Gangguan Metabolisme Akibat Kerja Syif

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Bekerja pada waktu malam atau pada jadual kerja yang tidak standard boleh meningkatkan risiko obes dan perkembangan diabetes serta gangguan metabolik lain yang cenderung ke arah peningkatan risiko penyakit jantung, strok dan kanser.

Menurut kajian kecil, bekerja pada waktu malam dan tidur pada waktu siang boleh memperlahankan metabolisme tubuh.

Menurut National Institutes of Health pula, waktu bangun, lapar dah tidur anda setiap hari mengulangi kitaran “circadian” 24 jam yang dikawal oleh jam dalaman badan anda. Jam-jam ini diselaraskan oleh perentak (pacemaker) pusat di dalam otak. Kitaran cerah dan gelap adalah penting untuk fungsi jam induk otak. Kitaran lain seperti aktiviti tingkah laku seperti makan dan berpuasa atau tidur dan berjalan adalah penting untuk periferal di hati, usus dan tisu lain.

Bagaimana metabolisme boleh terjejas?

Kajian terdahulu menunjukkan sesetengah produk metabolisme di dalam darah mempunyai irama harian. Oleh itu, pasukan penyelidikan antarabangsa yang diketuai oleh Drs. Hans P. A. Van Dongen dan Shobhan Gaddameedhi di Washington State University menyiasat sama ada gangguan irama ini dipengaruhi oleh perentak jantung pusat di dalam otak atau mencerminkan aktiviti perilaku, seperti melakukan syif malam.

Sepuluh lelaki dan empat wanita, berusia 22 hingga 34 tahun, tinggal di makmal penyelidikan selama seminggu. Separuh daripadanya mempunyai corak tidur syif malam selama tiga hari dan separuh mempunyai pola syif siang. Corak syif malam menyebabkan irama perentak pusat dan irama tingkah laku menjadi bertentangan. Selepas tiga hari, para sukarelawan terus terjaga selama satu hari dalam rutin yang berterusan dengan tahap suhu dan cahaya malar. Mereka menerima makanan ringan yang serupa setiap jam dan menyediakan sampel darah pada setiap tiga jam.

Pasukan menganalisis tahap 132 metabolit semasa rutin 24 jam yang berterusan, kira-kira separuh (65) daripada metabolit mempunyai irama harian yang signifikan. Daripada jumlah ini, 27 mempunyai irama 24 jam yang signifikan untuk kedua-dua corak tidur. Hanya tiga daripada metabolit ini (taurine, serotonin, dan sarkosin) mengekalkan masa puncak yang sama, sama dengan penanda jam induk melatonin dan kortisol. 24 jam yang lain menunjukkan syif 12 jam dalam irama bagi pola syif malam.

Akibatnya, beberapa isyarat biologi dalam badan pekerja syif mengatakan bahawa ia siang, sedangkan isyarat lain mengatakannya malam, yang mana menyebabkan gangguan metabolisme.

Oleh itu, penyelidikan lebih lanjut diperlukan untuk lebih memahami metabolik ini dalam obesiti, diabetes dan keadaan perubatan lain yang berisiko tinggi kepada pekerja syif.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: November 13, 2018 | Kali terakhir kemaskini: November 29, 2019

Rujukan