PERHATIAN! Ini 10 Jenis Vaksin Bayi, Remaja & Orang Dewasa Perlu Ambil, Siap Ada Harga Lagi

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 26/05/2020

Ada sebab mengapa setiap perkara itu berlaku atau terjadi, begitu juga dengan penggunaan vaksin atau imunisasi.

Terdapat beberapa inisiatif yang dilakukan oleh kerajaan bertujuan untuk melindungi penduduk di Malaysia.

Ini termasuklah pemberian suntikan vaksin bayi secara percuma untuk setiap kelahiran.

Adakah anda tahu, kebanyakan harga vaksin sebenarnya boleh mencecah ratusan ringgit jika tidak disediakan secara percuma?

Kami kongsikan kepada anda 1 jadual imunisasi kebangsaan untuk bayi dan kanak-kanak.

Setiap suntikan vaksin atau imunisasi ini ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan, termasuklah suntikan dos tambahan. 

Ada juga senarai vaksin yang disarankan untuk diambil oleh orang dewasa berserta anggaran harga bagi setiap jenis suntikan vaksin. 

vaksin bayi

Jenis vaksin bayi dan orang dewasa

Berdasarkan senarai vaksin yang diberikan, terdapat pelbagai jenis nama vaksin dengan fungsi khususnya yang tersendiri.

Setiap satunya bertujuan menghalang jangkitan penyakit tertentu. 

Setiap vaksin juga mempunyai harga yang berbeza bergantung kepada jenis vaksin dan juga klinik penyedianya. 

Jika anda membawa bayi anda ke hospital kerajaan untuk tujuan suntikan vaksin, kesemua jenis vaksin yang berada dalam jadual imunisasi kebangsaan ini diberikan secara percuma oleh Kerajaan Malaysia. 

Walaupun ia diberikan secara percuma, tidak bermakna ia berkualiti rendah atau tidak berharga.

Anda mungkin akan terkejut jika mengetahui harganya yang sebenar.

Berikut merupakan jenis vaksin dan juga anggaran harga untuk setiap 1 suntikan:

#1. Vaksin BCG (Bacillus Calmette-Guerin)

Vaksin BCG berfungsi memberikan perlindungan atau imuniti kepada tubuh daripada penyakit tuberkulosis atau biasa disebut sebagai batuk kering. 

Vaksin Bayi: Bayi baru lahir akan disuntik dengan vaksin BCG ini selepas kelahiran. 

#2. Vaksin Hepatitis B

Sesuai dengan namanya, vaksin ini disuntik bagi melindungi tubuh daripada serangan dan jangkitan penyakit Hepatitis B.

Hepatitis B adalah sejenis penyakit hati yang boleh menyebabkan kesakitan yang bersifat ringan selama beberapa minggu, atau boleh menyebabkan kesakitan yang lebih serius dan berpanjangan. 

Vaksin Untuk Bayi: Untuk bayi, suntikan Hepatitis B ini diberikan sebanyak 3 kali.

  • Dos pertama diberikan saat bayi dilahirkan.
  • Dos kedua pula pada bulan pertama kelahiran.
  • Manakala dos ketiga pula diberikan pada bulan ke-6 kelahiran.

Vaksin Dewasa: 3 dos suntikan disarankan untuk diambil.

  • Dos pertama pada tarikh yang dipilih.
  • Dos kedua pula selepas tempoh sebulan daripada itu.
  • Dos ketiga- selepas 6 bulan daripada tarikh dos pertama.
  • Anggaran harga vaksin ini ialah sebanyak RM50 bagi satu suntikan. 

#3. Vaksin DTap (Difteria, Tetanus & Pertussis)

Vaksin ini melindungi seseorang individu daripada serangan penyakit difteria, tetanus dan juga pertussis.

Difteria boleh menyebabkan masalah pernafasan, kelumpuhan dan juga kegagalan fungsi jantung.

Tetanus pula boleh menyebabkan kesakitan melampau yang berlaku pada otot dan menyebabkan rahang anda seolah-olah terkunci.

Anda tidak boleh membuka atau menutup mulut jika ia berlaku.

Manakala pertussis pula adalah nama lain bagi penyakit batuk kokol.

Vaksin Untuk Bayi: 3 suntikan dan ada suntikan tambahan.

  • Suntikan pertama diberikan pada bulan ke-2 kelahiran.
  • Suntikan kedua diberikan pada bulan ke-3 kelahiran
  • Suntikan ketiga pada bulan ke-5 kelahiran.
  • 1 suntikan tambahan boleh diberikan pada bulan ke-18 kelahiran.
  • Kanak-kanak yang berusia 7 tahun dan remaja berumur 15 tahun juga akan diberikan suntikan tambahan bagi vaksin difteria dan tetanus. 

Vaksin Dewasa: Individu dewasa disarankan untuk mengambil suntikan ini bagi setiap 10 tahun. Kebiasaannya, suntikan ini ditawarkan dalam bentuk pakej bersama vaksin HiB, Polio dan Hepatitis B. Anggaran harga adalah sebanyak RM185.

#4. Vaksin HiB

HiB atau Haemophilus influenzae B boleh menyebabkan pelbagai jenis jangkitan dan ia biasanya menjejaskan kanak-kanak yang berumur 5 tahun ke bawah.

HiB boleh menyebabkan jangkitan seperti jangkitan telinga dan bronkitis. 

Vaksin Untuk Bayi: 3 suntikan dan ada suntikan tambahan.

  • Suntikan pertama diberikan pada bulan ke-2 kelahiran.
  • Suntikan kedua diberikan pada bulan ke-3 kelahiran
  • Suntikan ketiga pada bulan ke-5 kelahiran.
  • 1 suntikan tambahan boleh diberikan pada bulan ke-18 kelahiran.

#5. Vaksin Polio

vaksin bayi

Vaksin ini berfungsi melindungi seseorang individu itu daripada mendapat penyakit polio yang disebabkan oleh virus.

Polio boleh menyebabkan kelumpuhan kekal dan juga kematian kerana ia melumpuhkan otot yang digunakan untuk bernafas. 

Vaksin Untuk Bayi: 3 suntikan dan ada suntikan tambahan.

  • Suntikan pertama diberikan pada bulan ke-2 kelahiran.
  • Suntikan kedua diberikan pada bulan ke-3 kelahiran
  • Suntikan ketiga pada bulan ke-5 kelahiran
  • 1 suntikan tambahan boleh diberikan pada bulan ke-18 kelahiran.

#6. Vaksin MMR (Measles, Mumps & Rubella)

Vaksin ini memberikan perlindungan daripada 3 jenis penyakit iaitu campak, beguk dan juga Rubella.

Campak boleh menyebabkan jangkitan telinga, cirit-birit dan jangkitan kuman pada paru-paru.

Beguk pula boleh menyebabkan pekak, meningitis, dan pembengkakan yang menyakitkan pada testikel dan ovari.

Rubella pula boleh menyebabkan arthritis dalam kalangan orang perempuan.

Vaksin Bayi: 3 suntikan dan ada suntikan tambahan.

  • Dos pertama pada bulan ke-9 kelahiran
  • Dos kedua pada bulan ke-12 kelahiran. (Untuk bayi yang lahir di Negeri Sabah, suntikan campak akan diberikan pada bulan ke-6 kelahiran).
  • Kanak-kanak yang berusia 7 tahun juga akan diberikan 1 lagi dos tambahan bagi vaksin campak dan Rubella. 

Vaksin Dewasa: Mereka yang berusia antara 18 hingga 24 tahun disarankan untuk mengambil suntikan ini dengan 1 atau 2 suntikan yang diberikan selang sebulan. Anggaran harga vaksin ini ialah sebanyak RM80.

#7. Vaksin HPV

Suntikan HPV diberikan bagi mengekang jangkitan virus HPV yang boleh menyebabkan pelbagai jenis kanser.

Antara kanser yang boleh berlaku disebabkan oleh virus HPV ialah kanser serviks, kanser vulvar dan faraj, kanser dubur, kanser tekak dan kanser zakar. 

Vaksin Remaja: Untuk remaja perempuan di Malaysia, mereka akan diberikan suntikan HPV ketika berusia 13 tahun (Tingkatan 1). 

Vaksin Dewasa: Individu yang berumur antara 18 hingga 24 tahun disarankan untuk mengambil suntikan ini sebanyak 3 dos, tanpa mengira lelaki mahupun perempuan. Anggaran harga adalah antara RM100-RM180.

#8. Vaksin JE (Japanese Encephalitis)

Penyakit ini tidak berjangkit daripada manusia kepada manusia yang lain, tetapi ia boleh didapati melalui gigitan nyamuk yang dijangkiti virus JE.

Antara simptom bagi JE ialah demam, pening kepala dan juga jangkitan otak

Vaksin Untuk Bayi: Suntikan ini hanya diberikan kepada bayi yang lahir di Negeri Sarawak sahaja.

  • Dos pertama diberikan pada bulan ke-9 kelahiran.
  • Suntikan kedua pada bulan ke-21 kelahiran. 

#8. Vaksin influenza

Flu atau influenza boleh menyebabkan beberapa komplikasi kesihatan seperti pneumonia, bronkitis, jangkitan sinus dan jangkitan telinga.

Flu juga boleh menyebabkan beberapa keadaan kesihatan seperti penyakit jantung, kanser dan diabetes menjadi lebih teruk. 

Vaksin Dewasa: Individu dewasa disarankan untuk mengambil suntikan flu ini SETIAP TAHUN. Anggaran harga bagi 1 suntikan ialah antara RM60-RM100.

#9. Vaksin Pneumokokal

Vaksin ini melindungi individu daripada penyakit pneumokokal yang boleh menyebabkan jangkitan telinga.

Ia juga boleh menyebabkan jangkitan yang lebih serius bagi penyakit jangkitan paru-paru, darah dan meningitis atau jangkitan otak

Vaksin Untuk Bayi: Kerajaan akan mula memberikan suntikan ini secara percuma kepada semua bayi bermula Jun 2020.

Vaksin Dewasa: 1 dos dan suntikan tambahan

  • 1 suntikan disarankan untuk diambil ketika berumur antara 18 hingga 64 tahun.
  • 1 suntikan tambahan juga disarankan kepada individu yang berumur 65 tahun ke atas.
  • Anggaran harga adalah antara RM150-RM300 untuk 1 suntikan.

#10. Vaksin Meningokokal

suntikan vaksin

Vaksin ini melindungi individu daripada jangkitan meningitis, iaitu jangkitan pada lapisan otak dan saraf tunjang.

Ia juga melindungi daripada jangkitan dalam darah. 

Vaksin Dewasa: Individu dewasa disarankan untuk mengambil 1 dos suntikan atau lebih bergantung kepada nasihat doktor. Anggaran harga bagi suntikan vaksin ini ialah sebanyak RM165.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Ya, AEFI Pada Vaksin Memang Wujud, Tapi Ini Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kesan Sampingan Vaksin

Vaksin merupakan satu bentuk rawatan pencegahan yang berkesan untuk menghindari masalah penyakit berjangkit. Namun, ia juga mempunyai kesan sampingan.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

Nak Latih Baby Duduk? Boleh TAPI Ambil Tahu 19 Perkara PENTING Ini Dahulu

Pada usia berapa bayi mula duduk? Boleh ke kalau ada parents yang melatih bayi duduk atau ia satu tindakan yang tidak wajar?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Hari Keluarga Antarabangsa: Ini 7 Sebab Mengapa Perlu Luang Masa Dengan Famili, No 4 Paling Penting

Masa bersama keluarga merupakan salah satu aspek penting dalam mengecapi kebahagiaan pasangan dan anak. Ia boleh mempengaruhi perkembangan psikologi mereka.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

Sediakan Berjuta Vaksin Walaupun Belum Ada Bukti Klinikal, Ini Cara UK Hadapi COVID-19

Universiti Oxford telah menghasilkan berjuta produk vaksin eksperimental walaupun ia belum terbukti berkesan. Ia bagi menghadapi wabak COVID-19 yang parah.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Coronavirus, COVID-19 08/05/2020

Artikel lain untuk anda

kawan imaginasi

Normalkah Jika Anak Berimaginasi Ada Teman Bermain? Ini Pandangan Pakar!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 03/06/2020
vaksin anak

Takut Nak Bawa Anak Pergi Vaksin Masa COVID-19? Dengar Apa Jawapan Pakar Tentang Imunisasi

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 29/05/2020
bayi merangkak

Bayi Merangkak Atau Duduk Dulu? Ini Yang Mak Ayah Kena Tahu

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 28/05/2020
pembelajaran online

Dah Lama Sangat Cuti, Anak Ingat Lagi Ke Buku? Ini Kaedah ‘Fun’ Belajar Di Rumah Sepanjang Musim PKP

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 21/05/2020