backup og meta

Khasiat Biji Mahogani

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Maria Stork · Disemak pada 12/05/2022

    Khasiat Biji Mahogani

    Anda mungkin tahu bahawa kayu dari mahogani boleh digunakan untuk membuat perabot tetapi pernahkah anda terfikir bahawa khasiat bijinya juga bermanfaat? Biji mahogani, sebenarnya, mempunyai banyak manfaat kesihatan. Anda akan terkejut apabila membaca artikel ini!

    Meningkatkan selera makan

    Biji mahagoni boleh meningkatkan selera makan anda. Makan memainkan peranan penting, terutamanya apabila anda berada dalam keadaan awal pemulihan selepas penyakit. Antara khasiat biji mahagoni adalah boleh membantu apabila anda hilang keinginan untuk makan. Disyorkan untuk makan satu biji mahogani setiap hari.

    Memudahkan Sembelit

    Mahogani dikatakan membantu memudahkan sembelit. Daripada menggunakan ubat-ubatan, anda boleh menggunakan biji mahogani ini sebagai rawatan yang berkesan untuk masalah ini.

    Khasiat biji mahogani juga baik untuk sistem pencernaan anda. Anda boleh menghancurkan bijinya dan campurkan dengan air suam. Minum campuran ini dua kali sehari dan anda boleh melihat penambahbaikan.

    Rawat selesema biasa

    Sekiranya anda mempunyai selesema atau demam biasa, mahogani boleh membantu. Walaupun keadaan ini boleh sembuh dengan sendirinya, mahogani boleh membantu untuk sembuh dengan lebih cepat. Apa yang anda perlukan adalah biji mahogani yang telah dijadikan serbuk, air suam dan madu. Gunakan ½ sudu teh serbuk biji mahagoni, ¼ cawan air dan satu sudu madu. Campurkannya dengan baik kemudian minum semasa campuran masih hangat. Ini boleh membantu anda untuk kekal terhidrasi.

    Mengawal tahap gula dalam darah

    Kajian telah menunjukkan bahawa khasiat biji mahogani boleh digunakan untuk mengawal tahap gula darah bagi orang yang menghidap diabetes. Buat campuran ½ sudu teh biji mahogani dan air suam. Kacau dan minum. Dengan ini, anda boleh menguruskan tahap gula dalam darah anda.

    Mencegah kanser

    Beberapa kajian menunjukkan bahawa biji mahogani dapat membantu mencegah kanser. Biji mahogani ini mempunyai keupayaan anti-radang yang sangat baik. Anda boleh rujuk doktor anda untuk maklumat lanjut. Ia patut dicuba kerana biji mahogani secara umumnya selamat.

    Menguruskan tekanan darah tinggi

    Tekanan darah tinggi juga merupakan masalah besar apabila semakin ramai orang mempunyai masalah kesihatan ini. Berita baiknya adalah biji mahogani boleh berfungsi dengan baik sebagai rawatan untuk tekanan darah tinggi. Ia boleh membantu mengurangkan gejala seperti pening atau kemerahan pada muka.

    Meningkatkan kesuburan

    Mahogani boleh meningkatkan kesuburan anda. Sekiranya anda ingin mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk hamil, cuba biji ini. Walau bagaimanapun, bincang dengan doktor anda untuk mengetahui sekiranya biji ini boleh menyebabkan apa-apa kesan negatif, atau jika sesuai untuk digunakan bersama dengan preskripsi anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Maria Stork · Disemak pada 12/05/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan