backup og meta

Awas Vapers! Bahaya Cecair Vape Berperisa Mentol

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 31/01/2020

    Awas Vapers! Bahaya Cecair Vape Berperisa Mentol

    Kini, rokok elektronik atau vape telah mendapat sambutan yang sangat hangat dalam kalangan perokok tanpa mengira usia dan jantina. Ini kerana ia kononnya lebih selamat dan tidak mempunyai kandungan bahan kimia berbahaya kecuali nikotin. Selain itu, lambakan pilihan perisa vape yang pelbagai turut menjadi punca mengapa ia sangat popular. Pun begitu, tahukah anda bahawa cecair vape terutamanya yang berperisa mentol sebenarnya turut mengandungi bahan kimia berbahaya? Untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut, sila ikuti artikel ini.

    Bahaya cecair vape berperisa mentol

    Menurut kajian terbaharu yang dijalankan oleh Duke University di Amerika, 3 daripada banyak lagi cecair vape berperisa mentol yang dikaji mengandungi pulegone, sejenis bahan kimia karsinogenik yang dikatakan boleh menjadi punca kanser!

    US Food and Drug Administration (FDA), telah bertindak mengharamkan apa-apa sahaja penggunaan produk yang mengandungi bahan kimia ini pada bulan Oktober tahun 2018 untuk melindungi pengguna daripadanya. Namun begitu, ia masih terlepas dan terkandung di dalam beberapa jenama cecair vape terutamanya yang berperisa mentol.

    Meskipun FDA telah melakukan pemantauan dalam pemprosesan setiap bahan makanan, minuman, ubatan atau produk tembakau seperti rokok, proses ini dikhuatiri tidak dapat mengawal pemprosesan cecair vape. Ini sekali gus menyebabkan bahan kimia berbahaya seperti pulegone ini tidak dapat dikawal dan terlepas kepada pengguna. 

    Pulegone, toksik kepada manusia

    Buat anda yang masih tertanya-tanya, pulegone adalah bahan kimia berupa minyak yang berasal dari tumbuhan dan berbahaya kepada manusia. Menurut kajian makmal yang menggunakan tikus sebagai subjek, pengambilan bahan kimia ini telah menyebabkan berlakunya kanser pundi kencing dan kanser hati.

    Sebenarnya, bahan kimia ini tidak hanya terkandung dalam cecair vape malahan juga boleh berada dalam makanan dan minuman, dengan kuantiti yang sangat rendah. Pun begitu, FDA masih bertekad untuk menyingkirkannya daripada senarai aditif yang diperakui untuk tujuan keselamatan pengguna produk.

    Untuk pengetahuan anda, bahan kimia ini merupakan bahan utama dalam pembuatan cecair vape dan rokok berperisa mentol yang dikatakan lebih berbahaya berbanding rokok atau cecair vape biasa. Hal ini pertama sekali diperakui oleh Centers for Disease Control and Prevention (CDC), yang menyatakan bahawa kedua-dua kit merokok ini mengandungi toksik yang berbahaya buat manusia. 

    Berbaloikah ambil risiko?

    Meskipun FDA telah mengeluarkan amaran kepada syarikat pengeluaran rokok dan cecair vape berperisa mentol untuk menurunkan tahap pulegone di dalam produk mereka, ia masih berisiko tinggi kepada penggunanya.

    Menurut Dr Sven-Eric Jordt yang merupakan pakar perubatan dari Duke University, FDA sebenarnya perlu lebih mengetatkan peraturan mengenai penggunaan pulegone di dalam apa-apa sahaja produk yang digunakan oleh pengguna terutamanya rokok dan cecair vape berperisa mentol yang sangat longgar pengawasan dan pengawalannya. 

    Buat individu pula, adakah berbaloi untuk anda membahayakan kesihatan semata-mata ingin mendapatkan kepuasan sementara dengan merokok? Ketahuilah bahawa segala produk cecair vape dan rokok sama ada berperisa mentol atau biasa sebenarnya memang mengandungi pelbagai lagi bahan kimia berbahaya!

    Jadi, setiap kali anda mengunjungi kedai rokok atau vape untuk membeli apa-apa sahaja kit dengan tujuan untuk menghembus asap tidak sihat ke udara, fikirkan semula.

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 31/01/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan