Pernahkah anda terfikir ke manakah makanan yang anda makan pergi setiap kali makan? Sebenarnya, ia merupakan fungsi sistem penghadaman utama yang kita semua perlu tahu!
Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group
Pernahkah anda terfikir ke manakah makanan yang anda makan pergi setiap kali makan? Sebenarnya, ia merupakan fungsi sistem penghadaman utama yang kita semua perlu tahu!
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Sistem Penghadaman, anda boleh klik di sini.
Badan manusia mempunyai pelbagai sistem yang saling berinteraksi antara satu sama lain. Antara sistem yang ada adalah:
Setiap sistem memainkan peranan yang tersendiri dalam memastikan badan berfungsi dengan baik.
Dalam artikel ini pula kita akan memfokuskan pada fungsi sistem penghadaman manusia untuk mengetahui ke mana makanan yang kita makan pergi.
Sistem penghadaman terdiri daripada organ yang bermula daripada mulut hingga dubur. Antara keduanya terdapat organ:
Makanan yang ditelan akan melalui semua organ ini. Sebahagiannya akan digunakan oleh badan manakala sebahagian lagi akan dibuang keluar melalui najis.
Persoalannya, berapa lama proses penghadaman makanan itu akan berlangsung? Teruskan baca untuk tahu!
Apa yang anda makan mempunyai nutrisi tertentu. Sebagai contoh, buah dan sayur mengandungi serat. Namun, sayur tersebut perlu diuraikan untuk mendapatkan serat tersebut.
Terdapat pelbagai jenis enzim di sepanjang sistem penghadaman yang berperanan menguraikan pelbagai jenis makanan (karbohidrat, lemak, protein, serat) agar boleh digunakan oleh sel-sel di dalam badan.
Tanpa enzim ini, semua yang masuk ke dalam badan tidak akan bermanfaat dan akan terus dibuang.
Selain enzim, pergerakan esofagus, perut serta usus yang mengembang dan mengecut (peristalsis) juga membantu melembutkan serta memudahkan lagi fungsi sistem penghadaman.
Jika proses ini terganggu, akan berlaku gangguan kepada sistem dalam bentuk cirit-birit atau sembelit.
Seorang saintis yang digelar sebagai Bapa Perubatan iaitu Hippocrates pernah berkata, “Setiap penyakit bermula daripada perut atau sistem penghadaman manusia.”
Walaupun tidaklah semua penyakit tetapi apa yang diperkatakan adalah betul kerana banyak penyakit berpunca daripada pemakanan yang kurang sihat.
Kegagalan menjaga diet yang sihat boleh membawa kepada obesiti, tinggi kolesterol dan kadar gula darah yang tinggi.
Keadaan ini meningkatkan risiko kepada penyakit kronik utama seperti penyakit jantung, kencing manis dan strok.
Oleh itu, sila kawal pemakanan anda. Perut yang besar bukan tanda bahagia tetapi sebaliknya petanda kepada bahaya!
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen