backup og meta

7 Cara Mudah Dan Cepat Untuk Tingkatkan Imun Badan, No.3 Paling Tak Sabar Nak Buat!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 27/08/2020

    7 Cara Mudah Dan Cepat Untuk Tingkatkan Imun Badan, No.3 Paling Tak Sabar Nak Buat!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

    Kini, seantero dunia sedang berhadapan dengan pandemik wabak COVID-19 yang sangat membimbangkan.

    Disebabkan itu, pelbagai langkah kebersihan dan kesihatan wajar kita buat untuk melawan virus ini dan penyakit lain bagi kesejahteraan hidup.

    Antara langkah yang boleh kita lakukan adalah mengamalkan cara kuatkan sistem imun tubuh badan kita!

    Persoalannya, bagaimana?

    Cara kuatkan sistem imun tubuh badan yang wajib diamalkan

    sistem imun

    Umum mengetahui bahawa negara kita sedang melalui gelombang kedua wabak COVID-19.

    Ekoran itu, kita sebagai rakyat Malaysia wajar mengamalkan langkah kebersihan dan kesihatan selain akur dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk memutuskan rantaian jangkitan virus korona baharu ini.

    Selain itu, cara kuatkan sistem imun tubuh badan wajib diamalkan.

    Berikut adalah apa yang kalian boleh lakukan:

    #1. Elakkan stres yang berlebihan

    Tidak dinafikan, memang ramai individu mengalami stres kerana situasi yang terpaksa kita hadapi kini.

    Pun begitu, kita seharusnya mengelakkan diri dari stres yang berlebihan.

    Jika anda tidak pasti sama ada anda mengalami stres atau tidak sepanjang penularan wabak COVID-19 ini, sila semak infografik di bawah:

    Tekanan yang terlalu banyak hanya akan melemahkan sistem imun tubuh badan, sekali gus meningkatkan risiko dijangkiti pelbagai penyakit.

    #2. Pastikan rangkaian sosial anda kekal kuat

    Semasa PKP, memang sukar untuk kita bersosial bersama teman-teman.

    Namun, itu bukan alasan. Kewujudan media sosial memastikan kita boleh kekal berhubung bersama orang yang jauh mahupun dekat.

    Terdapat banyak kajian mengatakan kesunyian dan pengasingan sosial memberi banyak kesan buruk kepada kesihatan tubuh badan.

    Artikel berkaitan: PKP Tak Bermaksud Anda Jadi Antisosial, Ini 4 Cara Kekal Berhubung Walaupun Terkurung!

    #3. Seks juga cara kuatkan sistem imun tubuh badan

    wabak covid-19

    Ya, memang kenyataan ini mengejutkan. Namun, ia ada benarnya!

    Menurut kajian, individu yang melakukan hubungan seks sekali atau 2 kali seminggu mempunyai kadar immunoglobulin A (IgA) lebih tinggi di dalam air liur mereka berbanding individu yang kurang aktif melakukan hubungan seks.

    Bolehkah COVID-19 tersebar melalui hubungan seks? Kami ada jawapannya di sini!

    IgA adalah sejenis molekul imun dalam tubuh badan yang membantu individu melawan penyakit biasa seperti demam, selesema atau flu.

    #4. Buang tabiat buruk anda dengan kadar segera

    Tabiat buruk seperti menghisap rokok dan meminum alkhol wajarlah dibuang dengan kadar segera.

    Dan tahukah anda, perokok lebih berisiko untuk dijangkiti virus COVID-19?

    Baca juga:

    Selain itu, buang juga tabiat suka berjaga pada lewat malam.

    Ini kerana kurang tidur pada waktu malam akan menyebabkan tubuh badan kurang mendapat rehat dan kesannya, sistem imun akan menjadi lemah.

    Menurut kajian, kebanyakan individu perlu sekurang-kurangnya 7 hingga 9 jam waktu tidur untuk tubuh badan berehat sepenuhnya.

    Barulah tubuh badan anda dapat menghasilkan lebih banyak sel darah putih yang mampu melawan pelbagai penyakit.

    #5. Cuci tangan dengan kerap untuk sistem imun yang kuat

    Cuci tangan menggunakan air dan sabun dengan kerap adalah cara kuatkan sistem imun tubuh badan yang paling mudah dan efektif.

    Ia juga senjata utama dalam melawan pandemik wabak COVID-19 yang melanda dunia ini.

    Ini kerana virus, bakteria atau kuman boleh berpindah dari manusia ke manusia hanya apabila mempunyai kontak rapat.

    Contohnya seperti bersalam.

    penyebaran wabak covid-19

    Perbuatan ini akan memindahkan kuman jika tangan anda menyentuh hidung, mata dan mulut anda.

    Artikel berkaitan: 16X Pegang Muka Sendiri Dalam Sehari, Ia Punca Jangkitan COVID-19!

    Oleh itu, sentiasalah cuci tangan dengan air dan sabun. Selain itu, penggunaan hand sanitizer jika tiada air dan sabun!

    #6. Membela haiwan peliharaan

    Pelbagai kajian menunjukkan individu yang membela haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing cenderung ada tekanan darah dan kadar kolesterol yang lebih stabil.

    Ini didasari oleh faktor anda akan lebih terlibat secara fizikal ketika membawa si comel bersiar-siar di luar rumah.

    Selain itu, dikatakan juga kanak-kanak yang banyak terdedah kepada haiwan lebih cenderung untuk tidak mempunyai alahan dewasa kelak.

    #7. Ketawa itu penawar duka dan pemangkin sistem imun

    Akhir sekali, anda perlu memastikan kehidupan kekal ceria dan bahagia. Caranya, adalah dengan ketawa!

    Ketawa dikatakan mampu meningkatkan sistem imun tubuh badan.

    Ini disahkan melalui kajian yang dilakukan dengan meneliti individu ketika mereka menonton filem.

    Didapati sistem imun tubuh badan mereka yang menonton filem komedi mampu meningkat dengan mendadak.

    Jadi, sentiasalah kekal positif ya. Bersama, kita mampu melawan pandemik wabak COVID-19 yang sedang menyerang dunia ketika ini. Paling penting, kekal berada di rumah okay! #stayathome

    [mc4wp_form id=’115319″]

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 27/08/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan