Elakkan Tabiat Buruk Ini Untuk Jantung yang Sihat

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Update Date 15/11/2019
Share now

Jantung merupakan organ paling berharga dalam tubuh anda. Ia bekerja 24 jam sehari tanpa henti untuk memastikan setiap sel dalam tubuh mendapat bekalan darah dan oksigen agar dapat menjalan fungsinya dengan baik.

Kadangkala tanpa sedar, anda sebenarnya mengamalkan tabiat buruk yang boleh mengancam kesihatan jantung. Mari lihat apakah tabiat buruk tersebut.

1. Tidak aktif sepanjang hari

Jangan hanya duduk di hadapan komputer anda walaupun anda bekerja di dalam pejabat yang sejuk dan selesa. Bangun dan berjalan serta lakukan sedikit senaman untuk membuatkan tubuh lebih aktif. Senaman mudah seperti berjalan, mengangkat kaki semasa duduk, dan naik turun tangga boleh membantu menjadikan jantung lebih aktif.

2. Anda rasa diri masih muda

Penyakit tidak kenal tua atau muda. Secara amnya, orang muda lebih jarang mendapat banyak penyakit berbanding mereka yang lebih berumur. Namun, gaya hidup terkini yang tidak aktif dan pemakanan yang kurang sihat meningkatkan risiko banyak penyakit kronik. Malah, kencing manis jenis 2 juga pada hari ini ditemui dalam kalangan kanak-kanak!

Jangan berlengah lagi. Ubah gaya hidup dan pemakanan anda untuk kesihatan yang lebih baik.

3. Anda tidak mengambil berat soal kesihatan jantung

Berapa bacaan terkini tekanan darah anda? Apakah bacaan normal?

Nombor dan maklumat ini bukan hanya perlu diketahui oleh staf kesihatan, anda juga perlu tahu untuk memastikan diri dalam keadaan sihat. Dapatkan pemeriksaan jantung secara berkala. Tidak banyak pun, setahun sekali sudah memadai jika tiada sebarang masalah kesihatan. Nak lebih mudah, dapatkan pengukur tekanan darah elektronik.

4. Seluar anda saiz berapa?

Jika saiz 35 inci bagi wanita dan 40 inci bagi lelaki, sila ambil langkah proaktif untuk mengurangkan saiz pinggang anda. Bukan semata-mata untuk mendapatkan bentuk badan yang cantik tetapi juga mengurangkan risiko penyakit jantung. Mulakan sedikit demi sedikit asalkan ada perkembangan.

5. Asap rokok secondhand

Merokok sudah tentu bahaya untuk kesihatan jantung tetapi bukan itu sahaja, asap rokok secondhand yang dilepaskan oleh perokok lain juga boleh merosakkan jantung anda. Oleh itu, sila berhati-hati dan waspada dengan persekitaran anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Lebih Berat Bayi Semasa Lahir, Lebih Sihat: Betul Ke?

    Jika berat bayi anda tinggi, mereka berpeluang untuk menikmati tahap kesihatan jantung yang lebih sihat kelak, menurut kajian yang dijalankan di Sweden.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

    Boleh Cuba 4 Penawar Ini Bagi Turunkan Masalah Hipertensi!

    Jika anda baru atau sudah lama didiagnosis dengan masalah hipertensi, pasti anda tercari-cari penawar darah tinggi yang berkesan. Ikuti 4 tips ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

    Perut Buncit Jika Mandi Lepas Makan? Bukan Ini Saja, Ada 4 Lagi Mitos Lain

    Kalau sebut mengenai perut buncit, pasti ramai individu mahu mengelakkannya. Maka wujudlah pelbagai jenis mitos berkaitan kesihatan perut ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Sakit Jantung! Apa Langkah Awal Yang Perlu Anda Buat?

    Serangan jantung boleh membawa maut namun jika rawatan awal diberikan dengan serta-merta fungsi jantung optimum masih boleh dikekalkan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli