Hari Kanser Sedunia: Ini Mitos Tentang Penyakit Kanser Yang Masih Dipercayai

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 25/06/2020 . 3 minit bacaan

Tahukah anda, 4 Februari merupakan sambutan Hari Kanser Sedunia? Pasti ramai yang tidak tahu mengenainya. Jadi, apa yang anda faham mengenai penyakit kanser?

I Am and I Will

Hari Kanser Sedunia diasaskan oleh Union for International Cancer Control (UICC). Inisiatif penubuhan hari kanser ini adalah untuk mewujudkan kesedaran, pengetahuan serta tindakan sama ada daripada individu mahupun kerajaan mengenai penyakit kanser. 

4 Februari 2020 menandakan genap 20 tahun Hari Kanser Sedunia diraikan. Tema sambutan untuk tahun ini adalah ‘I Am and I Will’, yang berkisarkan mengenai komitmen penting setiap individu untuk mengurangkan kesan penyakit kanser. Dalam masa yang sama, ia bertujuan untuk mencapai sasaran bagi mengurangkan jumlah kematian sebanyak satu pertiga bagi penyakit kanser pramatang dan penyakit tidak berjangkit menjelang 2030.

Sempena kempen sambutan hari kanser ini, UICC menggalakkan agar setiap individu untuk memainkan peranan dengan:

  • Menggunakan sambutan ini sebagai peluang untuk meningkatkan pemahaman mengenai faktor risiko kanser dan berkongsinya dengan individu lain
  • Melakukan komitmen sendiri dalam mengurangkan risiko kanser dengan berhenti merokok, mengamalkan pemakanan sihat, melakukan senaman secara berkala dan menggunakan krim pelindung matahari
  • Memastikan diri melakukan pemeriksaan dan pemantauan berkaitan kesihatan serta mendapatkan suntikan vaksin

Apa itu penyakit kanser?

Kanser merupakan satu penyakit yang berlaku apabila terdapat perubahan dalam sekumpulan sel normal di dalam badan yang menyebabkan pertumbuhan tidak normal. Pertumbuhan tidak normal ini akan membentuk ketulan yang disebut sebagai tumor (ketumbuhan), kecuali pada leukemia, iaitu kanser darah. 

Sekiranya tidak mendapatkan rawatan, tumor boleh membiak dan merebak ke dalam sel tisu di sekitarnya atau ke bahagian badan yang lain melalui sistem aliran darah dan limfa. Keadaan ini boleh menjejaskan sistem pencernaan, saraf dan peredaran darah atau menyebabkan terhasilnya hormon yang boleh menjejaskan fungsi badan. 

Fakta global

  • Kanser merupakan punca kematian kedua yang utama di seluruh dunia
  • Agensi Penyelidikan Kanser Antarabangsa menganggarkan bahawa seorang daripada lima lelaki dan seorang daripada enam wanita seluruh dunia akan mengembangkan kanser sepanjang hayat mereka. Manakala seorang daripada lapan lelaki dan seorang daripada 11 wanita akan mati disebabkan penyakit ini
  • Menjelang 2040, bilangan kes kanser baharu di seluruh dunia dijangka meningkat kepada 30 juta
  • Hampir 70 peratus kematian disebabkan kanser berlaku di negara berpendapatan rendah dan sederhana
  • Sekurang-kurangnya satu per tiga daripada kanser biasa boleh dicegah. Mutasi genetik memainkan peranan dalam 5 hingga 10 peratus kanser. Manakala 27 peratus daripada kanser adalah berkaitan dengan penggunaan tembakau dan alkohol

Mitos tentang kanser

Sempena sambutan Hari Kanser Sedunia ini, apa kata kita bongkar serba sedikit mitos mengenai kanser yang sering menjadi kepercayaan dan salah faham dalam kalangan individu.

#1 Prosedur biopsi menyebarkan kanser

Tiada bukti yang menyokong bahawa melakukan prosedur biopsi akan menyebabkan penyebaran kanser. Apabila tumor perlu dikeluarkan atau diuji, proses tersebut tidak akan menyebabkan kanser untuk merebak. Malahan, proses mengeluarkan atau uji kaji itu merupakan sebahagian daripada prosedur penting dalam proses rawatan.

#2 Gula punca kanser membiak

Menurut Institut Kanser Kebangsaan, memakan biskut atau sepotong kek tidak akan memburukkan keadaan kanser anda. Walaupun terdapat kajian menunjukkan sel kanser mengambil lebih banyak gula (glukosa) berbanding sel normal, tetapi tidak ada kajian tentang memakan gula akan mengakibatkan penyakit kanser anda menjadi lebih teruk.

