3. Sedang hamil
Sesetengah wanita hamil kerap mengalami gusi bengkak dan berdarah sewaktu memberus gigi. Bahkan sekitar separuh daripada semua wanita hamil akan mengalami gingivitis (keradangan gusi yang dikesan dengan perdarahan) pada trimester kedua. Perubahan hormon selama kehamilan mengubah tindak balas tubuh terhadap bakteri penyebab penyakit gusi. Menurut American Pregnancy Association, gusi berdarah akan kembali normal setelah kehamilan.
Pemeriksaan gigi rutin dan cara memberus gigi yang betul dapat membantu mencegah masalah gusi menjadi lebih buruk. Jika anda sudah pun mengalami penyakit gusi, anda memerlukan rawatan profesional untuk mengurangkan risiko komplikasi seperti preeklampsia dan kelahiran prematur.
4. Gingivitis
Ketika plak gigi terkumpul dan menyebabkan bakteri berkumpul pada gigi anda, gusi mungkin mengalami keradangan teruk dan kemudian berdarah. Ini yang disebut sebagai gingivitis. Gingivitis sering diabaikan biasanya tidak terasa menyakitkan dan tidak menunjukkan sebarang simptom, kecuali jika anda mendapati adanya darah pada berus gigi atau waktu meludah selepas berkumur.
Jika tidak diubati, gingivitis boleh berkembang menjadi jangkitan yang lebih serius, yang dikenal sebagai periodontitis— jangkitan kritikal yang dikesan dengan kehancuran jaringan gusi dan gigi goyah. Gingivitis dan periodontitis adalah penyebab utama gigi mudah gugur pada orang dewasa.
Mujurlah, keradangan gusi boleh diperbaiki dan dihindari hanya dengan mengamalkan kebersihan gigi yang lebih baik, dan juga kunjungan rutin ke doktor gigi untuk memelihara kesihatan gigi dan mulut anda secara keseluruhan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen