backup og meta

Berbasikal untuk Badan yang Sihat

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 05/07/2023

    Berbasikal untuk Badan yang Sihat

    Berbasikal mungkin semakin kurang popular di Malaysia pada hari ini walaupun banyak manfaat berbasikal yang dapat diperolehi.

    Sebenarnya, bersukan atau bersenam secara am juga agak kurang mendapat tempat dalam kalangan masyarakat negara ini.

    Hanya 3 daripada 10 rakyat Malaysia yang bersenam.

    Mengapa ia merupakan pilihan yang baik sebagai senaman?

    manfaat berbasikal

    Aktiviti bersenam ini mempunyai banyak kebaikan untuk kualiti kesihatan yang baik, antara manfaat berbasikal ialah:

    • Berimpak rendah – ia tidak memerlukan banyak tekanan berbanding sukan lain.
    • Latihan otot yang baik – semua otot kaki yang utama terlibat.
    • Mudah – tidak memerlukan skil yang susah seperti sesetengah sukan yang lain. Semua orang tahu berbasikal.
    • Kecergasan dan stamina – dua aspek ini boleh ditingkatkan.
    • Fleksibel – anda boleh menentukan tahap senaman yang ingin dilakukan, sama ada ringan atau berat.
    • Menyeronokkan – sambil bersukan, sambil berjalan melihat permandangan sekeliling.
    • Menjimatkan masa – selain semata-mata untuk bersukan, ia juga boleh berfungsi sebagai alat pengangkutan terutamanya untuk jarak yang tidak terlalu jauh.

    Apa pula manfaat berbasikal daripada segi kesihatannya?

    Berbasikal dan isu kesihatan khusus

    • Obesiti

    Senaman ini adalah cara yang baik dalam meningkatkan metabolisme badan dan membakar lebihan lemak di dalam badan.

    Jika digabungkan dengan diet pemakanan yang betul, ia dapat memberikan hasil yang baik.

    Tambahan pula, berbasikal secara relatifnya lebih mudah dan kurang membebankan berbanding sukan seperti berjoging atau angkat berat.

    • Penyakit kardiovaskular

    Ini termasuk penyakit jantung iskemik, strok dan tekanan darah tinggi. Antara manfaat berbasikal ialah merangsang kesihatan jantung, paru-paru serta peredaran darah.

    Keadaan ini mampu mengurangkan risiko pembunuh nombor satu di Malaysia ini.

    • Diabetes

    diabetes

    Kehidupan sendetari merupakan antara faktor kepada diabetes. Berbasikal adalah sukan terbaik untuk dimulakan bagi mengamalkan gaya hidup aktif.

    • Masalah sendi dan tulang

    Sukan ini membantu memperbaik postur dan koordinasi, seterusnya mengurangkan risiko jatuh dan patah tulang, terutamanya dalam kalangan warga emas.

    Jika anda mempunyai osteoartritis, manfaat berbasikal akan membantu mengurangkan simptomnya.

    • Kesihatan mental

    Senaman seperti berbasikal menyebabkan badan merembes hormon endorphin yang merangsang mod baik.

    Hormon ini membantu mencegah keadaan kesihatan mental seperti kemurungan, stres dan kebimbangan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 05/07/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan