backup og meta

Untung Siapa Yang Suka Makan Kaki Ayam, Ia Kaya Dengan Kolagen & Kulit Nampak Lebih Anjal!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 09/01/2023

    Untung Siapa Yang Suka Makan Kaki Ayam, Ia Kaya Dengan Kolagen & Kulit Nampak Lebih Anjal!

    Sesetengah individu menyatakan tidak elok membuang bahagian-bahagian tertentu ayam yang boleh dimakan untuk mengelakkan pembaziran. Ia sangatlah benar memandangkan banyak kumpulan etnik yang memakan makanan ini adalah secara tradisinya berasal daripada kumpulan masyarakat yang berpendapatan rendah. Oleh itu, pembuangan kaki ayam diibaratkan sebagai satu pembaziran memandangkan ia boleh dijadikan sebagai lauk dan hidangan untuk dimakan oleh ahli keluarga yang lain.

    Salah satu faedah positif yang berkaitan dengan khasiat memakan ceker ayam adalah disebabkan oleh kandungan kolagen ceker ayam tersebut.

    Penyelidikan yang dijalankan oleh Jabatan Sains Haiwan Universiti Kebangsaan Chung-Hsing di Taiwan menunjukkan bahawa kaki haiwan ini mengandungi banyak kolagen.

    Kolagen, seperti yang anda ketahui, adalah bahan yang membantu kulit anda untuk kelihatan muda.

    Kaki ayam dan kolagen

    kaki ayam

    Penyelidikan di Universiti Taiwan ini mengesahkan makanan ini adalah sumber alternatif yang baik untuk mendapatkan kolagen.

    Sumber yang menjadi kebiasaan manusia untuk mendapatkan kolagen adalah daripada lembu, babi dan ikan laut. Tetapi kos pengeluaran daripada sumber-sumber ini ternyata adalah sangat mahal.

    Kaki ayam bukan sahaja kaya dengan kolagen tetapi juga sumber asid hyaluronik, dan chondroitin sulfat.

    Asid hyaluronik turut digelar sebagai ‘fountain of youth’ kerana ia boleh menghalang kesan-kesan penuaan.

    Chondroitin sulfate pula adalah baik untuk osteoarthritis dan bermanfaat untuk individu yang mengalami masalah sendi.

    Menurut Majalah Sains pula, makanan ini sememangnya mengandungi kolagen lebih daripada 20% kolagen.

    Kebanyakan kolagen ini akan terhidrolisis membentuk gelatin jika mencapai suhu 60-65 darjah Celsius.

    Memandangkan suhu memasak kaki ayam yang pastinya mencapai tahap air mendidih (lebih dari 100 darjah Celsius disebabkan sifat colligative), maka sudah tentulah kolagen telah bertukar kepada gelatin.

    Jadi, adakah gelatin daripada makanan ini baik?

    Ya, walaupun gelatin dikategorikan sebagai protein kualiti rendah kerana kandungan amino asid utamanya telah termusnah (denatured).

    Namun kajian saintifik telah membuktikan bahawa pengambilan gelatin mampu menumbuhkan rambut dan kuku, merawat penyakit sendi termasuk osteoarthritis.

    Apakah kolagen dan apakah manfaatnya?

    kaki ayam

    Kolagen boleh digambarkan sebagai protein yang berfungsi sebagai gam yang ‘memegang badan kita bersama’.

    Faedahnya bukan hanya untuk kesihatan kulit tetapi juga untuk jantung, bahkan dapat meningkatkan prestasi atlet.

    Antara faedah lain daripada pengambilan kolagen adalah:

  • Kulit yang lebih sihat dan muda.
  • Ia kaya dengan kalsium dan protein, tanpa karbohidrat.
  • Ia meningkatkan bekalan darah dengan menguatkan saluran darah.
  • Membantu badan dalam metabolizing lemak, oleh itu ia baik untuk penurunan berat badan.
  • Melambatkan kesan arthritis.
  • Mengurangkan rasa sakit dan bengkak (keradangan).
  • Kebanyakan kolagen, atau suplemen kolagen adalah mahal.

    Mengapa anda perlu membayar dengan jumlah yang mahal jika anda mempunyai alternatif yang amat murah atau hampir percuma iaitu dengan mengambil ceker ayam?

    Untuk menikmati faedah kolagen dalam ceker ayam, masukkan kaki haiwan ini ke dalam sup, rebusan, stew atau dalam sebarang masakan.

    Adakah minuman kolagen kaki ayam benar-benar berkesan?

    Dr Stefanie Williams, seorang Ahli Pakar Kulit & Pengarah Perubatan European Dermatology London, mengatakan bahawa beberapa minuman kolagen sebenarnya memenuhi tuntutan mereka untuk mendapatkan kulit yang lebih baik.

    Rawan ayam baik untuk arthritis

    Ceker ayam terdiri daripada tulang, kulit, dan tendon, tetapi tidak mempunyai otot.

    kaki ayam

    Bahagian makanan ini kaya dengan protein, kalsium, mineral, kolagen, dan tulang rawan yang mudah diserap oleh badan.

    Ini adalah nutrien penting yang diperlukan untuk pergerakan sendi yang baik untuk mengurangkan arthritis dan sakit sendi.

    Daripada anda membeli makanan tambahan dengan kandungan glucosamine dan chondroitin, adalah lebih baik untuk anda menggunakan kaki haiwan ini di dalam sup atau renehan anda dan nikmati pilihan yang lebih murah untuk kesihatan bersama.

    Inilah sebabnya mengapa pakar seni pertahanan diri China menggunakan kaki haiwan ini sebagai sebahagian daripada rutin diet mereka.

    Ternyata, makanan ini bukanlah bahan makanan yang boleh dipandang sepi apatah lagi dibuang.

    Ia adalah sumber makanan yang murah, tetapi kaya dengan kandungan khasiat terutamanya kolagen yang tinggi.

    Anda tidak perlu melaburkan wang anda untuk mendapatkan produk kolagen yang berharga mahal, cukup sekadar mempelbagaikan hidangan ceker ayam dalam menu anda.

    Anda mungkin tidak terbiasa dengan tekstur kaki ayam tersebut, tetapi anda akan terbiasa setelah kerap mencubanya. Alah bisa tegal biasa!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 09/01/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan