1. 3 juta orang mati setiap tahun disebabkan COPD
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), penyakit ini meragut sebanyak 3 juta nyawa setiap tahun. Angka ini bersamaan 5 peratus daripada keseluruhan penduduk dunia dan dijangka akan meningkat pada masa akan datang. Kebanyakan kes kematian berlaku di negara-negara berpendapatan rendah disebabkan strategi dan kawalan penyakit yang lemah.
2. Merokok ialah punca nombor satu
Ini bukanlah satu fakta baru. Langkah ke arah mengawal produk tembakau sedang berkembang terutamanya di negara-negara maju. Iritasi daripada bahan tembakau ke atas paru-paru menyebabkan tisunya rosak. Bukan sahaja mereka yang merokok, perokok pasif juga berisiko menghidap keadaan yang sama.
Selain itu, merokok juga meningkatkan risiko banyak penyakit lain termasuk gastrik dan kanser paru-paru. Langkah kerajaan untuk mewartakan restoran sebagai kawasan larangan merokok ialah satu langkah yang positif ke arah mengawal pengunaan produk tembakau.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen