backup og meta

Bila Waktu Sesuai Makan Ubat Darah Tinggi, Pagi Atau Sebelum Tidur?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 21/02/2024

    Bila Waktu Sesuai Makan Ubat Darah Tinggi, Pagi Atau Sebelum Tidur?

    Biasanya waktu pengambilan ubat dilakukan pada pagi hari, selalunya selepas bersarapan. Tetapi bilakah waktu sesuai makan ubat darah tinggi yang sepatutnya?

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Jantung, sila dapatkannya di sini.

    Waktu sesuai makan ubat darah tinggi – sebelum tidur?

    Selalunya kita akan makan ubat selepas hidangan makanan. Tetapi adakah semua ubat, seperti ubat tekanan darah tinggi, sesuai untuk dimakan selepas sesuatu hidangan makanan? Atau ada waktu sesuai makan ubat darah tinggi yang lain?

    Kajian The Hygia Chronotherapy Trial yang diterbitkan dalam European Heart Journal mendapati risiko penyakit kardiovaskular dan kematian pada waktu tidur dalam dikurangkan jika makan ubat sebelum masuk tidur, berbanding pengambilannya pada waktu pagi. 

    Ini bermakna individu dengan tekanan darah tinggi dan memakan semua ubat antihipertensi sebelum tidur dikatakan akan mempunyai tekanan darah yang lebih baik.

    Tindakan itu juga dapat mengurangkan risiko penyakit dan kematian yang disebabkan masalah jantung atau saluran darah.

    Penyelidikan yang mengkaji kesan pengambilan ubat antihipertensi, sama ada pada waktu selepas bangun pagi atau sebelum tidur terhadap risiko masalah kardiovaskular ini melibatkan lebih 19,084 pesakit.

    Projek Hygia ini dilakukan di 40 pusat penjagaan utama antara Social Security Health Service di utara Sepanyol.

    Ia melibatkan kerjasama daripada 292 doktor yang telah mendapat latihan untuk melakukan pemantauan tekanan darah di ambulatori, untuk tempoh 48 jam. 

    waktu sesuai makan ubat darah tinggi
    Waktu terbaik untuk mengambil ubat darah tinggi.

    Waktu pengambilan ubat dapat kurangkan risiko

    Kajian yang dilakukan ini turut mengambil kira faktor-faktor yang berkemungkinan boleh menjejaskan hasil keputusan seperti yang berikut:

    Menurut Pengarah Makmal Bioengineering dan Chronobiology di Universiti Vigo, Sepanyol, merangkap penyelidik dalam kajian Projek Hygia, Professor Ramón C. Hermida, “Pesakit yang mengambil ubat pada waktu tidur hanya berdepan separuh daripada risiko.”

    Ini bermakna mereka akan mengalami pengurangan 45 peratus untuk mengalami isu  berkaitan masalah kesihatan. 

    Kurang risiko masalah kesihatan

    • Hasil analisis secara individu mendapati risiko kematian akibat masalah jantung atau saluran darah berkurangan sebanyak 66% serta pengurangan risiko myocardial infarction turut berlaku sebanyak 44%
    • 44% pengurangan bagi untuk berdepan risiko masalah arteri tersumbat (coronary revascularisation), kegagalan jantung sebanyak 42%. Malah risiko untuk mengalami strok juga berkurangan kepada 49%
    bacaan tekanan darah normal
    5 kesilapan yang menjejaskan bacaan tekanan darah.

     Waktu sesuai makan ubat darah tinggi yang sepatutnya

    Profesor Hermida memberitahu, “Tidak terdapat sebarang garis panduan mengenai kesesuaian waktu pengambilan ubat tekanan darah.”

    Walau bagaimanapun, waktu ambil ubat pada waktu pagi adalah cadangan paling biasa diberikan doktor. Ini kerana ia dianggap dapat membantu mengurangkan tahap tekanan darah.

    Namun hasil kajian yang diperolehi menunjukkan pesakit yang mengambil ubat tekanan darah pada waktu tidur secara rutin, berbanding mereka memilih memakan ubat pada waktu pagi, mempunyai tekanan darah yang lebih baik.

    Kini, Projek Hygia sedang melakukan kajian untuk menganalisis tahap tekanan darah terbaik ketika tidur bagi mengurangkan risiko kardiovaskular paling berkesan dalam THADEUS Trial (Treatment of Hypertension During Sleep).

    simptom darah tinggi
    Cara membaca tekanan darah tinggi yang betul.

    Dapatkan nasihat pakar tentang ubat darah tinggi terbaik

    Hasil kajian Projek Hygia ini memberikan keputusan yang positif.

    Walau bagaimanapun, sebaiknya jika anda mempunyai masalah tekanan darah tinggi atau sebarang masalah berkaitan jantung, dapatkan nasihat dan rundingan daripada doktor untuk mengetahui waktu sesuai makan ubat darah tinggi.

    Kesimpulan

    Elakkan daripada membuat jadual waktu makan ubat darah tinggi sendiri tanpa mendapatkan rundingan dan nasihat daripada mereka yang bertauliah. Jangan pula terlupa makan ubat darah tinggi, ya?

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 21/02/2024

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan