backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Kayap (Zoster) pada Kanak-kanak

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 17/08/2023

    Kayap (Zoster) pada Kanak-kanak

    Kayap kanak kanak boleh menyebabkan ketidakselesaan, dan juga kerengsaan yang akan memberi kesan negatif kepada kehidupan mereka.

    Artikel di bawah ini akan memberi maklumat lanjut mengenai hal ini.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

    Asas-asas mengenai kayap kanak kanak

    Kayap (shingles), juga dikenali sebagai zoster atau herpes zoster adalah ruam kulit yang dibawa oleh jangkitan virus pada saraf di bawah kulit. Kayap biasanya muncul sebagai jalur kulit dan lepuh.

    Ia boleh muncul di mana-mana di badan, termasuk muka atau berhampiran mata.

    Walau bagaimanapun, kayap muncul paling kerap di bahagian satu sisi dada, atau satu sisi belakang.

    kayap kanak kanak

    Dalam banyak kes, zoster hanya menunjukkan simptom-simptom ringan.

    Walau bagaimanapun, ada kemungkinan kes yang teruk dan menyakitkan boleh berlaku.

    Mujurlah, penyakit kulit kanak-kanak dan remaja ini hampir selalu mempunyai simptom-simptom herpes zoster ringan.

    Ia menjadi lebih serius dan parah apabila biasanya berlaku pada orang yang lebih tua.

    Kayap berjangkit tak?

    Kayap (shingles) disebabkan oleh virus yang sama yang membawa cacar air, ini bermakna bahawa jangkitan ini sangat berjangkit.

    Akibatnya, sangat mudah bagi seseorang kanak kanak untuk memberi herpes zoster kepada seseorang yang tidak kebal kepada cacar air (yang tidak pernah mendapat cacar air atau belum menerima vaksin cacar air).

    Walau bagaimanapun, sebaik sahaja seseorang telah dijangkiti oleh seseorang dengan kayap, dia akan mendapat cacar air.

    Punca kayap kanak kanak

    Cacar air dan juga kayap disebabkan oleh virus bernama varisela zoster (varicella zoster).

    Virus ini agak mempunyai kaitan dengan virus herpes yang membawa kepada herpes genital dan kudis selesema/herpes, yang menjelaskan sebab apa kayap kadang-kadang dipanggil herpes zoster.

    Baca juga:

    Kanak-kanak yang telah mengalami cacar air lebih cenderung untuk mencetuskan kayap jika imuniti mereka telah dilemahkan oleh jangkitan atau penyakit seperti HIV, AIDS, kanser, atau ubat-ubatan tertentu.

    Apakah simptom-simptom herpes zoster?

    Mengikut setiap individu, tanda-tanda dan simptom-simptom herpes zoster adalah berbeza-beza.

    Walau bagaimanapun, simptom-simptom yang paling biasa termasuk:

    kayap kanak kanak

    • Hipersensitiviti kulit di kawasan di mana berlakunya kayap
    • Ruam ringan yang muncul selepas 5 hari. Pada mulanya, mereka adalah bintik merah kecil; Walau bagaimanapun, akhirnya mereka akan berubah menjadi lepuh
    • Lepuh kuning dan kering
    • Ruam-ruam yang hilang dalam masa 1 atau 2 minggu
    • Ruam-ruam yang hanya muncul pada satu sisi badan seperti belakang atau dada

    Apakah rawatan untuk herpes zoster?

    Ubat boleh diberikan kepada anda untuk meringankan atau mengurangkan sebahagian sakit-sakit.  Bagaimanapun, keadaan itu perlu menyempurnakan perkembangannya.

    Jika anda ingin mengurangkan beberapa simptom, maka penggunaan rawatan segera dengan ubat-ubatan antiviral boleh membantu.

    kayap kanak kanak

    Sebaik sahaja pesakit pergi ke doktor, doktor akan menentukan jenis ubat yang sesuai untuk anda berdasarkan usia anda dan juga keparahan.

    Walaupun dengan fakta bahawa remaja dan kanak kanak biasanya mengalami gejala ringan yang disebabkan oleh kayap atau zoster, penyakit kulit kanak-kanak ini tidak sepatutnya dipandang ringan.

    Jika anak anda menunjukkan tanda-tanda dan simptom jangkitan kayap kanak kanak, bawa dia segera ke hospital untuk nasihat dan rawatan lanjut.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 17/08/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan