backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Lindungi Kulit Anda daripada Klorin Sewaktu Berenang

Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 15/07/2020

    Lindungi Kulit Anda daripada Klorin Sewaktu Berenang

    Berenang secara umumnya dianggap sebagai aktiviti sukan yang sihat untuk kanak-kanak dan orang dewasa. Walau bagaimanapun, jika anda seorang perenang tegar, anda mungkin mendapati kesan daripada penggunaan kolam renang selain kulit berkedut akibat air. Bagi perenang professional mahupun perenang rekreasi, berenang dalam kolam renang berklorin boleh menyebabkan kerengsaan kulit.

    Kolam renang kebiasaannya dirawat dengan klorin untuk mengelakkan penyakit disebabkan kuman dan bakteria yang terdapat di dalam air. Air paip anda juga dirawat dengan klorin. Klorin melindungi anda daripada bakteria berbahaya yang mungkin wujud dalam kolam renang, tetapi bahan kimia ini turut menyingkirkan minyak semula jadi pada rambut dan kulit. Ini menyebabkan kulit anda menjadi kering, gatal, merekah, dan sensitif, sementara rambut dan kuku anda akan menjadi kering dan rapuh.

    Selain kesan langsung, klorin bertindak balas dengan bahan organik atau bukan organik yang dibawa oleh perenang (peluh, air kencing, rambut, kulit dan produk penjagaan diri) untuk membentuk bahan kimia yang dikenali sebagai keluaran sampingan disinfeksi (disinfection byproducts). Bahan tersebut boleh mengganggu mata, hidung, kulit dan saluran pernafasan perenang, menyebabkan keradangan saluran pernafasan. Perenang professional mungkin mengalami keradangan pernafasan yang serupa seperti pesakit asma. Bahkan, perenang kanak-kanak mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami asma dan jangkitan pada saluran pernafasan dan telinga. Memandangkan kebanyakan kolam renang menggunakan klorin sebagai kaedah penyahjangkitan, ketahui beberapa langkah perlindungan untuk mengurangkan risiko kesan sampingan apabila anda berenang:

    Sebelum Anda Berenang

    Anda mungkin biasa melihat papan tanda yang memberitahu anda untuk mandi dahulu sebelum masuk ke dalam kolam. Sebenarnya, ada manfaat sebenar untuk melakukan perkara tersebut. Cuba basahkan rambut anda sepenuhnya sebelum menyelam. Ini akan membantu memperlahankan penyerapan klorin kerana kulit dan rambut anda akan kurang menyerap air apabila basah.

    Jangan lupa untuk menyapu krim pelindung matahari yang tahan air 15 minit sebelum anda berenang bagi memberi kulit anda masa untuk menyerap dan membentuk penghadang yang kuat. Selain perlindungan sinar ultraviolet, krim pelindung matahari membentuk penghadang di atas kulit anda, mecegah klorin daripada mengeringkannya secara berlebihan. Ini juga akan menghalang kesan kerosakan akibat matahari dan penuaan pramatang jika anda seorang perenang tegar.

    Anda juga boleh menyapukan lapisan nipis minyak untuk mencipta lapisan penghadang nipis yang menghalang air berklorin diserap kulit dan rambut anda. Sapukan minyak semasa kulit anda masih lembap untuk mengelakkan kulit terlalu berminyak. Bagi bibir anda, gunakan balm semula jadi sebagai lapisan pelindung. Topi renang dengan saiz yang tepat dan sepasang gogal juga dapat menghalang air berklorin daripada mencapai kawasan rambut dan mata.

    Selepas Anda Berenang

    Sebaik sahaja anda keluar daripada air, luangkan masa untuk membilas seluruh badan anda dengan air. Gunakan sabun dan bersihkan rambut anda dengan syampu yang lembut. Sapukan perapi rambut yang pekat dan melembap untuk menggantikan kelembapan rambut.

    Disebabkan air paip juga mempunyai tahap klorin tertentu, adalah sangat penting untuk anda melembapkan kulit sejurur selepas mandi. Lembapkan setiap inci kulit anda, dengan memberi perhatian untuk menyapu pada bahagian kutikula di sekeliling kuku, dan juga pada bahagian kulit yang nipis kerana paling mudah terdedah kepada kerosakan klorin. Ini termasuklah siku, dada, bahu dan belakang tangan anda. Sapukan juga pelembap di bawah mata anda dengan berhati-hati.

    Mempunyai rutin sebelum dan selepas berenang boleh melindungi kulit anda daripada klorin. Pastikan anda mandi, melembap dan memakai pelindung matahari sebelum masuk ke kolam renang. Sebaik sahaja anda keluar daripada air, mandi segera dan lembapkan lagi. Dengan penjagaan kulit, anda tidak akan terganggu dengan kesan klorin lagi.

    Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Amy Kor

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 15/07/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan