backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

2

Tanya Doktor
Simpan

Berapa Kadar Degupan Jantung & Denyutan Nadi Yang Normal Ketika Rehat?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Halifah · Disemak pada 26/01/2024

    Berapa Kadar Degupan Jantung & Denyutan Nadi Yang Normal Ketika Rehat?

    Tahukah anda bahawa cara yang paling mudah untuk memeriksa tahap kesihatan individu boleh dilakukan dengan hanya menggunakan dua jari? Walaupun kebanyakan individu tahu akan kadar atau bacaan degupan jantung normal dan denyutan nadi mereka sepanjang hari namun tidak semua tahu berkenaan dengan kadarnya ketika rehat.

    Ikuti artikel ini untuk mengetahui kepentingan memeriksa denyutan nadi sewaktu anda berehat. 

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Jantung, sila dapatkannya di sini.

    Bacaan degupan jantung normal – Kadar denyutan nadi rehat 

    The American Heart Association menyarankan pengiraan kadar denyutan nadi rehat dilakukan sebaik sahaja selepas bangun daripada tidur. Secara umumnya:

    • Kanak-kanak yang berusia 6 ke 15 tahun mempunyai kadar denyutan dalam lingkungan 70 hingga 100 degupan seminit
    • Orang dewasa yang berusia 18 tahun dan ke atas mempunyai kadar denyutan dalam lingkungan 60 ke 100 degupan seminit

    Namun, jika anda mempunyai kadar denyutan nadi rehat yang lebih rendah daripada kadar yang dinyatakan, usah risau.

    Ia tidak bermakna anda mempunyai masalah kesihatan.

    Bagi mereka yang aktif bersukan, kadar denyutan tersebut kebiasaannya boleh menjadi serendah 40 denyutan seminit.

    bacaan degupan jantung normal
    Bacaan jantung yang normal.

    Ini berikutan keupayaan otot jantung mereka meningkat sejajar dengan aktiviti fizikal membolehkan jantung untuk mengepam lebih banyak darah pada setiap degupan.

    Namun jika denyutan nadi tersebut berada pada paras yang sangat rendah sehingga menyebabkan simptom seperti pening, pemeriksaan jantung adalah disarankan.

    Ini bagi mengelakkan masalah jantung seperti aritmia yang boleh menyebabkan komplikasi yang lebih serius.

    Kajian yang dijalankan pada tahun 2014 oleh Alicia d’Souza telah mendapati bahawa atlet jangka masa panjang mempunyai risiko untuk mengalami prosedur implantasi perentak jantung.

    Bagaimana pula dengan kadar denyutan yang tinggi?

    Menurut pakar, mereka yang terbabit kebiasaannya mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit kardiovaskular.

    Kajian berkaitan dengan perkara ini telah dijalankan pada tahun 2013 oleh sekumpulan saintis yang diketuai oleh Magnus Thorsten Jensen.

    Dapatan kajian menunjukkan individu yang mempunyai kadar denyutan yang tinggi semasa rehat sering dikaitkan dengan tahap kecergasan badan yang rendah, masalah hipertensi dan masalah jantung. 

    Cara memeriksa bacaan degupan jantung normal 

    Anda boleh memeriksa degupan jantung normal dan degupan jantung lemah sendiri.

    Ia tidak memerlukan peralatan khusus namun jika anda mempunyai kadar denyutan yang rendah (kurang daripada 60), tafsiran jumlah denyutan tersebut kebiasaannya berdasarkan simptom yang ada.

    Tiada bacaan yang dianggap sebagai ideal walaupun kebiasaannya atlet mempunyai kadar nadi rehat yang rendah. Cara-caranya adalah:

  • Letakkan jari telunjuk dan jari tengah anda pada bahagian bawah pergelangan tangan di pangkal ibu jari. Anda akan berasa denyutan.
  • Kira denyutan tersebut untuk 15 saat dan darabkan dengan 4. Sebagai contoh, anda mempunyai kadar nadi 15 denyutan per 15 saat (15 x 4 = 60). 
  • Rekodkan bacaan tersebut dan ulang pada waktu yang berbeza. Gunakan Kalkulator Kadar Jantung Sasaran oleh Hello Doktor.
  • degupan jantung normal
    Cara memeriksa bacaan degupan jantung yang betul.

    Bacaan degupan jantung normal tersebut boleh dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti ubat-ubatan, keresahan, kemurungan, faktor hormon dan sebagainya.

    Pastikan denyutan tersebut diperiksa dua jam selepas senaman atau satu jam selepas mengambil minuman berkafein.

    Ia bagi mengelakkan ralat pada jumlah denyutan yang boleh dipengaruhi oleh perkara tersebut.

    Jika anda mempunyai kadar denyutan yang tinggi, berjumpalah dengan doktor bagi menjalani pemeriksaan kesihatan.

    Masalah seperti hipertensi, kencing manis dan masalah jantung perlu dirawat agar komplikasinya dapat dihindarkan.

    Amalkan gaya pemakanan sihat dan pastikan anda mendapat tidur yang cukup.

    Senaman merupakan salah satu alternatif terbaik untuk mengawal kadar degupan jantung normal dewasa.

    Keberkesanannya bergantung kepada intensiti senaman tersebut.

    Kajian yang dibuat oleh Cornelissen pada tahun 2009 telah mendapati bahawa mereka yang bersenam selama sejam sehari dengan senaman intensiti tinggi mampu merendahkan kadar denyutan tersebut dengan efektif.

    cara turunkan kolestrol
    Cara kurangkan kolestrol dengan cepat.

    Konklusi

    Kadar bacaan degupan jantung normal dan denyutan nadi rehat merupakan salah satu parameter penting dalam menentukan kadar risiko individu untuk mendapat penyakit kronik.

    Jika anda mempunyai kadar degupan jantung lemah yang rendah (dengan simptom) atau tinggi, berjumpalah dengan doktor untuk membuat pemeriksaan kesihatan. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nurul Halifah · Disemak pada 26/01/2024

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan