backup og meta

Kenali 4 Fungsi UTAMA Organ Buah Pinggang Kepada Tubuh Badan Anda, WAJIB Ambil Tahu

Ditulis oleh Morteza Tafakory · Fisioterapi · Hello Health Group


Disemak pada 18/02/2022

    Kenali 4 Fungsi UTAMA Organ Buah Pinggang Kepada Tubuh Badan Anda, WAJIB Ambil Tahu

    Organ buah pinggang datang dalam bentuk berpasangan dan setiap buah pinggang memiliki saiz sekitar 5 inci atau 12 sentimeter panjang dan 3 inci atau 8 sentimeter lebar.

    Untuk menentukan kedudukan buah pinggang, letakkan tangan di pinggang anda, tarik ke atas hingga terasa tulang rusuk. Kemudian, letak ibu jari anda pada bahagian belakang badan, itulah lokasi buah pinggang. Anda memang tidak boleh merasainya tetapi ia ada di situ.

    Kenali organ buah pinggang anda 

    Kerja Pembersihan

    tip-menjaga-kesihatan-buah-pinggang

    Salah satu tugas utama organ buah pinggang ini adalah untuk menapis bahan toksik dan sisa dalam darah. Bagaimana ia boleh ada dalam darah?

    Darah menghantar nutrien kepada bahagian badan yang lain. Tindak balas kimia berlaku dalam sel yang membabitkan pembebasan bahan sisa yang terhasil akibat proses tadi ke dalam darah. Apabila kitaran darah ini sampai ke buah pinggang, ia akan menapis bahan-bahan tersebut untuk dibuang.

    Darah dibekalkan kepada buah pinggang melalui arteri renal (apa-apa yang berkait dengan organ ini akan disebut sebagai ‘renal’).

    Manusia biasa mempunyai purata 1 sehingga satu setengah gallon darah mengalir dalam badan mereka. Buah Pinggang menapis darah ini sebanyak 400 kali sehari.

    Lebih satu juta struktur penapis kecil dalam buah pinggang memainkan peranan ini. Penapis yang dipanggil sebagai nefron ini, adalah sangat kecil sehinggakan anda hanya mampu melihatnya menggunakan mikroskop berkuasa tinggi.

    Penghasilan Air Kencing

    Bahan sisa yang telah ditapis, apabila bercampur dengan air yang dibuang membentuk air kencing. Kedua-dua buah pinggang yang menghasilkan air kencing ini kemudiannya mengalirkan air tersebut ke pundi kencing melalui saluran yang disebut sebagai Ureter.

    Apabila pundi kencing separa penuh, badan kita akan memberi signal bahawa anda perlu pergi ke tandas untuk kencing. Daripada pundi kencing, air kencing yang tersimpan di dalamnya akan mengalir melalui uretra lalu keluar daripada badan.

    Sementara itu, buah pinggang dan pundi kencing membentuk satu sistem yang diberi nama sistem urinari.

    Ini merupakan senarai bahagian yang terlibat dalam sistem urinari:

    • Buah pinggang: tapis bahan sisa dan toksik dalam darah dan membentuk air kencing

    • Ureter: saluran yang membawa air kencing daripada buah pinggang ke pundi kencing

    • Pundi kencing: karung yang mengumpul dan menyimpan air kencing

    • Uretra: saluran yang membawa air kencing dari pundi kencing, keluar daripada badan

    Mengekalkan Keseimbangan

    penyakit buah pinggang

    Buah pinggang memastikan juga isipadu cecair dan mineral dalam badan berada dalam keadaan yang seimbang. Keadaan seimbang ini disebut sebagai Homeostasis.

    Jika anda meletakkan semua air yang anda masukkan ke dalam badan di satu bahagian neraca dan semua air yang anda buang di bahagian yang lagi satu, anda akan mendapati neraca ini seimbang.

    Badan anda mendapat air melalui minuman dan juga sesetengah makanan seperti buah atau sayur-sayuran.

    Air meninggalkan badan kita melalui beberapa cara.  Antaranya melalui peluh, mulut atau hidung bila anda bernafas atau yang paling jelas adalah melalui air kencing. Terdapat juga pembuangan air dalam proses membuang air besar.

    Bila rasa haus, otak sedang memberi tahu anda untuk dapatkan lebih air supaya isipadu dan jumlah air dalam badan berada dalam keadaan yang seimbang.

    Dalam masa yang sama, otak anda akan berkomunikasi dengan buah pinggang untuk merembeskan beberapa hormon yang akan menyebabkan anda tidak hilang air. Bila anda minum, paras hormon ini akan turun dan air yang dipegang akan dilepaskan daripada badan.

    Anda mungkin perasan kadang kala, air kencing anda berwarna lebih gelap atau pekat berbanding biasa. Ingat, air kencing diperbuat daripada air dan bahan sisa dalam darah.

    Jika anda tidak minum air yang banyak atau berpeluh terlalu banyak, air kencing akan menjadi lebih pekat dan gelap daripada biasa.

    Apa lagi tugas buah pinggang?

    Buah pinggang kita sentiasa sibuk. Selain menapis dan mengimbangkan bilangan air dalam badan setiap saat, ia juga sentiasa peka kepada hormon yang wujud dalam darah dan kemudiannya akan dilepaskan.

    Buah pinggang juga mampu menghasilkan hormon yang tersendiri iaitu hormon yang menghasilkan sel darah merah.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Ditulis oleh

    Morteza Tafakory

    Fisioterapi · Hello Health Group


    Disemak pada 18/02/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan