Jerebu Lagi? Kesannya Kepada Kesihatan

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 26/11/2019 . 3 minit bacaan

Apa rasanya kalau bangun pagi dan diselubungi kabus? Pasti rasa segar dan nyaman, bukan? Tapi, bagaimana pula kalau bangun pagi dan diselubungi jerebu? Alamak! Tak seronok langsung. Pemandangan jadi terhad dan paling tak ‘best’ bila jerebu makin teruk menyebabkan segala aktiviti luar, terpaksa dihadkan. 

Itulah keadaan yang kita alami sekarang ini. Berjerebu. Malahan sehingga jam 7 pagi tadi (17 September 2019), bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di beberapa tempat menunjukkan paras bacaan yang mengejutkan. Antara beberapa tempat yang mempunyai IPU tinggi adalah:

  • Manjung, Perak – 170
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya – 178
  • Nilai, Seremban – 196
  • Port Dickson, Seremban – 207
  • Rambai, Melaka – 189
  • Johan Setia Klang, Selangor – 232
  • Klang, Selangor – 192
  • Sri Aman, Sarawak – 359
  • Kuching, Sarawak – 218

Punca jerebu

Masalah jerebu di Asia Tenggara dipercayai berpunca daripada kebakaran hutan di Indonesia dan sukar dikawal terutamanya sewaktu cuaca kering dan panas. Walau bagaimanapun, selain berpunca daripada kebakaran tersebut, keadaan ini juga dipercayai berlaku disebabkan oleh faktor perubahan musim, iaitu Monsun Barat Daya yang sedang berlaku.

Untuk pengetahuan umum, cuaca di Malaysia dicirikan oleh dua rejim monsun iaitu Monsun Barat Daya yang bermula dari akhir bulan Mei ke September, dan Monsun Timur Laut dari bulan November ke Mac.

Monsun Timur Laut membawa hujan lebat terutamanya kepada negeri-negeri di pantai timur Semenanjung Malaysia dan barat Sarawak, manakala Monsun Barat Daya secara relatifnya menunjukkan cuaca yang lebih kering. Tempoh peralihan di antara dua monsun ini dikenali sebagai musim perantaraan monsun.

Bukan pertama kali

Kalau diikutkan, ini bukanlah kali pertama ruang udara Malaysia ‘dicerobohi’ jerebu. Tahun 1983 merupakan tahun pertama cuaca ‘berasap’ ini melanda negara. Kemudian, diikuti pada tahun 1991, 1994, 1997, 2005, 2006, 2013, 2015 dan selepas itu boleh dikatakan setiap tahun Malaysia berjerebu.

Keadaan ini boleh dikira sebagai satu bentuk pencemaran udara. Ia boleh mendatangkan kesan buruk kepada kesihatan manusia. Malahan, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) telah menamakan pencemaran udara sebagai risiko kesihatan alam sekitar terbesar di dunia.

Terdapat beberapa amalan kesihatan yang boleh diamalkan ketika berdepan dengan cuaca berjerebu ini, iaitu:

  • Ketahui keadaan jerebu semasa – Semak indeks pencemaran udara yang dilaporkan daripada masa ke masa untuk mengetahui tahap pencemaran udara di kawasan anda.
  • Lindungi diri anda daripada pencemaran – Jika paras IPU dalam julat berbahaya, iaitu 300 ke atas, elakkan keluar daripada rumah. Berada di luar boleh meningkatkan risiko penyakit paru-paru, serangan jantung, asma dan masalah kesihatan lain.
  • Pemakanan sihat – Ubah gaya permakanan anda untuk membantu paru-paru bertahan daripada kesan-kesan pencemaran udara. Beberapa kajian mendapati sesetengah makanan kaya vitamin boleh membantu badan anda menjadi lebih berdaya tahan. Paling penting, banyakkan minum air!

Jerebu dan efek kesihatan

Jangan tak percaya, cuaca berjerebu boleh bawa kesan kepada kesihatan. Terdapat beberapa masalah kesihatan yang berisiko untuk berlaku disebabkan cuaca ini, antaranya:

  • Kerengsaan atau iritasi pada bahagian badan yang terdedah kepada cuaca berjerebu, seperti kepedihan mata, hidung berair, bersin dan sakit tekak
  • Masalah kulit akan bertambah teruk
  • Menjejaskan jantung dan paru-paru, khususnya kepada individu yang mempunyai masalah kesihatan seperti penyakit jantung atau paru-paru, asma, COPD atau kegagalan jantung
  • Individu yang tinggal di kawasan yang terdedah dengan cuaca ini bagi tempoh yang panjang adalah berisiko untuk mendapat penyakit jantung seperti serangan jantung, masalah fungsi paru-paru serta berkemungkinan mengalami masalah pernafasan kronik seperti asma bagi kanak-kanak
  • Umumnya, kanak-kanak, individu lebih berusia dan mereka yang mempunyai penyakit paru-paru kronik, penyakit jantung adalah lebih sensitif kepada kesan cuaca ‘berasap’ ini
  • Wanita yang sedang hamil adalah amat disarankan untuk mengurangkan pendedahan kepada jerebu demi kesihatan bayi dalam kandungan

Jadi, musim-musim berjerebu ini, perbanyakanlah aktiviti dalam rumah atau di kawasan tertutup. Elakkan daripada membuat pembakaran terbuka. Cukuplah dengan ‘asap’ yang ada, tidak perlulah anda memburukkan lagi keadaan, okay?

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    4 Jenis Makanan Baik Bantu Anda Elak Bahaya Jerebu

    Terdapat beberapa jenis makanan yang boleh membantu meningkatkan sistem imun tubuh anda terutama ketika jerebu datang melanda. Ikuti panduan berikut

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 19/09/2019 . 3 minit bacaan

    Kebakaran Hutan di Indonesia, Adakah Malaysia Terjejas?

    Kebakaran hutan di Riau dikatakan telah membakar tanah gambut seluas 3,808 hektar. Kawasan ini juga dilitupi asap atau jerebu.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Berita, Berita Antarabangsa 01/08/2019 . 3 minit bacaan

    EU Bersetuju Mengharamkan Plastik Pakai Buang Untuk Mengurangkan Pencemaran Laut

    Tiada lagi barang plastik pakai buang dan sekali guna seperti straw dan cawan polisterin di Eropah selepas Kesatuan Eropah (EU) bersetuju untuk mengharamkannya menjelang tahun 2021 dalam usaha untuk mengurangkan ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Berita, Berita Antarabangsa 28/12/2018 . 2 minit bacaan

    Bandar Paling Cepat Membangun di Afrika Adalah Paling Berisiko Menghadapi Kesan Perubahan Iklim Global

    Bercakap mengenai perubahan iklim, Afrika ialah rantau yang paling banyak terjejas, terutamanya di bandar-bandar paling cepat membangun. Kedaaan iklim semasa mengancam populasi yang sedang berkembang dengan sangat ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Berita, Berita Antarabangsa 26/12/2018 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    rambut mudah gugur

    MENGEJUTKAN! Udara Luar Kotor Buat Rambut Anda Mudah Gugur!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 21/11/2019 . 3 minit bacaan
    Kata IPU Rendah Tapi Kenapa Rasa Berdebu

    Jerebu: IPU Dah Rendah Tapi Kenapa Pulak Ramai Yang Sakit?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 24/09/2019 . 2 minit bacaan
    pernafasan

    Sakit Mata Atau Alami Masalah Berkaitan Pernafasan? Ia Mungkin Angkara Jerebu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 20/09/2019 . 2 minit bacaan
    penunggang motosikal

    Buat Penunggang Motosikal, Ketahui Bahaya Jerebu Kepada Anda!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 19/09/2019 . 2 minit bacaan