Sekarang ini kalau masuk mall, boleh nampak banyak kiosk yang menjual pokok atau tumbuhan yang kecil dan sesuai untuk diletakkan dalam rumah. Tapi elok ke ada tanaman rumah ini?
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group
Sekarang ini kalau masuk mall, boleh nampak banyak kiosk yang menjual pokok atau tumbuhan yang kecil dan sesuai untuk diletakkan dalam rumah. Tapi elok ke ada tanaman rumah ini?
Adakah indoor plants berfungsi sebagai terapi hijau?
Jika dahulu tumbuhan biasanya dilihat di kawasan luar rumah, namun kini semakin ramai yang menjadikan indoor plants sebagai salah satu perkara wajib ada di dalam rumah. Apakah kelebihannya?
Perangsang emosi
Meletakkan tumbuhan yang mempunyai bau seperti peppermint dikatakan dapat meningkatkan memori dan tahap kewaspadaan. Aroma sitrus pula boleh memperbaiki emosi dan meningkatkan kadar norepinephrine, kimia dalam otak yang dikaitkan dengan emosi dan tingkah laku.
Jadi letakkanlah tanaman rumah dalam kediaman untuk membantu meningkatkan produktiviti anda.
Penghapus tekanan
Tanpa mengira jenis tumbuhan atau indoor plants yang diletakkan sama ada di ruang pejabat mahupun di rumah, semestinya ia dapat mengurangkan tekanan yang dialami.
Dalam kajian yang dilakukan oleh Department of Horticulture and Landscape di Washington State University mendapati pekerja yang melakukan tugas melibatkan komputer akan mengalami penurunan dalam tekanan darah sistolik apabila terdapat tumbuhan yang ditambah dalam kawasan persekitaran.
Keadaan ini sekali gus dapat meningkatkan tumpuan dan tahap pemerhatian.
Tanpa kita sedar, terdapat toksin yang dilepaskan oleh produk atau barangan yang terdapat dalam rumah. Formaldehyde boleh dijumpai pada permaidani, gam, cat dan pelbagai barangan lain.
Trichloroethylene pula biasanya berada pada bahan penghilang cat, produk pembersih permaidani dan pelekat. Manakala benzene pula terdapat pada barangan seperti plastik, serat sintetik, pelincir, getah dan racun serangga.
Terdapat beberapa pokok terapeutik yang boleh membantu membersihkan udara yang anda sedut daripada bahan kimia ini antara spesis tumbuhan yang popular adalah seperti:
Meletakkan tanaman rumah boleh dilihat sebagai satu trend semasa yang sedang mendapat permintaan tinggi.
Selain berfungsi sebagai terapi stres, ia juga bertujuan sebagai hiasan untuk menambahkan seri persekitaran dalam rumah.
Jadi bila dalam keadaan tertekan, tengok tumbuhan hijau dalam rumah, dapatlah redakan hati ‘tu’. Rumah berseri, hati pun tak sakit.
Kebaikan lain yang boleh diperolehi dengan meletakkan pokok dalam rumah adalah:
Jika anda berminat untuk meletakkan tanaman rumah, perkara yang paling utama adalah untuk memastikan kesesuaian sesuatu jenis tumbuhan itu.
Dalam masa yang sama, jangan pula meletakkan terlalu banyak tumbuhan sehingga menyesakkan keadaan di dalam rumah. Tambah stres ‘pulak’ nanti. Seeloknya dalam lima hingga enam jenis tanaman hiasan.
Pastikan anda tidak mengabaikan aspek penjagaan dan penyelenggaraannya. Jangan ingat letak dalam rumah, tanaman tersebut ‘tak’ perlukan air pulak.
Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen