Biasa Nampak Individu Berkot Putih Kat Farmasi? Ini Sebab Kenapa Anda Perlu Tanya Mereka

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 01/07/2020 . 2 mins read

Anda pasti biasa masuk atau sekurang-kurangnya mendengar kedai-kedai seperti Guardian, Healthline atau Caring? 

Kedai-kedai yang dinyatakan tersebut bukanlah satu kedai biasa, tetapi ia adalah farmasi yang menjual pelbagai produk ubat-ubatan untuk masalah kesihatan anda. Bagi mereka yang biasa ke farmasi-farmasi seperti ini, anda akan perasan satu lagi kaunter yang berlainan daripada kaunter bayaran. Kaunter tersebut biasanya dijaga oleh seorang individu yang mungkin akan memakai kot putih. Siapakah individu tersebut?

Bagi mereka yang masih tidak mengetahui, itulah kaunter pertanyaan farmasi yang dijaga oleh ahli farmasi bertauliah. Perlu diingat, mereka bukanlah salesman atau salesperson dalam kedai tersebut, tetapi adalah seorang ahli farmasi yang mempunyai ijazah dan kepakaran dalam bidang farmaseutikal. Beliau adalah individu yang paling tepat untuk anda bertanyakan pelbagai soalan berkenaan ubat-ubatan yang anda cari.

Apakah peranan sebenar ahli farmasi?

Ahli farmasi mempunyai beberapa tanggungjawab, iaitu:

  • Memastikan kualiti ubat-ubatan yang dibekalkan kepada pengguna atau pesakit
  • Memastikan bekalan ubat-ubatan mematuhi undang-undang
  • Memastikan bahawa ubat yang diberikan adalah sesuai dengan keperluan pesakit
  • Menasihatkan pesakit atau pengguna berkenaan ubat-ubatan, termasuklah bagaimana untuk menggunakannya, reaksi ubatan yang mungkin berlaku dan menjawab segala persoalan berkenaan ubat-ubatan

Apa yang boleh anda tanya kepada ahli farmasi?

Jika anda tidak pasti berkenaan apa yang hendak ditanya kepada ahli farmasi, koleksi soalan di bawah mungkin boleh membantu anda:

  • Apakah nama ubat saya?
  • Apakah fungsi ubat ini?
  • Bagaimana saya perlu menggunakannya/ memakannya?
  • Bagaimana sekiranya saya terlupa untuk mengambil ubat saya atau mengambil dos yang salah?
  • Berapa lama saya perlu ambil ubat ini?
  • Apakah kesan sampingan ubat ini dan apa perlu saya buat kalau ia terjadi?
  • Bolehkah saya mengambil ubat-ubatan lain secara bersama?
  • Bagaimana saya perlu menyimpan ubat-ubatan ini?

Kenapa anda perlu bertanya kepada ahli farmasi?

Pertama, ahli farmasi lebih banyak mengetahui berkenaan ubat-ubatan berbanding daripada doktor. Mereka telah menghabiskan masa yang lebih lama berbanding doktor dalam mempelajari dan mengkaji berkenaan ubat-ubatan.

Kedua, mereka lebih tahu apa yang sesuai dan terbaik untuk anda. Jika anda masih ragu-ragu berkenaan ubat-ubatan yang ingin dibeli, jangan malu dan tanya sahaja ahli farmasi anda. Mereka akan membantu anda dengan senang hati. 

Ketiga, mereka akan membantu anda mencari ubatan yang bersesuaian dengan kemampuan anda. Jika sesuatu ubat yang ditetapkan oleh doktor itu merupakan versi baharu dan terlalu mahal, mereka akan menelefon doktor berkenaan dan mencadangkan versi ubat yang lebih lama yang mempunyai kesan yang sama dengan versi baharu. 

Jika anda mempunyai kepercayaan yang tinggi terhadap doktor bagi merawat anda, anda juga perlu memberikan kepercayaan yang sama tinggi terhadap ahli farmasi untuk pengurusan ubat-ubatan anda. Kedua-duanya adalah saling melengkapi untuk memastikan kesejahteraan kesihatan anda. Ingat, ahli farmasi bukanlah salesman yang biasa anda fikirkan; menjual produk untuk keuntungan semata-mata. Mereka bukan doktor tetapi sama tinggi dengan doktor.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ini RAHSIA BESAR Untuk Ajar Anak Makan Ubat. Tak Perlu ‘BERGADUH’ Dengan Si Kecil Lagi Selepas Ini

    Anda mesti selalu 'berperang' dengan si kecil apabila tiba waktu untuk mereka makan ubat. Di sini kami kongsikan rahsia untuk ajar anak anda makan ubat.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 11/02/2020 . 4 mins read

    Ini Sebab Mengapa Anda Perlu Berhenti Guna Plaster Jenama Ini!

    Mungkin ada di antara kita yang pernah menggunakan produk Pak Li Medicated Plaster. Anda perlu menghentikan penggunaannya bermula hari ini. Mengapa?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Berita, Berita Tempatan 18/12/2019 . 4 mins read

    Harold Shipman, Kisah Pembunuh Bersiri Licik Yang Juga Seorang Doktor…

    Ikuti artikel ini untuk mengetahui berkenaan dengan Harold Shipman, pembunuh bersiri yang juga merupakan seorang doktor. Doktor pun manusia juga.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 17/11/2019 . 3 mins read

    TAK SANGKA Mesin Basuh Di Rumah Mungkin Juga ‘Rumah’ Untuk Organisma Lain!

    Adakah anda tahu, bahawa mesin basuh merupakan 'rumah' bagi bakteria yang mungkin boleh berpindah ke pakaian anda pula jika tidak dicuci?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 14/11/2019 . 3 mins read

    Artikel lain untuk anda

    ubat dan penyusuan

    Ibu Menyusu Badan JANGAN Terus Ambil Paracetamol Kalau Demam, Baca Ini Dulu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 25/06/2020 . 3 mins read
    ubat dilarang semasa hamil

    PERHATIAN Mak Buyung! Jangan Makan 10 Ubat Ini, Bahaya Untuk Ibu & Kandungan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 10/06/2020 . 3 mins read
    doktor letih

    Doktor Letih, Bekalan PPE Semakin Kurang: Ini Kesusahan Yang Dirasai Oleh Frontliner

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 26/03/2020 . 4 mins read
    wabak COVID-19

    Covid-19 Tambah Stres Pada Doktor, Staf Perubatan? Bagaimana Mereka Hadapinya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 18/03/2020 . 4 mins read