backup og meta

Boleh Bau Kemaluan Sendiri Sampai Ke Luar Seluar? Bahaya Ni!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 10/06/2021

    Boleh Bau Kemaluan Sendiri Sampai Ke Luar Seluar? Bahaya Ni!

    Setiap individu pasti pernah mengalami masalah kemaluan berbau busuk. Masalah zakar ataupun vagina berbau kadang-kadang boleh buatkan kita rasa tak senang duduk.

    Walaupun ramai yang tahu kemaluan sememangnya mempunyai bau yang tersendiri, tapi normal ke kalau anda boleh bau kemaluan anda walaupun selepas pakai seluar?

    Jangan biarkan masalah kemaluan berbau busuk menghantui hidup anda! Cuba baca artikel ini, mana tahu boleh membantu!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini. 

    Kemaluan berbau busuk adalah normal

    Kemaluan berbau busuk merupakan masalah yang biasa untuk lelaki dan juga perempuan. Sebenarnya, berbeza dengan apa yang semua orang risaukan, masalah kemaluan berbau merupakan perkara yang normal!

    Jangan tertipu dengan semua iklan yang bermain di kaca televisyen ataupun di media sosial. Kemaluan yang berbau wangilah yang sebenarnya tidak normal!

    Alat sulit mempunyai bau semula jadinya yang tersendiri. Kadang-kadang, baunya akan sedikit kuat jika anda berpeluh ataupun baru lepas membuang air.

    Kaum hawa juga mungkin akan mendapati ada waktu tertentu dalam setiap bulan di mana bahagian intim berbau lebih kuat daripada biasa.

    Kadangkala, kemaluan juga akan berbau lebih kuat selepas aktiviti seks!

    Tetapi, jika alat sulit anda mempunyai bau yang hanyir atau lebih kuat daripada biasa, ataupun mengeluarkan cecair yang berwarna pelik dan likat, anda perlu tahu bahawa itu adalah tidak normal.

    Bahaya jika lebih dari sekadar bau!

    Anda perlu tahu bau yang terlalu kuat adalah tidak normal. Cuba periksa jika anda ada mengalami tanda-tanda berikut:

    1. Keluar cecair yang berwarna hijau, kuning, atau kelabu.
    2. Ada kesan darah di dalamnya atau mempunyai kepekatan yang luar biasa.
    3. Rasa sakit atau pedih ketika buang air, atau sakit yang berterusan pada vagina/zakar
    4. Suhu badan meningkat dan rasa seperti hendak demam

    Jika alat sulit anda mula berasa sakit dan berbau ‘hanyir’, anda perlu berjumpa dengan doktor untuk mengetahui punca sebenar kemaluan anda menghasilkan bau yang kurang enak.

    Bau yang kuat disusuli dengan pengeluaran cecair berwarna ataupun likat merupakan tanda penyakit.

    Apa yang menyebabkan kemaluan berbau busuk?

    kemaluan berbau busuk

    Bagi perempuan, vagina berbau mungkin disebabkan vaginosis bakteria (bacterial vaginosis). 30% daripada semua wanita tidak kiralah apa pun latar belakangnya ada risiko untuk menghidap vaginosis bakteria.

    Vaginosis bakteria bukanlah sejenis STI, tetapi kadangkala boleh disalahertikan sebagai STI. Vagina akan berbau paling kuat setelah melakukan hubungan seksual.

    Bagi kaum adam pula, penyakit yang sering menyerang ialah smegma – satu kondisi yang selalu terjadi kepada lelaki yang tidak berkhatan.

    Jika bahagian zakar tidak dibersihkan secara rutin, satu lapisan kulit mati berwarna putih akan berkumpul di bahagian kulup zakar. Smegma akan buatkan zakar berbau busuk.

    Lapisan ini jika dibiarkan akan mendatangkan rasa sakit dan pedih di bahagian kemaluan anda.

    Smegma ubatnya mudah sahaja. Selalulah basuh bahagian zakar anda menggunakan air yang mengalir. Cuba tarik bahagian kulup zakar dan basuhkannya dengan sedikit sabun.

    Walau bagaimanapun, penyakit yang disenaraikan di atas hanyalah sebahagian daripada punca yang boleh menyebabkan kemaluan anda berbau.

    Jika anda rasa risau tentang kesihatan alat sulit anda, jangan malu untuk berjumpa dengan doktor ya! Mereka merupakan pakar yang sentiasa bersedia untuk merawat anda tidak kiralah apa pun sakit yang anda alami.

    Bersihkan kemaluan anda!

    Perbincangan tentang topik yang berkisarkan kemaluan masih lagi bersifat tabu di Malaysia. Namun, itu tidak bermakna anda perlu malu dan sembunyikan masalah anda.

    Jika kemaluan anda berbau lebih kuat daripada biasa, elakkan daripada melakukan aktiviti meruang. Meruang boleh akibatkan lebih banyak jangkitan kuman pada bahagian intim anda.

    Jangan juga basuh kemaluan anda dengan terlalu banyak sabun ataupun sembur dengan deodoran! Semua ini hanya akan jadikan jangkitan lebih teruk dan baunya semakin kuat!

    Cara yang terbaik untuk pastikan bahagian intim anda bersih dan berbau ‘okay’ adalah menjaga kebersihan diri dengan baik.

    Basuh bahagian luar vulva ataupun zakar anda dengan air yang mengalir. Tidak mengapa kalau anda mahu gunakan sedikit sabun.

    Lap kemaluan anda hingga kering. Kemudian, pakai seluar dalam yang kering dan selesa. Kadang-kadang, material seluar dalam juga memainkan peranan dalam bau kemaluan.

    Cuba pakai seluar dalam yang diperbuat daripada kapas. Selain itu, elakkan seluar dalam yang terlalu ketat.

    Kesimpulan

    kemaluan berbau busuk

    Banyak perkara yang boleh sebabkan kemaluan berbau busuk.

    Pemakanan, material seluar yang anda pakai dan juga kebersihan diri semuanya faktor yang menentukan kesihatan alat sulit anda.

    Jika anda mahukan bahagian intim yang sihat, banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran.

    Tetapi, anda perlu tahu bahawa bau yang sangat kuat adalah tidak normal. Jangan malu. Anda perlu berjumpa doktor supaya masalah anda boleh dirawat dengan segera!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 10/06/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan