Lupus Menyebabkan Strok?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Lupus adalah satu penyakit keradangan kronik yang berlaku apabila sistem imun badan menyerang tisu dan organ anda sendiri. Keradangan yang disebabkan oleh lupus boleh menjejaskan pelbagai sistem badan yang berbeza – termasuk sendi, kulit, buah pinggang, sel darah, otak, jantung dan paru-paru. Tetapi, benarkah lupus menyebabkan strok?

Apakah tanda dan simptom lupus?

Tanda dan simptom lupus yang boleh dialami adalah bergantung kepada sistem badan yang terjejas disebabkan penyakit ini. Antara tanda dan simptom yang paling biasa dialami adalah:

  • Keletihan dan demam
  • Kesakitan pada sendi, kebas dan bengkak
  • Ruam berbentuk rama-rama pada muka yang meliputi pipi dan tulang hidung
  • Muncul luka pada kulit atau bertambah teruk apabila terdedah kepada cahaya matahari
  • Jari tangan dan kaki menjadi putih atau biru apabila terdedah kepada cuaca sejuk atau ketika tempoh yang amat tertekan
  • Sesak nafas
  • Sakit dada
  • Mata kering
  • Sakit kepala, kekeliruan dan kehilangan memori

Bagaimana lupus menyebabkan strok?

Oleh kerana lupus menjejaskan beberapa organ dalam badan, maka potensi lupus menyebabkan strok wujud dalam beberapa cara:

  • Mencetuskan pembentukan darah beku. Kewujudan aktiviti tidak normal dalam sistem imun badan, di mana antibodi dalam pesakit lupus akan menyerang membran sel pada bahagian dalam saluran darah. Ia boleh menyebabkan darah beku dalam saluran darah pada bahagian-bahagian badan yang berbeza, termasuk dalam urat kaki, ruang jantung, urat besar pada bahagian kepala. Dalam sesetengah kes, darah beku ini berisiko untuk bergerak ke otak dan menyebabkan strok embolik.
  • Fungsi abnormal antibodi dalam lupus boleh menyebabkan berlakunya fungsi pembekuan darah tidak normal, termasuk antibodi lupus anticoagulant dan antibodi anticardiolipin.
  • Bagi sesetengah pesakit lupus, sejumlah kecil produk imun – pelet kecil antibodi, sel imun yang bercampur dengan mineral, protein dan sebarang produk berkaitan sistem imun – boleh dijumpai dalam hati. Ia boleh menyebabkan strok apabila ia bergerak ke bahagian otak melalui jantung.
  • Satu lagi komplikasi lupus adalah vasculitis. Keadaan ini adalah apabila saluran darah mengalami keradangan kronik sehingga aliran darah dihalang sepenuhnya. Ini amat berbahaya apabila ia berlaku dalam saluran darah dalam otak, yang akan mendorong kepada strok.

Apa yang meningkatkan risiko lupus?

Faktor yang boleh meningkatkan risiko lupus adalah termasuk:

  1. Jantina – lupus lebih kerap berlaku kepada individu wanita.
  2. Usia – walaupun lupus boleh menjejaskan semua individu pada semua peringkat usia, namun ia kerap didiagnosis pada usia antara 15 hingga 40 tahun.
  3. Bangsa – lupus adalah lebih kerap dalam kalangan Afrika-Amerika, Hispanik dan Asia.

Lupus berlaku apabila sistem imun menyerang tisu yang sihat di dalam badan. Ia mungkin berpunca dari lupus hasil gabungan genetik dan persekitaran. Penyakit ini boleh berkembang apabila mereka bersentuhan dengan sesuatu dalam persekitaran yang boleh menyebabkan lupus. Punca yang menyebabkan lupus bagi kebanyakan kes, diakibatkan beberapa pencetus yang berpotensi, seperti:

  • Cahaya matahari – pendedahan kepada matahari boleh menyebabkan luka kulit lupus atau mendorong tindak balas dalaman pada individu yang mudah dijangkiti
  • Jangkitan – mempunyai jangkitan yang boleh memulakan lupus
  • Ubatan – lupus boleh dicetuskan oleh beberapa jenis ubatan seperti ubatan antisawan ubatan tekanan darah dan antibiotik ubatan tekanan darah dan antibiotik

Sila berjumpa doktor jika anda mengalami ruam yang tidak dapat dijelaskan, demam dan sakit yang berterusan atau keletihan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

Tarikh Reviu: Mei 8, 2019 | Kali terakhir kemaskini: Mei 8, 2019

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut