backup og meta

Hati-Hati Jika Anak Sakit Tekak Lebih 3 Hari Dan Demam Melebihi 38.3°C, Ini Sebabnya!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 15/09/2022

    Hati-Hati Jika Anak Sakit Tekak Lebih 3 Hari Dan Demam Melebihi 38.3°C, Ini Sebabnya!

    Jika anak demam panas dengan suhu melebihi 38.3°C dan mengalami sakit tekak selama lebih 3 hari, sila dapatkan pemeriksaan doktor kerana ia mungkin boleh menyebabkan demam reumatik jika tidak dirawat dengan betul.

    Persoalannya, apa itu demam reumatik dan kaitannya dengan sakit tekak? Bagi mendapatkan penjelasan lanjut, teruskan pembacaan anda.

    Anak demam panas berserta sakit tekak

    Sakit tekak ialah simptom yang sangat kerap berlaku dalam kalangan kanak-kanak mahupun dewasa.

    Dalam kebanyakan kes, ia berpunca daripada jangkitan virus yang tidak memerlukan preskripsi antibiotik daripada doktor, cukup sekadar mengawal dan mengelak anak demam panas, selain mendapatkan nutrien serta air yang mencukupi.

    Namun dalam kes tertentu, sakit tekak mungkin disebabkan oleh jangkitan bakteria. Secara amnya, jangkitan bakteria memberikan simptom yang lebih serius.

    Rasa sakit dan letih yang dialami lebih teruk dan suhu badan adalah lebih tinggi, kebiasaannya 38.3°C (101°F) dan ke atas. Ia memerlukan rawatan antibiotik untuk memastikan pesakit boleh sembuh dengan sempurna tanpa sebarang komplikasi.

    Jangkitan bakteria streptococcus kumpulan A berisiko membawa kepada demam reumatik

    anak demam panas

    Antara bakteria yang menyebabkan jangkitan pada tekak (faringitis) ialah streptococcus dalam kumpulan A. Seperti bakteria lain, simptom kebiasaannya lebih teruk berbanding virus.

    Namun, apa yang lebih membimbangkan ialah komplikasi selepas jangkitan tersebut iaitu demam reumatik.

    Bakteria streptococcus dari kumpulan A mengandungi protein yang sama seperti beberapa tisu tertentu dalam badan. Apabila jangkitan berlaku, badan akan menghasilkan antibodi untuk melawan bakteria tersebut.

    Disebabkan persamaan yang ada pada protein di dalam bakteria tersebut, antibodi yang dihasilkan akan turut menyerang tisu badan yang menyerupainya termasuk jantung, sendi, otak, dan kulit.

    Rawatan antibiotik mampu mencegahnya

    anak demam panas

    Satu-satunya cara untuk mengelakkan demam selepas jangkitan bakteria streptococcus kumpulan A ialah melalui rawatan antibiotik. Walaupun tidak semua individu yang dijangkiti akan mendapat demam reumatik, pencegahan harus dilakukan.

    Antibiotik yang digunakan ialah penicillin atau amoxicillin. Bagi kanak-kanak yang mempunyai alahan terhadapnya, antibiotik lain boleh dijadikan sebagai alternatif termasuk azithromycin, cephalosporin, clarithromycin, dan clindamycin.

    Pastikan antibiotik yang dipreskripsi oleh doktor dihabiskan mengikut dos dan tempoh waktunya.

    Antara komplikasi demam reumatik ialah menyebabkan gangguan pada fungsi jantung seumur hidup. Oleh itu, jangan abaikan simptom anak anda!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Amy Kor

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 15/09/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan