Apakah kaitan antara diabetes dan penyebab buah pinggang rosak?
Gula yang tinggi di dalam darah menjejaskan salur darah di dalam badan, termasuk yang melibatkan buah pinggang. Salur darah yang semakin sempit mengganggu fungsi normal buah pinggang terbabit.
Tambahan pula, keadaan lain seperti tekanan darah tinggi kerap dialami oleh pesakit sehingga menjadi penyebab buah pinggang rosak
Selalunya, masa yang lama sehingga berpuluh-puluh tahun diperlukan sebelum kerosakan yang signifikan berlaku. Namun, di saat diabetes jenis 2 didiagnosis, kebiasaannya diabetes telah bermula lama sebelum itu dan buah pinggang juga telah mula rosak.
Antara penyebab buah pinggang rosak ialah:
- Gula di dalam darah tidak dikawal dengan baik
- Tekanan darah tinggi
- Merokok
- Tidak melakukan aktiviti fizikal
- Diet tinggi garam
- Mempunyai penyakit jantung
- Sejarah kegagalan buah pinggang di dalam keluarga
Apa yang akan berlaku jika menghidap nefropati diabetes?
Fungsi organ ini adalah untuk menapis bahan-bahan toksik yang dibuang di dalam air kencing. Ia juga mengawal kandungan cecair di dalam badan.
Sebab itu, air kencing akan berkurang jika cuaca panas untuk mengekalkan lebih banyak cecair yang telah hilang melalui peluh. Sebaliknya, badan lebih kerap buang air semasa musim sejuk.
Kegagalan menjalankan fungsi ini menyebabkan cecair terkumpul di dalam badan sehingga menaikkan tekanan darah. Cecair berlebihan tersebut juga boleh terkumpul di kaki (menyebabkan bengkak) dan mungkin beberapa kawasan lain seperti abdomen serta paru-paru.
Di samping itu, bahan-bahan toksik seperti urea yang gagal dibuang akan terkumpul menyebabkan fungsi badan terganggu.
Simptom-simptom nefropati diabetes yang mungkin berlaku ialah:
- Bengkak pada kaki, tangan dan muka.
- Susah tidur atau memberikan fokus.
- Hilang selera makan.
- Gatal-gatal dan kulit kering.
- Selalu letih dan mengantuk.
- Degupan jantung tidak sekata.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen