backup og meta

Makan Lebih Buah-buahan dan Sayuran Mampu Tingkatkan Kesejahteraan Mental

Fakta Disemak oleh Dr. Shelby


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 09/07/2020

    Makan Lebih Buah-buahan dan Sayuran Mampu Tingkatkan Kesejahteraan Mental

    Kita sedia maklum berkenaan manfaat buah-buahan dan sayur-sayuran terhadap kesihatan fizikal manusia, tetapi adakah kita mengetahui berkenaan kebaikan buah-buahan yang mampu meningkatkan kesejahteraan dan kesihatan mental manusia?

    Berdasarkan kajian bertajuk ‘Lettuce Be Happy: A Longitudinal UK Study on The Relationship Between Fruit and Vegetable Consumption and Well-being’ yang diterbitkan dalam jurnal Social Science & Medicine pada Februari 2019, kajian menyatakan bahawa dengan meningkatkan pemakanan buah dan sayur boleh meningkatkan kesejahteraan mental. Selain daripada itu, terdapat juga satu kajian pada bulan Julai 2016 yang diterbitkan dalam American Journal of Public Health berkenaan perkaitan pemakanan buah-buahan dan sayur-sayuran dengan peningkatan kesihatan mental. Kajian yang bertajuk ‘Evolution of Well-being and Happiness After Increases in Consumption of Fruit and Vegetables’ menyatakan penemuan mereka yang dijalankan di Australia bahawa dengan peningkatan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran mampu memperbaiki kesejahteraan psikologi seseorang individu.

    Penambahan satu bahagian buah-buahan atau sayur-sayuran kedalam pelan pemakanan anda akan memberi manfaat yang sama seperti anda berjalan selama 7 hingga 8 hari lebih dalam sebulan kepada kesihatan mental anda. Satu bahagian yang dicadangkan adalah bersamaan dengan satu cawan sayur-sayuran mentah, separuh cawan sayuran yang dimasak atau buah yang telah dipotong atau sebiji buah. Satu kajian yang dijalankan di New Zeland yang diterbitkan pada bulan Februari 2017 yang bertajuk ‘Let Them Eat Fruit! The Effect of Fruit and Vegetable Consumption on Phsychological Well-being in Young Adults: A Randomized Controlled Trial’ turut menyatakan bahawa pengukuran bagi kesejahteraan mental seperti ukuran motivasi dan daya hidup seseorang akan semakin baik apabila mereka memakan 2 bahagian tambahan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari selama 2 minggu walaupun tiada perubahan dikesan bagi simptom kemurungan, kegelisahan dan mood.

    Walaupun terdapat kajian yang menyatakan hubungan pemakanan buah-buahan dan sayur-sayuran dengan peningkatan kesejahteraan dan kesihatan mental, masih terdapat ruang bagi kajian untuk menemukan faktor yang menyebabkan peningkatan itu terjadi. Kajian boleh memfokuskan daripada aspek mekanisme biologi yang menghubungkan diantara komposisi kimia yang terdapat dalam buah-buahan dan sayur-sayuran dengan perubahan fizikal tubuh badan. Seperti contoh, vitamin C dan E telah menunjukkan fungsinya dalam merendahkan penanda keradangan yang sering dikaitkan dengan mood depresi berdasarkan kajian yang diterbitkan dalam BMC Medicine yang bertajuk ‘So Depression is An Inflammatory Disease, But Where Does The Inflammation Come From?’

    Walaubagaimanapun, buah-buahan dan sayur-sayuran bukanlah bertindak sebagai ganti kepada rawatan perubatan, tetapi dengan meningkatkan pemakanan buahan dan sayuran dalam diet seharian mampu meningkatkan fungsi mental anda dan kesejahteraannya. Makan buah-buahan dan sayur-sayuran bukan sahaja membantu kesihatan fizikal anda malah kesihatan mental turut dipertingkatkan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Dr. Shelby


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 09/07/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan