backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Jangan Biar Orang Lain Merana Sebab Ketiak Berbau Anda, Cuba Petua Ini Untuk Hilangkan!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 03/05/2023

    Jangan Biar Orang Lain Merana Sebab Ketiak Berbau Anda, Cuba Petua Ini Untuk Hilangkan!

    Amin melakukan senaman hariannya di gym dan seperti biasa, keseluruhan bahagian tubuhnya akan mengalami perpeluhan termasuklah di ketiaknya. Walau bagaimanapun, dia menyedari bahawa walaupun dia tidak mengalami perpeluhan, dia mempunyai ketiak berbau sehingga dia sendiri kurang berasa selesa dengan keadaan tersebut.

    Kadangkala Amin terpaksa menjauhkan diri daripada berada terlalu hampir dengan individu lain ketika menaiki bas atau LRT. Menyedari masalah yang dialaminya, Amin cuba mendapatkan cara untuk bagaimana menghilangkan bau ketiaknya itu. 

    Tip hilangkan bau ketiak berbau

    Bagi anda yang mengalami masalah seperti yang dialami oleh Amin, jangan terlalu risau. Cuba cara yang kami kongsikan di bawah ini bagi mengurangkan bau yang kurang menyenangkan itu. 

    #1. Guna antiperspirant atau deodoran

    ketiak berbau

    Mungkin deodoran yang anda gunakan sekarang tidak begitu sesuai dengan keadaan semasa ketiak anda. Cuba gantikan jenis atau jenama deodoran anda kepada jenis yang lain.

    Anda juga boleh mendapatkan antiperspirant di farmasi berdekatan bagi mengurangkan kadar perpeluhan ketiak yang menyebabkan bau yang kuat.

    Antiperspirant berfungsi mengurangkan kadar peluh yang dihasilkan dengan cara menyekat liang-liang peluh untuk sementara waktu. Makin kurang peluh pada ketiak, maka makin kuranglah bau ketiak anda.

    #2. Mandi

    Nampak macam remeh, tetapi ramai yang kurang mengambil perhatian berkenaan soal mandi. Anda perlu menggunakan sabun ketika mandi, bukan hanya siraman air pancuran semata-mata.

    Selain itu, anda juga perlu mandi bagi membersihkan badansetelah melakukan kerja-kerja atau senaman dengan intensiti yang tinggi. Ini akan membantu menyingkirkan bakteria yang boleh menyebabkan bau dari ketiak dan badan anda. 

    #3. Pakai pakaian yang sesuai

    ketiak berbau

    Jenis pakaian yang dimaksudkan di sini adalah jenis pakaian yang menyerap peluh dan longgar.

    Jenis-jenis fabrik seperti kapas dan linen boleh membantu tubuh badan anda untuk ‘bernafas’ dan membantu mengeringkan tubuh anda daripada peluh yang keluar. 

    #4. Cukur bulu ketiak

    Siapa sangka, dengan sentiasa mencukur bulu ketiak anda boleh membantu mengurangkan ketiak berbau. Satu kajian yang diterbitkan pada tahun 2016 mendapati, cukur atau wax ketiak boleh mengurangkan bau ketiak secara signifikan.

    Ini kerana cucian yang dilakukan akan menjadi lebih efektif atau berkesan pada permukaan kulit yang telah dicukur atau wax.

    #5. Pengurusan stres atau tekanan

    Memandangkan reaksi stres boleh menyebabkan kelenjar peluh menghasilkan peluh, pengurusan stres dan teknik untuk mengurangkan kegelisahan boleh membantu anda mengawal reaksi stres yang anda alami dan mengurangkan respon perpeluhan fisiologi anda. 

    #6. Tukar diet anda

    ketiak berbau

    Makanan berlemak, berminyak dan makanan dengan bau yang kuat seperti bawang putih, rempah, kari dan bawang boleh meresap kedalam liang-liang anda lalu menyebabkan badan atau ketiak yang berbau.

    Cuba tukar dengan diet yang lebih sihat atau kurangkan penggunaan sesetengah bahan dengan bau yang kuat dalam masakan anda.

    Kesimpulan

    Bukan susah pun untuk kurangkan atau hilangkan bau ketiak berbau. Hanya sedikit perubahan yang diperlukan dalam gaya hidup anda, lalu masalah ketiak berbau anda pun akan hilang dengan segera.

    Perkara yang paling, jangan sesekali malas dalam menguruskan diri dan pastikan faktor-faktor kebersihan sentiasa dititikberatkan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 03/05/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan