Ini 3 Sebab Anda Perlu Bergomol Dengan Kucing!

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan

Orang kita dulu percaya bahawa jika terserempak dengan kucing hitam, maka kita akan ditimpa nasib malang. Eh, betul ke kepercayaan ni? Atau sekadar tahyul? Kesian si comel ni kena tuduh macam tu, kan?

Kucing adalah haiwan istimewa

Sebenarnya, kucing tidak kira apa warna sekalipun tidak sesekali akan membawa takdir buruk kepada anda. Sebaliknya, haiwan comel ini akan membawa pelbagai manfaat kepada anda termasuklah dari aspek kesihatan. 

Jadi, buat anda yang memang sudah atau ingin membelanya, jangan takut ya. Kecomelan, kegebuan dan kelembutan haiwan berbulu ini sebenarnya akan memberi anda pelbagai kebaikan terutamanya dalam memperbaiki mood anda yang sering swing itu.

Berikut merupakan manfaat bergomol dengan kucing: 

#1. Ia membantu anda melupakan kehilangan

Kehilangan seseorang atau sesuatu yang disayangi adalah sangat menyakitkan. Buat anda yang mengalaminya, boleh cuba terapi membela haiwan peliharaan seperti kucing. Hakikatnya, haiwan comel ini sangat membantu anda dalam mengatasi kesedihan yang dialami akibat kehilangan Pendek kata, ia boleh dijadikan sebagai ‘teman pengganti’ anda.

#2. Ia membantu anda tidur lebih lena

Menurut kajian yang dijalankan di UK, kebanyakan orang terutamanya wanita lebih gemar tidur dengan haiwan berbulu ini berbanding pasangan sendiri. Apakah sebabnya? Mayo Clinic Center menegaskan bahawa 41% daripada jumlah individu tersebut mempercayai bahawa mereka akan tidur lebih lena bersama haiwan kesayangan mereka. Tidak salah jika anda cuba, bukan?

#3. Ia membantu anda mencegah alahan

Jika anda sedang dalam penantian untuk kelahiran cahaya mata, ini mungkin masa yang paling sesuai untuk membela kucing. Mengapa? Menurut kajian National Institutes of Health pada 2002, bayi yang terdedah kepada haiwan berbulu ini lebih kurang risiko menghidapi alahan kelak. Cuma pastikan kucing anda itu bersih sebelum bermain bersama si manja anda, ya?

kucing

Konklusi

Kesimpulannya, membela haiwan berbulu mempunyai banyak manfaat kepada kita, lebih-lebih lagi pada aspek kesihatan. Jadi, buat anda yang takut ditimpa nasib malang jika terserempak dengan kucing hitam, ubah persepsi anda. Daripada risau tentang tahyul seperti ini, baik anda sedekahkan haiwan comel ini dengan makanan atau belaian yang sudah tentu akan memperbaiki mood anda yang sering swing itu.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Baca juga:

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut