backup og meta

Jenis Darah Bombay: Apa yang Perlu Anda Tahu

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 27/12/2022

    Jenis Darah Bombay: Apa yang Perlu Anda Tahu

    Kebanyakan daripada kita mengetahui terdapat 8 jenis darah yang biasa didengari berdasarkan sistem pengkelasan darah ABO dan Rh positif/negatif. Anda atau siapa sahaja yang anda kenali pasti berada dalam salah satu daripada 8 kumpulan darah tersebut (A +, A-, B +, B-, O +, O-, AB + dan AB-). Tapi pernahkah anda mendengar tentang jenis darah Bombay? Kumpulan darah paling unik ini hanya didapati dalam lebih kurang 4 juta individu sahaja di dunia ini.

    Bagaimana jenis darah ditentukan?

    Hampir 45 peratus daripada darah dalam badan manusia terdiri daripada sel darah merah, satu peratus adalah sel darah putih dan selebihnya adalah plasma. Sel darah merah dan plasma mempunyai molekul protein yang disebut antigen dan antibodi. Kedua-duanya sangat penting untuk sistem imun yang berdaya tahan.

    Sel darah merah mempunyai antigen pada permukaannya, sementara plasma mempunyai antibodi di dalamnya. Antigen pada permukaan sel darah merah adalah sama ada A atau B dan kadang-kadang mempunyai kedua-duanya. Antigen bertanggungjawab untuk darah jenis A, B, AB dan O. Jika sel darah merah mempunyai antigen A di atasnya, maka plasma mempunyai antibodi B dan sebaliknya.

    Dalam kes di mana sel darah merah tidak mempunyai antigen A atau B, plasma mempunyai antibodi A dan B, iaitu  jenis darah O.

    Caj positif dan negatif berlaku kerana protein lain yang dipanggil Rh Factor. Jika permukaan sel darah merah mempunyai Rh, jenis darah adalah positif dan jika tidak, negatif.

    Apa itu jenis darah bombay?

    Di samping antigen yang menentukan jenis darah yang selalu dijumpai, terdapat antigen H dalam darah, yang sebenarnya membentuk antigen A dan B.

    Apabila orang tidak mempunyai antigen H dalam darah mereka, tetapi hanya antibodi H, tiada darah lain boleh diberikan kepada mereka. Kejadian yang jarang berlaku ini adalah dalam jenis darah bombay. Mereka boleh menderma darah kepada sesiapa dengan kumpulan ABO tetapi boleh menerima darah hanya daripada jenis darah Bombay.

    Sejarah penemuan jenis darah bombay

    Pada tahun 1952, seorang pekerja keretapi yang cedera dan seorang mangsa tikaman memerlukan pemindahan darah di Mumbai, yang dahulunya dipanggil Bombay, tetapi tidak ada jenis darah yang didapati sesuai dengan mereka. Sampel darah mereka didapati bergumpal apabila dicampurkan dengan sebarang jenis darah biasa.

    Selepas mencuba memadankan jenis darah mereka dengan lebih kurang 160 penderma, barulah doktor yang bertanggungjawab terhadap mereka menemui penderma yang mempunyai darah yang sepadan dengan mereka berdua.

    Jelasnya ini bukanlah jenis darah biasa yang dimiliki kebanyakan orang. Disebabkan itu, jenis darah ini dikenal pasti sebagai ‘Jenis Darah Bombay’ atau Jenis Darah HH.

    Dianggarkan bahawa hanya 4 juta orang yang ada di dunia. Walau bagaimanapun, kejadian jenis darah ini lebih tinggi di Mumbai, di mana 1 dari setiap 10,000 orang didiagnosis dengannya.

    Masalah dengan diagnosis jenis darah Bombay

    Kebanyakan tempat di mana ujian jenis darah dilakukan, kehadiran & ketiadaan AB dan Rh sahaja diuji dalam darah. Jenis darah bombay tidak mempunyai antigen A dan B dan oleh itu disalah tafsir sebagai darah O. Hanya apabila ujian tertentu dilakukan untuk antigen H, jenis darah Bombay boleh dikenal pasti. Diagnosis yang tidak tepat boleh menyebabkan beberapa komplikasi – termasuklah kematian.

    Apakah punca jenis darah Bombay?

    Jenis darah Bombay dikatakan mungkin berpunca daripada pembiakan dalam keturunan yang sama, iaitu disebabkan perkawinan sesama keluarga terdekat. Masyarakat Parsi, terutama yang di terkenal dengan perkahwinan mereka yang bersahabat. Tahap kedekatan persaudaraan yang tinggi terdapat dalam kalangan ibu bapa yang membawa genetik jenis darah ini. Oleh itu, kemungkinan kumpulan jenis darah Bombay mempunyai asal-usul nenek moyang yang sama. Mereka yang mempunyai jenis darah Bombay kebanyakannya terhad kepada Asia Tenggara, dengan India mempunyai bilangan tertinggi.

    Sankalp India Foundation, sebuah organisasi bukan kerajaan yang berfungsi dalam bidang pendermaan darah dan talasemia, melaporkan hanya terdapat 15 penderma untuk kumpulan darah Bombay negatif di India. Bayangkan, hanya 15 orang sahaja dalam negara yang mempunyai penduduk sekitar satu bilion! Jadi, bagi anda yang tidak mempunyai masalah darah Bombay, tiada langkah bersyukur yang lebih baik untuk anda lakukan daripada menderma darah untuk orang lain.

    Anda mungkin minat membaca:

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 27/12/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan