backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

COPD: Perbezaan Bronkitis Kronik Dan Emfisema

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 13/09/2019

    COPD: Perbezaan Bronkitis Kronik Dan Emfisema

    Penyakit Sekatan Pulmonari Kronik (COPD) boleh termasuk dua keadaan iaitu bronkitis kronik dan emfisema atau kombinasi kedua-dua keadaan itu. 

    Sumber: Yayasan Paru-paru Malaysia

    Bronkitis kronik

    Bronkitis adalah keradangan tiub bronkial (saluran udara) yang membawa udara ke dan dari dari paru-paru. Apabila tiub bronkial meradang, selaput atau membran mukus, dan saluran udara membengkak dan menjadi lebih tebal. Ia juga menghasilkan lebihan lendir.

    Bronkitis boleh menjadi akut dan kronik. Bronkitis akut biasanya disebabkan oleh jangkitan sementara dan perengsa paru-paru. Ia biasanya disebabkan oleh virus sama yang menyebabkan selsema dan flu. Kebanyakan kes bronkitis akut akan hilang dalam mada beberapa hari.

    Manakala, setakat ini bronkitis kronik adalah lebih serius, penyakit paru-paru yang tidak boleh diubati yang melibatkan tempoh batuk yang berterusan, yang mana menandakan perubahan struktur sistem bronkial. Selain daripada batuk yang penuh dengan lendir, orang yang mengalami bronkitis kronik mengalami sesak nafas, sesak dada, berdehit dan keletihan.

    Rokok adalah penyebab utama COPD, termasuk bronkitis kronik. Penyebab lain kemungkinan bronkitis kronik termasuk pendedahan kepada debu dan asap industri di tempat kerja, pencemaran udara dalaman, asap rokok, dan bahan pencemar udara yang lain.

    Emfisema (Emphysema)

    Emfisema berlaku apabila kantung udara paru-paru (aveoli) menjadi rosak dan hilang ketegangannya menyebabkan berlakunya sesak nafas. Setiap paru-paru mempunyai purata 480 juta aveoli.

    Apabila anda menarik nafas, aveoli akan mengembang dan menegang, mengambil oksigen dan mengangkutnya ke dalam darah di dalam saluran kapilari kecil dalam dinding nipisnya. Manakala apabila anda menghembus nafas, aveoli mengecil dengan mudah, mengeluarkan karbon dioksida daripada badan melalui saluran udara. 

    Orang yang mempunyai emfisema, dinding alveolar menjadi rosak dan kantung udara kehilangan keanjalan normal, menyebabkan udaran ke paru-paru tidak sampai.

    Simptom-simptom yang lain termasuk batuk kronik, jangkitan pernafasan yang kerap, berdehit, kurang nafsu makan, dan keletihan.

    Selain itu, rokok juga adalah punca utama emfisema. Faktor risiko lain untuk penyakit ini termasuk jangkitan pernafasan kanak-kanak yang kerap, asma, dan pendedahan kronik terhadap pencemaran udara, asap rokok, atau habuk dan asap di tempat kerja.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 13/09/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan