backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Cara Hadapi Asma Tanpa Inhaler

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 01/08/2023

    Cara Hadapi Asma Tanpa Inhaler

    Bagaimana cara merawat asma tanpa inhaler? Teruskan membaca artikel ini untuk jawapannya..

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Pernafasan, sila dapatkannya di sini.

    Serangan asma

    Asma memerlukan penjagaan yang berterusan dan pengurusan yang betul pada setiap masa. Kehidupan anda bergantung sepenuhnya kepadanya.

    Sebelum mengetahui cara merawat asma tanpa inhaler, pertama sekali yang penting untuk dilakukan adalah, anda harus mengetahui punca serangan asma berlaku.

    Baca juga:

    Pencemaran udara, pendedahan kepada kerengsaan seperti habuk, asap rokok dan haiwan kesayangan, keadaan fizikal dan kecemasan emosi semuanya boleh mencetuskan serangan asma.

    Simptom serangan asma

    Serangan asma boleh jadi ringan atau teruk. Berhati-hati dengan simptom umum ini:

    • Kesukaran bernafas / sesak nafas
    • Dengung
    • Ketegangan di dada
    • Batuk

    Anda harus mendapatkan rawatan perubatan serta-merta sekiranya anda mengalami simptom serangan asma teruk seperti:

    • Masalah pernafasan yang teruk,
    • Denyutan nadi laju, batuk yang teruk,
    • Kuku dan bibir anda telah berubah menjadi kebiruan 

    cara merawat asma tanpa inhaler

    6 cara merawat asma tanpa inhaler

    Berikut cara hilangkan asma dengan cepat yang boleh anda cuba sekiranya tiada inhaler:

    • Duduk tegak. Berhenti daripada melakukan apa sahaja dan duduk tegak. Membongkokkan atau berbaring boleh menyekat pernafasan anda.
    • Ambil nafas panjang. Ini membantu melambatkan pernafasan dan mencegah hiperventilasi (kadar pernafasan yang terlalu cepat dan mengakibatkan paras karbon dioksida dalam darah menurun). Bernafas melalui hidung dan bernafas melalui mulut anda.
    • Bertenang. Kekal bertenang boleh mencegah pengetatan otot dada anda dan menjadikan pernafasan anda lebih mudah.
    • Jauhi pencetusnya. Serangan asma boleh dicetuskan oleh habuk, asap rokok atau bau bahan kimia (contohnya, ammonia, gas klorin, sulfur dioksida). Jauhinya secepat mungkin dan pergi ke persekitaran berhawa dingin atau tempat yang udara bersih.

    cara merawat asma tanpa inhaler

    • Ambil minuman berkafein yang panas.Minuman berkafein seperti kopi boleh membantu membuka sedikit saluran udara, memberikan sedikit kelegaan selama satu atau dua jam.
    • Dapatkan bantuan perubatan kecemasan. Sekiranya berdenyut, batuk dan kesukaran bernafas tidak mereda selepas tempoh rehat, dapatkan rawatan perubatan segera.

    Jika terdapat sebarang pertanyaan, berundinglah dengan doktor bagi mendapatkan lebih kepastian.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 01/08/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan