, makanan sebenarnya mempunyai simbolik yang lebih besar dan bermakna kepada mereka.

Terkenal dengan gaya pemakanan yang sihat, orang Cina mengamalkan konsep ‘yin’ dan ‘yang’ dalam masakan mereka.

Mereka memastikan masakan mereka harmoni dengan pelbagai elemen seperti sayuran dan buah-buahan yang akan melindungi mereka daripada penyakit.

Makanan juga melambangkan hubungan mereka dengan Tuhan, tahap sosioekomi mereka dan ia juga digunakan sebagai alat untuk bersosial.

Orang Cina makan untuk mengeratkan hubungan antara ahli keluarga dan rakan-rakan. Oleh itu, makan malam selalunya disediakan dalam amaun yang banyak.

Mereka selalunya akan duduk dan makan bersama-sama keluarga pada pukul 6.30 petang hingga 7 malam sejurus selepas semua ahli keluarga telah pulang dari kerja.

Amalan makan sebelum pukul 7 ini kemudiannya dilihat sebagai salah satu cara pemakanan yang sihat yang perlu dicontohi oleh masyarakat lain di seluruh dunia.

Namun, sebenarnya ada banyak lagi manfaat makan awal yang kita tidak tahu. Kebaikannya merangkumi bukan sahaja dari aspek sosial malah dari segi kesihatan juga!

Jangan biasakan amalan makan sebelum tidur. Anda akan mudah jatuh sakit nanti!

Kebaikan makan sebelum pukul 7

makan sebelum tidur

Anda mahu kurus? Cuba makan sebelum pukul 7 malam

Makan sebelum pukul 7 boleh membantu anda untuk turunkan berat badan. Tetapi, dengan syarat anda tidak makan apa-apa lagi sampailah anda tidur.

Kajian mendapati bahawa makan selepas pukul 8 akan membuatkan invividu rasa lebih teringin untuk mengunyah ataupun snacking sehingga masa tidur mereka tiba.

Selalu makan lewat malam dan tidur lambat boleh menjejaskan sistem metabolisma badan. Jika anda ingin kurus, cuba pastikan anda makan sebelum pukul 7.

Tambah lagi, tempoh masa yang lama dari pukul 7 malam sehinggalah keesokan pagi membolehkan badan memproses makanan dengan lebih sempurna.

Tempoh ‘puasa’ ini juga antara sebab anda mudah untuk turun berat badan!

Tidur yang lebih lena

Elakkan makan sebelum tidur! Banyak kajian yang telah membuktikan bahawa makan pada waktu kita sepatutnya tidur hanya akan bawa mudarat kepada kesihatan badan.

Kami faham bahawa ramai yang sibuk dengan kerja. Tapi elakkan menunda-nunda waktu makan sehingga anda terpaksa makan sebelum waktu tidur.

Individu yang makan lebih banyak pada lewat malam didapati lebih sukar untuk tidur berbanding individu yang makan lebih awal.

Sama seperti minum alcohol ataupun kopi sebelum tidur, efek makan sebelum tidur hanya akan buatkan anda sukar untuk lena!

Apabila anda makan lewat malam, sistem penghadaman anda terpaksa bekerja lebih keras ketika anda tidur.

Ini akan buatkan anda sering terjaga ketika malam. Tidur yang tak lena hanya akan buatkan anda lebih penat ketika bangun tidur keesokan harinya.

Kurang rasa pedih ulu hati

Kepada invididu yang sering menderita sakit ulu hati, cuba makan malam sebelum pukul 7. Makan awal akan membantu badan untuk mencerna makanan dengan lebih baik.

Makanan memerlukan lebih kurang 3 hingga 4 jam untuk habis dicerna oleh perut. Jika anda makan terlalu lewat, badan anda terpaksa mencerna makanan ketika anda sedang tidur.

Pasti pesakit yang selalu menderita pedih ulu hati tahu bahawa heartburn lebih teruk ketika badan dalam keadaan berbaring.

Oleh itu, makanlah sebelum pukul 7 malam untuk elakkan rasa pedih ulu hati ya!

Anda mungkin berminat:

Sering Sakit Dada? Adakah Disebabkan Pedih Ulu Hati Atau Sakit Jantung? Kenali Perbezaannya!

Badan yang lebih sihat

Tahukah anda makan sebelum tidur boleh meningkatkan kadar lemak dalam darah? Apabila anda makan, badan akan menukarkan kalori yang tidak digunakan kepada trigliserida ataupun lemak.

Tahap trigliserida yang tinggi di dalam darah boleh meningkatkan risiko anda untuk menghidap penyakit jantung, strok dan juga obesiti.

Selain itu, makan makanan yang bergaram ketika lewat malam juga boleh meningkatkan risiko darah tinggi dan kembung perut.

Oleh itu, cuba elakkan makan pada waktu malam lebih-lebih lagi makan makanan yang berat seperti nasi goreng, tomyam ataupun nasi kandar pada pukul 10 malam ya!

Makan awal, elak dari makan sebelum tidur

makan sebelum tidur

Makan sebelum pukul 7 yang selalu diamalkan oleh orang Cina ternyata banyak faedahnya kepada kesihatan.

Jika anda inginkan badan yang lebih sihat, tidur yang lebih lena dan jantung yang tahan lama, anda boleh cuba aplikasikan amalan ini dalam kehidupan seharian anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Tips Makan Secara Sihat

Apa itu makan secara sihat? Ia sebenarnya satu makan seperti berdiet, tetapi ia mementingkan aspek untuk memperbaiki dan mempertingkatkan kesihatan dan kesejahteraan diri. Makan secara sihat adalah cara untuk ...

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 04/12/2018 . 3 minit bacaan

Gaya Hidup Sihat: Mengapa Anda Perlu Mengamalkannya?

Kita sememangnya perlu untuk hidup secara sejahtera. Ikuti artikel ini untuk mengetahui mengapakah kita perlu mengamalkan gaya hidup sihat.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 06/08/2018 . 2 minit bacaan

Sindrom Makan Malam Akibat Tabiat Makan Malam

Apa Itu Sindrom Makan Malam (NES)? NES adalah satu keadaan menggabungkan makan berlebihan pada waktu malam dengan masalah tidur. Dengan NES, anda makan banyak selepas makan malam, menghadapi masalah tidur dan ...

Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Ditulis oleh Farah Aziz
Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 27/06/2018 . 2 minit bacaan

6 Kebaikan Pengambilan Makanan Sihat Buat Badan, Salah Satunya Boleh Bakar Kalori Anda!

Bercakap mengenai amalan pemakanan seimbang, adakah anda tahu jenis makanan sihat yang baik untuk badan? Jom ambil tahu tentangnya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Farah Aziz
Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 30/05/2018 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

jangan makan malam

Pakar Kongsi 4 Sebab MESTI Elak Makan Lewat Malam, Rupanya Ada Kaitan Dengan Jantung?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 20/05/2020 . 3 minit bacaan
komunikasi

Komunikasi Positif Galak Kanak-kanak Untuk Makan Sihat

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 09/05/2019 . 2 minit bacaan
10-ways-avoid-holiday-weight-gain

10 Cara Hindari Masalah Berat Badan Naik Ketika Bercuti

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 04/02/2019 . 2 minit bacaan
healthy-eating-managing-stress

Pemakanan Sihat, Bantu Atasi Tekanan

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 25/01/2019 . 2 minit bacaan