#3 Makanan berasid punca kanser

Salah satu mitos mengenai kanser adalah pengambilan makanan terlalu berasid akan menyebabkan darah anda menjadi ‘terlalu berasid’, sekali gus meningkatkan risiko penyakit kanser. Penyelesaian kepada masalah adalah dengan mengambil makanan beralkali seperti sayuran dan buah-buahan. Sudah tentu ia adalah sesuatu yang mengarut. 

Hakikatnya, makanan berasid tidak akan meningkatkan risiko kanser, namun makanan yang beralkali boleh mencegah kanser.

#4 Ketulan pada payudara adalah kanser

Hakikatnya, jika anda menyedari terdapat ketulan pada payudara anda, itu tidak bermakna anda mempunyai kanser payudara. Jangan secara membuta-tuli membuat kesimpulan. Sebaiknya anda disarankan untuk melakukan pemeriksaan doktor. 

Ini kerana menurut Yayasan Kanser Payudara Kebangsaan, hanya terdapat peratusan kecil menunjukkan ketulan pada payudara akan menjadi kanser. Namun sekiranya anda mendapati terdapat perubahan pada payudara atau benjolan yang kekal untuk tempoh lama, ia tidak boleh diabaikan.

#5 Tiada rawatan kanser untuk ibu hamil

Seorang wanita hamil yang mempunyai sebarang simptom atau keraguan mengenai kanser perlu mendapatkan pemeriksaan doktor dengan segera. Ini kerana pemeriksaan perubatan awal bermakna terdapat jalan penyelesaian yang lebih baik buat ibu dan bayi dalam kandungan. Masih terdapat beberapa pilihan rawatan kanser buat wanita mengandung.

#8 Rambut tidak akan tumbuh selepas rawatan kemoterapi

Walaupun kita sering melihat imej individu yang menjalani rawatan kemoterapi tidak mempunyai rambut, namun keadaan itu tidak akan kekal lama. Hampir 99 peratus individu yang menjalani rawatan ini akan tumbuh rambut semula ketika selesai sesi rawatan kemoterapi.

Akhir kata

Penyakit kanser merupakan satu penyakit yang membunuh secara senyap. Jika anda berasa bimbang mengenai sebarang simptom atau tanda-tanda kanser, anda amat disarankan untuk melakukan pemeriksaan dan rawatan pada kadar yang segera.

Pemeriksaan dan pengesanan awal pastinya dapat membantu merawat masalah kanser daripada merebak dan menjadi lebih kritikal. Jangan ambil mudah pada sebarang simptom, okay?

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    ALAMAK… Seks Oral Pun Boleh Jadi Punca Kanser? Sebelum Buat, Baca Ini Dulu!

    Seks oral berisiko tinggi menyebarkan HPV. Untuk pengetahuan anda, ia adalah sejenis virus yang boleh jadi punca beberapa jenis kanser berkaitan oral!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 28/05/2020 . 2 minit bacaan

    Nak Elak Kanser Serviks? Jangan Takut Untuk Buat Ujian Pap Smear! Ini Apa Yang Terjadi Ketika Ujian

    Wanita perlu menjalani ujian pap smear bagi menyaring risiko untuk mendapat kanser serviks. Bagaimana prosedur tersebut dilaksanakan?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Pusat Kesihatan, Kanser Serviks 19/05/2020 . 3 minit bacaan

    Anda Pilih Sweetener Berbanding Gula? Ada 8 Jenis Pemanis Tiruan, Malah Lebih Manis Dari Gula Biasa

    Ada 8 jenis pemanis buatan yang sering digunakan dalam industri makanan, malah lebih manis dari gula. Namun, benarkah gula buatan ini sebabkan kanser?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 14/05/2020 . 3 minit bacaan

    Ini 7 Golongan Berisiko Dapat Kanser Rahim- Termasuk Wanita Yang Tak Pernah Hamil, Jaga-jaga!

    Tahukah anda, ada 7 golongan berisiko untuk mendapat kanser rahim. Adakah tanda kanser rahim jelas untuk pesakit kanser rahim ini? Boleh kesan lebih awal?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 08/05/2020 . 4 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    testis

    Wahai Lelaki, Kanser Testis Tak Sama Dengan Prostat, Kalau Nak Elak Kena Kerap Periksa Kemaluan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 09/07/2020 . 3 minit bacaan
    5-kesan-kesihatan-selepas-rawatan-kanser

    Bersedia Pejuang Kanser, Ini 5 Kesan Selepas Rawatan Kanser Yang Perlu Diketahui, Anda Kuat!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 05/06/2020 . 3 minit bacaan
    kanser prostat

    6 Mitos Tentang Kanser Prostat, Terbongkar! Yang Terakhir Paling Membimbangkan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 04/06/2020 . 3 minit bacaan
    ini-5-makanan-punca-barah-rahim

    Ini 5 Makanan Penyebab Kanser Serviks WAJIB Tahu, #3 Paling Digemari Wanita

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 03/06/2020 . 3 minit bacaan