Di samping itu, anda perlu berbincang dengan doktor sekiranya simptom anda muncul dalam masa terdekat. Dalam kebanyakan kes, simptom penyakit ini sudah berlaku dalam tempoh yang lama, kadangkala sehingga berpuluh tahun. Simptom-simptom seperti ini berkemungkinan tidak menunjukkan masalah kesihatan yang serius.
Berapa lamakah gastrik akan berlaku?
Gastrik yang teruk akan berlaku selama 2 hingga 10 hari. Jika gastrik yang kronik tidak dirawat, ia mungkin akan kekal terjadi selama berminggu-minggu atau bertahun-tahun.
Rawatan untuk dispepsia bukan ulser
Memandangkan stres disyaki menjadi penyebab dispepsia bukan ulser, doktor mungkin akan menetapkan dos antidepresan yang rendah dan ubat-ubatan yang menghilangkan keresahan untuk membantu mengurangkan simptom yang berlaku. Ubat untuk mengurangkan asid perut juga sering diberikan. Terdapat tiga jenis ubat untuk mengurangkan asid perut:
- H2 blockers, atau histamine-2 blockers, termasuklah cimetidine, rantidine, nizatidine dan famotidine
- Proton pump inhibitors (PPI), termasuklah omeprazole, lansoprazole, pantoprazole, rabeprazole, dan esomeprazole.
- Antacid group seperti Gaviscon
Walaupun kedua-duanya befungsi dengan cara yang berbeza, ia membantu menurunkan jumlah asid yang dihasilkan oleh perut.
Rawatan untuk ulser peptik
Sekiranya ujian mendedahkan bahawa sakit perut anda disebabkan oleh ulser peptik, doktor mungkin akan menetapkan ubat untuk mengurangkan asid perut, seperti yang diterangkan di atas. Jika ulser anda berkaitan dengan jangkitan H. pylori, anda juga akan menerima terapi tiga kali ganda dalam tempoh masa pendek, yang terdiri daripada satu agen pengurangan asid dan dua antibiotik. Ubatan yang diberikan adalah clarithromycin, amoxicillin dan PPI yang diberikan selama 14 hari. Secara amnya, terapi tiga kali ganda ini berjaya membasmi bakteria sehingga 90 peratus daripada kes-kes yang berlaku.
6 tips untuk mengelakkan kesakitan gastrik
Sama ada kesakitan gastrik anda didiagnosis sebagai dispepsia bukan ulser atau disebabkan oleh sebab yang lebih spesifik, anda dapat menurunkan risiko mengalami gejala kesakitan gastrik tersebut dengan melakukan beberapa perubahan gaya hidup yang mudah. Ini termasuklah:
- Makan jumlah makanan yang lebih kecil tetapi lebih kerap. Jika anda sering mengalami masalah pencernaan, makan lima hingga enam kali hidangan kecil dalam sehari. Elakkan memakan hidangan yang banyak untuk sekali makan.
- Makan pada waktunya dan jangan mengelak waktu makan anda. Ini akan membiasakan perut anda untuk melepaskan jus gastriknya hanya pada waktu makan dan bukan secara tidak menentu.
- Kurangkan makanan yang merengsakan. Kurangkan makanan pedas, berasid, bergoreng atau berlemak kerana cara ini membantu anda mengurangkan gejala gastrik dan membolehkan perut anda sembuh.
- Minum alkohol secara sederhana. Jumlah alkohol yang berlebihan boleh melemahkan lapisan pelindung perut anda, menjadikan anda lebih mudah terdedah kepada ulser.
- Berhenti merokok. Merokok meningkatkan pengeluaran asid perut, memperlahankan penyembuhan dan meningkatkan risiko mendapatkan kanser perut.
- Uruskan tekanan anda dengan lebih baik. Tekanan yang tinggi meningkatkan pengeluaran jus gastrik dalam perut anda. Lakukan senaman secara teratur dan libatkan diri anda dengan aktiviti yang menenangkan seperti yoga untuk memastikan tekanan anda dapat dikawal dan diturunkan.
Adakah terdapat perkaitan antara gastritis dan Laparoscopic sleeve gastrectomy (pembedahan gastric sleeve)?
Pembedahan gastric sleeve mengurangkan saiz perut kepada hanya 15 peratus daripada saiz asalnya melalui pembedahan. Pembedahan ini membantu individu yang menjalaninya untuk berasa kenyang dengan lebih cepat dan sangat membantu dalam mengurangkan tabiat pemakanan secara berlebihan. Selepas pembedahan, seseorang mestilah mengikut diet yang ketat (gastric sleeve diet) yang membolehkan tubuh untuk pulih dan menyesuaikan diri dengan saiz perut yang lebih kecil. Individu yang menjalani prosedur pembedahan perlu makan dengan saiz yang lebih kecil dan lebih kerap untuk sepanjang hayat mereka.
Berdasarkan kajian yang dijalankan yang bertajuk “Gastritis in patients undergoing sleeve gastrectomy. Prevalence, ethnic distribution, and impact on glycemic” yang diterbitkan dalam jurnal Medicine pada tahun 2017 menyatakan bahawa, terdapat kejadian gastrik yang tinggi dalam kalangan individu yang obes. Kawalan glisemik sebelum pembedahan menjadi lebih teruk dalam kalangan pesakit gastritis berbanding dengan kumpulan mukosa biasa. Gastritis yang diakibatkan oleh H. pylori tidak mungkin menimbulkan komplikasi kepada pesakit selepas pembedahan tersebut. Bagi komplikasi H. pylori yang diketahui, seperti ulser atau limfoma, pesakit harus ditawarkan dengan rawatan pembasmian atau pengawasan berkala. Oleh itu, prosedur seperti ini boleh membantu seseorang yang obes bukan sahaja untuk mengurangkan tabiat pemakanan yang berlebihan, malah dapat mengurangkan kejadian gastrik dalam kalangan mereka.
Fakta pembedahan gastric sleeve dan gastric sleeve diet
- Pembedahan gastric sleeve dipanggil sedemikian kerana perut akan menyerupai lengan selepas pembedahan tersebut.
- Saiz perut yang berkurangan akan menyebabkan sukar bagi seseorang individu untuk makan terlalu banyak.
- Kejayaan pembedahan bergantung kepada kesanggupan seseorang untuk mengekalkan gaya hidup yang sihat.
- Gastric sleeve diet akan berpandukan empat fasa yang berbeza untuk kembali kepada corak pemakanan yang sihat.
Empat fasa dalam gastric sleeve diet
Empat fasa diet ini dilakukan supaya individu yang telah menjalani prosedur pembedahan boleh beralih kepada diet makanan pepejal yang akan dimakan untuk sepanjang hidup mereka. Sesetengah doktor juga menghendaki individu yang terlibat agar menjalani diet pra-pembedahan khas untuk mengoptimumkan kesihatan sebelum pembedahan dijalankan. Setiap individu perlu membincangkan buiran diet pra-pembedahan yang sihat dengan doktor mereka kerana diet yang betul berbeza antara setiap individu.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen