backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

2

Tanya Doktor
Simpan

Air Kencing Berbau Kuat? Ini PUNCA UTAMA & Cara Untuk Mengatasinya

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 16/01/2024

    Air Kencing Berbau Kuat? Ini PUNCA UTAMA & Cara Untuk Mengatasinya

    Anda pasti pernah berdepan situasi apabila membuang air kecil, kemudian timbul bau yang tidak menyenangkan. Tetapi kenapa ya boleh wujud masalah kencing berbau ini?

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Urologi, sila dapatkannya di sini. 

    Punca kencing berbau

    Air kencing berwarna jernih atau mungkin sedikit kekuningan, dengan sedikit bau adalah perkara normal. Tetapi apabila bau yang timbul terlalu kuat, ia mungkin didasari punca tertentu. 

    Terdapat beberapa faktor utama yang boleh menjadi penyebab kencing berbau ikan, antaranya adalah:

    Wanita mengandung

    Dikatakan sewaktu hamil, kandungan hormon chorionic gonadotrophin (HCG) akan meningkat di dalam darah dan akan disingkirkan melalui pembuangan air kecil. Keadaan ini sekali gus menjadi penyebab mengapa bau urin sedikit kuat.

    Penyakit dan keadaan kesihatan

    Terdapat beberapa keadaan penyakit serta keadaan yang boleh menyebabkan masalah ini berlaku, seperti:

    punca urin berbau
    Cara merawat urin berbau.
    • Jangkitan saluran kencing. Apabila keadaan ini berlaku urin akan kelihatan lebih keruh dan anda mungkin merasa sakit ketika membuang air kecil
    • Diabetes. Selain berasa berasa kerap dahaga dan kerap membuang air kecil, individu dengan diabetes juga akan berdepan isu kencing berbau
    • Fistula pundi kencing (Bladder fistula)
    • Penyakit berkaitan hati
    • Penyakit maple syrup urine

    Pemakanan

    Diet makanan tertentu juga boleh menyebabkan urin berbau. Ia disebabkan kandungan mineral atau nutrisi dalam makan yang dimakan.

    Makanan seperti asparagus, makanan berempah, bawang putih, petai, dan jering merupakan antara makanan punca urin berbau kuat.

    Ubat, antara penyebab air kencing berbau asam

    Pengambilan ubatan tertentu seperti antibiotik, vitamin juga boleh menyebabkan seseorang individu mengalami masalah urin berbau.

    kencing berbau
    Kesan tahan kencing.

    Dehidrasi 

    Jika kuantiti urin anda sedikit dan pekat, ia menunjukkan bahawa badan anda kekurangan air. Keadaan ini biasanya berlaku pada waktu pagi dan menyebabkan urin lebih berbau.

    Minuman yang menyebabkan kencing berbau ikan

    Selepas meminum minuman seperti kopi, perasan tak urin anda sedikit berbau?

    Jika bau yang terhasil kuat, itu tandanya anda perlu mengurangkan pengambilan minuman berkafein ini.

    Malahan minuman beralkohol juga dikatakan boleh menyebabkan urin berbau. 

    sebab kencing berbuih dan berbau
    Penyebab kencing menjadi berbau.

    Tip mencegah kencing berbau

    Berikut merupakan beberapa cara merawat kencing berbau yang anda boleh cuba:

  • Perbanyakkan minum air sekurang-kurangnya lapan hingga 10 gelas sehari. Pastikan air kosong, okay? 
  • Jika terasa ingin membuang air kecil, jangan tahan dan hindari daripada membuang air kecil secara tergesa-gesa. 
  • Cuci bahagian intim dari depan ke belakang. Ini dapat mengelakkan risiko berlakunya jangkitan
  • Biasakan diri untuk membuang air kecil lebih daripada lima kali sehari. Jika kurang daripada jumlah itu, lebihkan pengambilan air kosong.
  • Kesimpulan

    Masalah kencing bau kuat mungkin boleh dianggap sebagai satu isu yang biasa jika faktor yang mendasari keadaan itu adalah disebabkan pemakanan.

    Walau bagaimanapun, jika keadaan ini semakin teruk, anda dinasihatkan untuk mendapatkan pemeriksaan dan rundingan daripada pakar perubatan. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 16/01/2024

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan