backup og meta

Suntikan Kontraseptif Mungkin Boleh Bantu Cegah Kanser Serviks - Kajian

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 2 minggu lalu

    Suntikan Kontraseptif Mungkin Boleh Bantu Cegah Kanser Serviks - Kajian

    Selalunya pengambilan pil kontraseptif hanyalah untuk mencegah kehamilan. Tetapi ada kajian mengatakan kesan suntikan depo membantu melawan sel penyebab kanser serviks.

    Adakah ia sahih?

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kanser sila dapatkannya di sini.

    Kesan suntikan depo hentikan sel kanser serviks

    Dalam sebuah kajian yang diterbitkan dalam The American Journal of Pathology, suntikan kontraseptif biasa dikatakan dapat membantu melindungi wanita daripada kanser serviks.

    Ia berdasarkan hasil penyelidikan yang dilakukan ke atas haiwan. 

    Melalui penyelidikan yang dijalankan, saintis daripada University of Houston di Texas mendapati wujud kesan perlindungan suntikan ke atas tikus makmal.

    kesan suntikan depo

    Dalam eksperimen ini, sejumlah tikus makmal diberikan bahan kimia medroxyprogesterone acetate (MPA), selepas wujud tanda awal kanser. 

    Hasil kajian menunjukkan tikus yang telah disuntik dengan suntikan kontraseptif Depo-Provera, dilindungi daripada penyakit kanser serviks.

    Di samping itu, badan mereka menghentikan perkembangan sel-sel kanser, malahan sel kanser yang sedia ada semakin menurun. 

    Tikus digunakan dalam kajian ini kerana proses perkembangan kanser di dalam badan mereka adalah sama dengan proses perkembangan kanser di dalam badan manusia.

    Suntikan kontraseptif

    Penggunaan suntikan kontraseptif merupakan antara salah satu kaedah kehamilan yang masih lagi belum digunakan secara meluas di United Kingdom (UK), tidak seperti penggunaan pil pencegah kehamilan dan kondom. 

    Kebanyakan wanita muda di UK dan Amerika Syarikat mencegah dan melindungi diri daripada pelbagai jenis kanser serviks melalui suntikan vaksin HPV yang diberikan secara percuma di sekolah.

    Walau bagaimanapun, menurut penyelidik kajian, wanita yang tidak mendapat suntikan HPV akan menerima manfaat perlindungan dan pencegahan kanser yang sama melalui suntikan kontraseptif Depo-Provera ini. 

    Bagi ketua penyelidikan, Dr Sang-Hyuk Chung, “Walaupun vaksin HPV telah wujud sejak 2006, namun disebabkan kos yang tinggi serta kurangnya program vaksinasi secara global, penurunan kanser serviks dengan penggunaan HPV tidak begitu ketara.”

    “Kita memerlukan cara yang lebih invasif dan berkesan untuk merawat isu dan masalah berkaitan perkembangan kanser,” ujar Dr. Chung. 

    kesan suntikan depo

    Walaupun kajian ini hanya dijalankan dan diuji ke atas tikus, tetapi para penyelidik berpendapat jika ia memberikan kesan yang sama kepada manusia, suntikan kontraseptif ini bukan sahaja membunuh sel kanser tetapi dapat membantu mencegah kehamilan.

    Walau bagaimanapun, penyelidik memberi amaran bahawa terdapat kemungkinan suntikan ini mempunyai kaitan dengan peningkatan risiko kanser payudara

    Kesimpulan 

    Kesan suntikan depo dalam melawan sel kanser mungkin belum dapat dipastikan keberkesanannya.

    Tetapi fungsinya dalam mencegah kehamilan, sudah terbukti.

    Jadi jika anda ingin mencegah kehamilan dan dalam proses merancang keluarga, pastikan anda mendapatkan suntikan ini, okay?

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 2 minggu lalu

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan