Pernah Hidap Kanser Payudara dan Alami Simptom Sekali Lagi? Segeralah Berjumpa Doktor

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Jika anda merupakan salah seorang pesakit yang pernah mengalami kanser payudara, sila berjumpa dengan doktor dan nyatakan simptom-simptom yang berlaku jika anda berasa seperti ada sesuatu yang tidak kena dengan tubuh anda. Mengapa? Ikuti jawapannya di bawah. 

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Breast Cancer Now, ribuan wanita yang mempunyai kanser payudara yang tidak boleh disembuhkan telah berjumpa dengan doktor sekurang-kurangnya tiga kali sebelum mereka didiagnosis memiliki kembali penyakit tersebut.

Kelewatan diagnosis kanser

Kajian tersebut mendapati, satu dalam setiap 4 orang pesakit yang memiliki kanser payudara sekunder perlu melakukan 3 atau lebih pemeriksaan sebelum dapat dipastikan bahawa mereka telah memiliki kanser tersebut. Ini bermakna, mereka telah mengalami kelewatan untuk didiagnosis dengan kanser payudara sekunder tersebut. 

Kanser payudara sekunder telah menjejaskan kehidupan seramai 35,000 pesakit di United Kingdom. Ia adalah penyakit yang tidak dapat disembuhkan dan terjadi apabila kanser payudara tersebut kembali berlaku dan merebak ke bahagian tubuh yang lain. 

Simptom yang diabaikan

Sesetengah wanita pula menyatakan bahawa mereka dikatakan sebagai seorang yang ‘hypochondriacs’ apabila menyatakan simptom-simptom kepada doktor yang dijumpai. Apakah ‘hypochondriacs’? Keadaan di mana seseorang itu dianggap risau secara berlebih-lebihan mengenai kesihatan mereka. 

Kajian tersebut menyatakan, 4 daripada 10 individu merasakan simptom yang berlaku. Antaranya benjolan, loya, kehilangan berat badan dan sakit yang teruk, dan ia tidak dilihat secara serius apabila berjumpa pertama kali dengan doktor atau jururawat. Lebih malang lagi apabila seorang daripada 5 pesakit ini dirawat dengan kaedah rawatan berbeza kerana disalah anggap memiliki masalah kesihatan lain. 

Contoh kes

Jo Myat yang berumur 44 tahun telah didiagnosis memiliki kanser payudara sekunder pada bulan Ogos 2016 selepas beberapa kali perjumpaan bersama doktor dalam tempoh lebih tiga tahun. Dia menyatakan, dia telah melakukan sekurang-kurangnya lima temujanji bersama doktor sebelum melakukan ujian darah. Selain itu, Jo Myatt juga telah berjumpa dengan pakar kesihatan beberapa kali untuk mendapatkan kepastian mengenai simptom yang dialami. 

Namun apabila kanser tersebut telah dikesan, ia telah merebak dengan banyak dengan kehadiran tumor di dalam tulang dan hati. Dia mengatakan, sekiranya kanser tersebut dikesan lebih awal, dia boleh mendapatkan rawatan yang kurang invasif dan mempunyai lebih banyak pilihan rawatan. Walau bagaimanapun, dia juga telah dianggap sebagai seorang yang ‘hypochondriacs’ sepanjang perjumpaan dengan doktor.

Untuk pengetahuan pembaca, kanser payudara sekunder berlaku apabila sel-sel kanser merebak dari kanser di payudara ke bahagian lain tubuh badan. Sekiranya anda merasakan sesuatu yang kurang enak di bahagian lain tubuh anda terutamanya jika anda pernah didiagnosis dengan kanser payudara, pergi berjumpa doktor dan nyatakan kedua-dua perkara; pernah menghidap kanser payudara dan simptom atau lokasi kesakitan yang dialami. Nyatakan bahawa anda mahu lakukan ujian darah secepatnya.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: Oktober 14, 2019 | Kali terakhir kemaskini: November 27, 2019

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut