backup og meta

Hilangkan Stres Dengan Mencuci Pinggan!

Fakta Disemak oleh Dr. Shelby


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 08/07/2020

    Hilangkan Stres Dengan Mencuci Pinggan!

    Tidak dinafikan ramai yang mengelak daripada aktiviti dapur khususnya mencuci pinggan-mangkuk selepas apa-apa majlis keraian mahupun waktu makan harian. Malah, ada yang sanggup membiarkan pinggan-mangkuk memenuhi sinki dan menunggu keesokan harinya untuk mencucinya. Tetapi tahukah anda mencuci pinggan boleh melegakan tekanan?

    Mencuci pinggan dan melegakan stres

    Terdapat satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal Mindfulness 2015 menemui cara berkesan untuk melegakan tekanan. Ia bukannya bermeditasi atau yoga, tetapi mencuci pinggan. Membasuh pinggan boleh mengurangkan tekanan dengan ketara jika anda melakukannya secara sedar. 

    Penulis kajian mendapati bahawa mencuci pinggan boleh menjadi cara yang berkesan untuk berehat dan mengurangkan tekanan. Daripada berangan/termenung atau tertekan dengan tugasan lain yang perlu dilakukan, dengan memfokus kepada mencuci pinggan-mangkuk ia adalah paling bermanfaat dalam melawan tekanan. Mencuci pinggang-mangkuk memberi tumpuan kepada rasa makanan, suhu air dan bau sabun.

    Ini meningkat perasaan inspirasi sebanyak 25 peratus (%) dan menurunkan tahap berasa gementar sebanyak 27%. Selain itu, ia mendorong ke dalam keadaan positif dengan pemikiran yang tenang dan mengelakkan tekanan.

    Menurut penulis lagi, ia adalah cara berkesan untuk mengurangkan tekanan dengan memberi tumpuan pada satu masa dan membolehkan kehadiran kesedaran yang lengkap. Kajian itu mencadangkan bahawa kesedaran yang fokus dapat meningkatkan kualiti tidur, mengurangkan kegelisahan dan melawan tekanan.

    Walau bagaimanapun, saiz kajian yang sangat kecil ini iaitu hanya melibat 51 pelajar perlu dilakukan semula, tetapi para penyelidik mencadangkan kesedaran perlu dicapai dalam pelbagai aktiviti umum, dan mungkin mengurangkan tekanan dan meningkatkan kesejahteraan psikologi.

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Dr. Shelby


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 08/07/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan