Gel Pembersih Tangan Tak Melindungi Daripada Selesema?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 25/09/2019 . 3 minit bacaan

Masa tular isu Penyakit Tangan Kaki dan Mulut, semua pakat ‘dok’ kalut nak cari gel pembersih tangan (hand sanitizer) sebab nak elakkan jangkitan. Tapi sebenarnya, berfungsi ke gel tu untuk melindungi anda daripada jangkitan seperti selesema? Kalau nak tahu berfungsi ke tidak, bacalah perkongsian artikel ini.

Walaupun penggunaan gel ini turut diamalkan oleh pakar perubatan profesional, kerana dipercayai berfungsi untuk melindungi daripada pelbagai kuman termasuk kuman penyebab selesema. Namun, hakikatnya ia tidak membantu dalam melindungi diri daripada kuman. 

Terdapat satu kajian yang dijalankan mencadangkan bahawa gel pembersih tangan tidak akan dapat melindungi anda daripada virus penyebab selesema yang dapat bertahan selama dua minit, berbanding mencuci tangan. 

Tidak berfungsi 

Penyelidikan yang dilakukan oleh saintis dari Kyoto Profectural University di Jepun ini mendapati bahawa selesema boleh ‘menghilangkan’ fungsi hand sanitizer apabila virus berada dalam lendir (mukus) yang dikeluarkan ketika bersin.

Dalam kajian tersebut, saintis meletakkan lendir yang dijangkiti pada tangan sukarelawan. Dikatakan walaupun direndam dalam pembasmi kuman berasaskan alkohol selama 2 minit, virus tersebut masih hidup. 

Keadaan ini menyebabkan setiap sukarelawan yang terlibat perlu menggosok gel pembersihan tangan secara berterusan untuk tempoh 4 minit di sekeliling tangan mereka untuk benar-benar memusnahkan virus tersebut. 

Wabak kronik

Ironinya, penularan wabak selesema ini merupakan satu virus pandemik untuk seluruh dunia. Setiap tahun virus ini berkeupayaan untuk membunuh antara 250,000 hingga 500,000 individu. Malahan terdapat sesetengah musim, masalah penularan virus ini adalah lebih kronik. Sebagai contoh, virus selesema ini akan mula aktif pada bulan Oktober di Amerika Syarikat. 

Untuk makluman, pandemik dalam konteks ini adalah merujuk kepada satu isu penularan wabak yang melangkaui sempadan atau negara. Apabila sesetengah wabak mencapai status pandemik ini, ia merupakan satu situasi yang serius.

Virus selesema boleh berjangkit dari seorang individu kepada individu yang lain melalui titisan yang keluar ketika seseorang individu yang dijangkiti selesema bersin, batuk atau bercakap. Mungkin anda menyatakan, topeng pelindung mulut akan akan dapat membantu. Hakikatnya ia bukanlah satu langkah pencegahan yang sempurna. 

Berada dalam pengangkutan awam yang sesak, meningkatkan risiko anda untuk berada berdekatan dengan individu yang menghidap selesema. Mereka mungkin bersin atau batuk ke arah anda, jadi apa yang perlu anda buat?

Mencuci tangan vs gel pembersih tangan

Saintis menasihatkan bahawa membasuh tangan dengan air suam dan sabun antibiotik sambil menggosok tangan anda untuk tempoh 30 saat dapat membantu untuk membunuh virus penyebab selesema.

Namun, seandainya tiada bilik air atau tempat untuk anda membasuh tangan, gel pembersihan tangan adalah satu-satunya jalan keluar yang ada. 

Kebanyakan gel pembersihan tangan diperbuat menggunakan sebatian alkohol. Ada yang mengandungi sebatian antibiotik, yang lebih cenderung untuk membunuh bakteria. Tetapi ia tidak berfungsi untuk melawan virus seperti selesema. 

Mukus iaitu cecair yang keluar ketika bersin, batuk mahupun bercakap ini mempunyai tekstur yang berlendir, likat dan berlekit serta mempunyai struktur kimia. Ini menyebabkan alkohol yang terdapat dalam gel pembersih tangan perlu digunakan dan digosok dengan lebih lama untuk dapat berfungsi sepenuhnya.

Lebih lama masa diperlukan

Jadi apa yang boleh disimpulkan, bukanlah gel pembersihan tangan ini tidak berfungsi langsung. Cuma kalau anda ingin gunakannya, sebaiknya gosokkanlah tangan anda untuk tempoh 4 minit. Jangan gosok sekadar ala kadar sahaja. 

Jadi make sure anda ada menyimpan hand sanitizer di dalam beg anda. Untuk kegunaan di waktu kecemasan. Mencegah itu bukankah lebih baik daripada merawat. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Susah Nak Dapat Stok Hand Sanitizer? Boleh Buat Sendiri Di Rumah Dengan 3 Bahan Saja

    Jika ketiadaan air, gel pembersih tangan adalah pengganti untuk mencegah wabak COVID-19. Tetapi stok sukar didapati di kedai, macam mana? Jom buat sendiri!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Coronavirus, COVID-19 23/03/2020 . 3 minit bacaan

    JANGAN Bergantung Pada Hand Sanitizer Saja Untuk Basmi COVID-19, Ini Risiko Anda Tak Sedar!

    Ramai orang gemar memakai cecair pencuci tangan. Namun, tahukah anda bahawa terdapat banyak keburukan hand sanitizer yang tersembunyi?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Coronavirus, COVID-19 01/03/2020 . 4 minit bacaan

    Walaupun Dah Boleh Keluar Bekerja, Jangan Ambil Mudah! Pakai Topeng Muka Di 3 Lokasi Ini!

    Topeng muka merupakan salah satu cara penjagaan diri bagi mencegah jangkitan virus korona. Tetapi adakah setiap tempat memerlukan anda untuk memakainya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Coronavirus, COVID-19 16/02/2020 . 4 minit bacaan

    Hand Sanitizer Boleh Bunuh Kuman Pada Tangan?

    Anda biasa menggunakan hand sanitizer untuk mencuci tangan? Mana lebih baik, hand sanitizer atau mencuci tangan menggunakan sabun dan air?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 10/02/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    sanitizer

    Jangan Gopoh Beli Hand Sanitizer Online, Ini Kriteria Penting Sebelum Beli (Tak Boleh Wangi!)

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 06/07/2020 . 3 minit bacaan
    kepentingan vaksin

    8 Soalan Lazim Kenapa Vaksin Influenza Perlu Diambil Ketika Wabak COVID-19 Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 24/04/2020 . 4 minit bacaan
    penyebaran wabak jangkitan

    Tak Nak Lagi PKP Dilanjutkan? Ini 5 Benda Anda TOLONG JANGAN Buat Lagi!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 22/04/2020 . 3 minit bacaan
    jangkitan kuman

    Kerap Cuci Tangan Guna Air & Sabun Satu SENJATA Utama Perangi COVID-19? Bukan Hanya Hand Sanitizer!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 02/04/2020 . 3 minit bacaan