Buat Penunggang Motosikal, Ketahui Bahaya Jerebu Kepada Anda!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 06/10/2019
Share now

“Eh, kenapa pakai topeng muka hari ini, kamu tidak sihat?”. Tanya Wazir kepada Nazrah apabila tiba sahaja di pejabatnya yang terletak di pusat bandar raya yang paling sibuk di Malaysia, Kuala Lumpur. Ini merupakan contoh soalan yang paling lazim ditanyakan kini ekoran asap tebal jerebu yang kian teruk dari hari ke hari!

Toleh sahaja sekeliling, sudah pasti anda dapat melihat semakin ramai orang menutup bahagian hidung dan mulut mereka seperti seorang doktor atau saintis dengan menggunakan topeng muka untuk mengelakkan diri dari terjejas daripada jerebu. Disebabkan itu, pergerakan orang ramai ke sesuatu destinasi terutamanya tempat kerja mula terbatas. 

Mungkin mereka yang menggunakan kereta tidak terlalu terjejas kerana tidak terdedah secara langsung kepada asap tebal itu, namun bagaimana dengan penunggang motosikal?

Jerebu kian teruk

Beberapa kawasan di negara kita kini telah mula menghadapi kualiti udara tidak sihat, dengan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) melebihi angka 200. Kawasan yang paling teruk terjejas adalah di Sri Aman, Sarawak, dengan bacaan IPU sudah melebihi 367.

Ekoran itu, beratus sekolah telah ditutup dan segala aktiviti sehari-harian tergendala. Dari segi pergerakan pula, orang ramai lebih memilih untuk berada di dalam rumah sahaja. Pun begitu, tanggungjawab untuk pergi bekerja juga tidak boleh diabaikan begitu sahaja, bukan?

Disebabkan itu, para pekerja tidak kira penjawat awam, swasta atau bekerja sendiri masih perlu untuk keluar daripada zon selamat iaitu di rumah dalam usaha meredah jalan raya yang kabur dek asap tebal jerebu yang memenuhi awan dan langit sepanjang perjalanan ke tempat kerja.

Bagi mereka yang menaiki kenderaan sendiri atau pengangkutan awam yang bertutup dan berbumbung, mungkin tubuh badan anda tidak terdedah lalu terjejas secara langsung dengan asap tebal ini. Namun bagi penunggang motosikal, lain pula ceritanya.

Buat penunggang motosikal, sila hati-hati

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) baru-baru ini menyatakan bahawa bilangan pesakit yang mendapatkan rawatan di klinik kesihatan di seluruh negara telah meningkat antara 20 sehingga 30 peratus akibat jerebu yang tiada sebarang tanda akan pulih dalam kadar segera.

Oleh itu, KKM menasihatkan orang ramai agar peka dengan kualiti udara di kawasan masing-masing dan mengambil pelbagai langkah pencegahan bagi mengurangkan kesannya terhadap kesihatan diri terutamanya pada aspek pernafasan dengan pemakaian topeng muka.

Dalam pada itu, mereka juga turut mengingatkan bahawa penunggang motosikal berada dalam kategori yang berisiko tinggi kerana terlalu terdedah kepada asap tebal ini semasa menunggang motosikal terutamanya ketika berada di kawasan dengan bacaan IPU tinggi.

Sebaiknya, sentiasa gunakan topeng muka jenis N95, yang sangat berkesan dalam situasi jerebu ekoran ia dapat menapis partikel sehalus 0.1-0.3 mikron ketika menunggang motosikal. Bukan itu sahaja, anda juga perlu lebih peka, cermat dan jangan menunggang dengan laju kerana jarak penglihatan akan menjadi sedikit terhad, sekali gus meningkatkan risiko kemalangan berlaku.

Jika anda menunggang motosikal ke tempat kerja, sentiasa gunakan topeng muka ketika menunggang meskipun ia membuat anda kelihatan seperti watak dalam animasi bersiri Jepun, Masked Rider. Kadang kala, ia tampak hebat, bukan? Selain itu, pertimbangkan untuk menggunakan kenderaan alternatif seperti tren atau pengangkutan awam yang bertutup dan berbumbung. Paling penting, sentiasa pakai topeng muka di tempat kerja seperti Nazrah ketika menunaikan tanggungjawab sebagai seorang pekerja yang berwawasan!

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Baca juga:

Baca juga:

    Rujukan

    N95 paling berkesan. https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/09/498078/n95-paling-berkesan. Accessed on September 9, 2019.

     

    Apa langkah perlu diambil jika jerebu pada tahap berbahaya? https://www.sinarharian.com.my/article/48426/BERITA/Nasional/Apa-langkah-perlu-diambil-jika-jerebu-pada-tahap-berbahaya. Accessed on September 9, 2019.

     

    Jerebu itu siapa punya? https://www.sinarharian.com.my/article/48413/Analisis-Sinar/Jerebu-itu-siapa-punya. Accessed on September 9, 2019.

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Alami Burnout Sewaktu Bertugas? Ikuti 7 Tip Ini Untuk Bantu Anda Kurangkannya

    Bagi petugas barisan hadapan dan mereka yang kerja lebih masa, mereka lebih berisiko mengalami sindrom burnout. Jangan risau, ikuti 7 tip untuk mengatasinya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Pakai Facemask Bila Keluar Rumah? Mungkin Tak Perlu, Kecuali Jika Anda Sakit!

    Harga topeng muka mahal. Ia berikutan permintaan tinggi dan syarikat terpaksa menetapkan operasi baru menyebabkan peningkatan kos sepanjang wabak COVID-19.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Coronavirus, COVID-19 26/03/2020

    Bercinta Dengan Rakan Sekerja? Ini Pro & Kontra Yang Anda MESTI Tahu!

    Anda adalah antara golongan individu yang bercinta dengan rakan sekerja? Tahukah anda bahawa ia akan mendatangkan baik buruk yang tersendiri?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Rakan Sekerja Selalu Buat Hal? Jangan Tunggu Lagi, Ini 5 Cara Untuk Anda Berdepan Dengan Individu Toksik Seperti Mereka

    Rakan sekerja sering menyalahkan anda? Mereka sering merungut perkara yang tidak perlu? Ketahui 5 cara untuk berhadapan dengan individu toksik ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz