Anda Fikir Hand Sanitizer Berkesan Membasmi Kuman? Jangan Terkejut Bila Tahu Risiko Ini!

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Zaman sekarang, ramai orang lebih percaya dengan hand sanitizer berbanding mencuci tangan menggunakan sabun dan air. Ya, ia memang sangat popular pada hari ini. Namun tahukah anda terdapat banyak keburukan hand sanitizer yang tersembunyi?

Ayuh sama-sama kita ikuti artikel untuk tahu mengenainya dengan lebih lanjut!

Apa itu hand sanitizer?

keburukan hand sanitizer

Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi, apa kata kita mengetahui terlebih dahulu berkenaan cecair pembersih tangan ini?

Hand sanitizer dicipta untuk tujuan kegunaan individu yang bekerja di kawasan yang memerlukan kesedaran mengenai kesihatan yang tinggi, seperti hospital, klinik, farmasi, mana-mana pusat kesihatan dan sebagainya.

Ia adalah sejenis cecair yang sangat berguna dan berjasa kepada golongan doktor, jururawat, ahli farmasi dan pekerja yang bekerja di pusat kesihatan yang penuh dengan pesakit.

Ini kerana ia dikatakan sangat membantu golongan ini membunuh kuman, bakteria atau virus yang sering berada pada tangan mereka akibat menyentuh atau merawat pesakit. 

Hand sanitizer mengandungi pelbagai sebatian seperti air, ejen pewangi, glycerin, ethanol, triclosan, isopropyl dan N-propanol sebagai bahan ramuan yang aktif dan berfungsi sebagai antiseptik.

Pun begitu, produk ini boleh digambarkan sebagai indah khabar dari rupa. Cecair yang dikatakan kononnya boleh membersihkan sepenuhnya tangan dari segala anasir buruk ini tidak begitu efektif seperti yang disangka.

Bahkan, terdapat banyak keburukan hand sanitizer ini kepada penggunanya!

Keburukan hand sanitizer yang kalian perlu tahu

keburukan hand sanitizer

Menurut U.S. Food and Drug Administration (FDA), bahan-bahan yang terkandung dalam cecair pencuci tangan ini mungkin akan mendatangkan beberapa risiko yang tersembunyi, seperti:

#1. Menjadikan tubuh badan kebal antibiotik

Untuk pengetahuan anda, antibiotik sangat efektif dalam melawan bakteria. Namun, apakah yang akan terjadi sekiranya tubuh badan anda kebal terhadap antibiotik? Ini sudah tentu sekali akan membuat kuman dan bakteria bermaharajalela dalam tubuh badan.

Menurut kajian yang dijalankan oleh U.S. Centers for Disease Control and Prevention (CDC) pada 2011, didapati bahawa pekerja di sebuah tempat kerja lebih berisiko dijangkiti norovirus jika menggunakan hand sanitizer berbanding mencuci tangan menggunakan sabun.

Jelas sekali, sifat cecair pencuci tangan yang rintang antibiotik ini hanya akan membuat kuman dan bakteria ‘kebal’ di dalam tubuh badan kita.

#2. Membuat kulit lebih kering

Ramuan yang terdapat dalam cecair pencuci tangan ini seperti ethanol, isopropyl, dan N-propanol boleh menyumbang kepada keburukan hand sanitizer

Ini kerana bahan-bahan ini adalah antara jenis alkohol yang boleh mengeringkan kulit jika ia terkena pada mana-mana bahagian kulit pada tubuh badan. 

Bukan itu sahaja, ia juga malah akan merengsakan kulit dan membunuh segala sel kulit yang terhidrat dan membuang minyak semula jadi serta acid mantle, sekali gus meninggikan risiko dermatitis kontak.

Anda pasti tidak mahu ini terjadi kepada tangan anda, bukan?

#3. Membuat proses penuaan kulit lebih pantas

Selain membuat kulit lebih kering, keburukan hand sanitizer yang lain pula adalah ia akan menyebabkan kulit lebih cepat mengalami penuaan.

Untuk lebih faham, penggunaannya yang terlalu kerap akan mengakibatkan timbulnya garisan dan kedutan pada kulit selain merosakkan keremajaannya.

Ini kerana bahan alkohol yang disebutkan tadi akan merosakkan sistem pertahanan semula jadi kulit sekali gus mengurangkan keupayaannya untuk melindungi diri dan seterusnya meningkatkan risiko dehidrasi berlaku.

Ini adalah punca kulit tangan anda nampak lebih tua, berbeza dengan kulit wajah!

keburukan hand sanitizer

#4. Keracunan alkohol

Bukan itu sahaja, antara keburukan hand sanitizer yang lain adalah ia mungkin boleh menyebabkan keracunan alkohol.

Hanya kerana produk yang anda guna tidak mengandungi triclosan, tidak bermakna ia selamat digunakan ya? Terdapat banyak jenis alkohol lain yang ada di dalam cecair pencuci tangan ini, boleh mengakibatkan keracunan alkohol.

Pada Mac 2012, 6 remaja yang tinggal di Amerika Syarikat terpaksa dikejarkan ke hospital akibat keracunan alkohol selepas didapati meminum hand sanitizer. Ya, ia memang satu perkara yang bahaya dan perlu diberi perhatian lebih.

Namun, janganlah anda menyangka bahawa keracunan alkohol hanya disebabkan anda meminumnya. Dengan menyapunya secara berlebihan juga boleh mendatangkan risiko!

#5. Melemahkan sistem imuniti tubuh badan

Selain yang disebutkan di atas, triclosan yang terdapat dalam cecair pencuci tangan ini boleh melemahkan sistem imunisasi pada tubuh badan yang berfungsi melawan penyakit.

Bagaimana ia berlaku? Menurut kajian yang dijalankan oleh University of Michigan School of Public Health, triclosan akan menjejaskan sistem imunisasi sekali gus menyebabkan individu lebih mudah mendapat alahan dan lebih terdedah kepada bahaya toksik Bisphenol A, yang biasa ditemui dalam plastik.

Pendek kata, hand sanitizer akan membuat tubuh badan menjadi lemah dan kurang efektif dalam melawan beberapa jenis penyakit.

#6. Ia tidak 100% berkesan

Jelas Aaron E. Glatt yang merupakan Naib Presiden Mercy Medical Center di Amerika Syarikat, penggunaan hand sanitizer mungkin benar dapat membantu membunuh kuman dan bakteria yang terdapat pada tangan kita, namun bukan 100%.

Sebagai contoh, beliau menerangkan bahawa cecair pencuci tangan ini tidak berkesan untuk melawan virus C. difficile, yang boleh menyebabkan keradangan pada kolon yang boleh membawa maut jika tidak dirawat segera.

Hand sanitizer adalah pilihan yang kurang tepat

Hakikatnya, terdapat banyak keburukan hand sanitizer. Jadi, untuk apa merisikokan diri anda dengan terus menggunakan cecair pencuci tangan ini jika anda ada pilihan untuk mencuci tangan menggunakan sabun dan air?

Menurut kajian pada tahun 2000, hand sanitizer dikatakan tidak mampu mengurangkan amaun kuman dan bakteria yang terdapat pada tangan kita malah meningkatkannya! Jadi, bertukarlah kepada sabun dan air okay!

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Tarikh Reviu: Mac 1, 2020 | Kali terakhir kemaskini: Mac 20, 2020

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut