Belia Dewasa Dengan PTSD Berisiko Alami Strok Di Usia Pertengahan

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 02/07/2020 . 3 minit bacaan

Pernah dengar mengenai PTSD? Ada kajian mengatakan individu belia dengan PTSD berisiko alami strok di usia pertengahan, adakah ia benar? Teruskan membaca perkongsian artikel ini. 

PTSD dan Strok

Hasil penyelidikan yang diterbitkan dalam Stroke, sebuah jurnal American Stroke Association menyatakan individu belia dewasa mengalami gangguan tekanan pasca-trauma (PTSD) adalah berisiko untuk berdepan kecenderungan mengalami serangan transient ischemic attack (TIA) atau alami strok utama di usia pertengahan.

Menurut penulis utama kajian dan penolong profesor perubatan kardiologi di University of North Carolina School of Medicine di Chapel Hill, Dr Lindsey Rosman, “Strok mempunyai kesan buruk kepada pesakit muda dan keluarga mereka. 10 hingga 14 peratus TIA berlaku kepada individu berusia 18 hingga 45 tahun dan kita tidak mempunyai pemahaman yang baik mengenai faktor risiko dalam kumpulan usia ini.”

PTSD sememangnya telah dibuktikan mempunyai kaitan dengan peningkatan risiko penyakit jantung dan strok pada individu dewasa lebih berusia. Namun kajian yang dilakukan ini adalah yang pertama menunjukkan hubung kait antara gangguan tekanan disebabkan trauma dan risiko TIA pada individu belia dewasa dan dewasa pertengahan usia. Kedua-duanya merupakan kumpulan usia yang mengalami peningkatan ketara dalam serangan strok sepanjang dekad yang lalu. 

Penyelidikan 13 tahun

Kajian ini melibatkan analisis data perubatan daripada lebih satu juta veteran muda dan pertengahan umur yang mendaftar dalam perkhidmatan penjagaan kesihatan yang disediakan oleh Pentadbiran Kesihatan Veteran (Veteran Health Administration).

Kebanyakan data ini adalah melibatkan anggota keselamatan lelaki yang berusia antara 18 hingga 60 tahun yang tidak pernah mengalami TIA atau strok. Purata usia individu yang terlibat adalah 30 tahun dan telah berkhidmat dalam konflik peperangan di Iraq dan Afghanistan.

Hasil keputusan analisis selama 13 tahun ini mendapati:

  • Seramai 766 veteran mengidap TIA dan 1,877 alami strok iskemia
  • 29 peratus didiagnosis dengan PTSD dan veteran dengan PTSD adalah dua kali lebih berisiko mengalami TIA
  • Veteran dengan PTSD adalah 62 peratus lebih cenderung mempunyai strok
  • Veteran dengan PTSD cenderung untuk melakukan tingkah laku tidak sihat seperti merokok dan kurang bersenam – meningkatkan risiko strok
  • Walaupun dapat mengatasi masalah pelbagai faktor risiko strok, gangguan psikiatri seperti kemurungan dan anxiety, veteran dengan PTSD adalah 61 peratus berkemungkinan untuk mengalami TIA dan 36 peratus berisiko untuk menghidap strok berbanding veteran tanpa PTSD
  • Terdapat hubungan kuat antara PTSD dan strok pada individu lelaki berbanding wanita

Dialami semua individu

Dr Lindsey menjelaskan, walaupun kajian yang dilakukan hanya melibatkan veteran, tetapi PTSD merupakan satu keadaan mental yang boleh dialami oleh sesiapa sahaja. Individu yang melihat atau mengalami peristiwa traumatik seperti serangan seksual, keganasan senjata, pertempuran ketenteraan, bencana alam berkemungkinan akan mengalami simptom kegelisahan, pengasingan diri, mimpi buruk, kemarahan atau imbasan kenangan lalu untuk tempoh yang panjang. 

Penyelidik kajian ini menyarankan para doktor untuk menyedari bahawa masalah PTSD adalah semakin meruncing dalam kalangan belia muda dan mempunyai implikasi besar untuk berisiko mengalami strok. 

Hasil kajian ini telah menimbulkan persoalan penting sama ada pengesanan awal dan rawatan PTSD dapat mencegah atau mengurangkan kecenderungan untuk mengembangkan risiko strok. Ini khususnya kepada individu yang terdedah kepada keganasan, trauma dan pengalaman hidup yang sukar.

Kesimpulannya

Walaupun kajian ini dapat membuktikan hubungan yang kuat antara PTSD dan TIA serta strok, namun tujuan asal kajian bukan untuk menunjukkan bahawa PTSD adalah punca kepada kedua-dua keadaan kesihatan ini. 

Walau bagaimanapun, kajian ini membuktikan adalah penting untuk mengurangkan risiko strok dalam kalangan individu belia dewasa dengan meningkatkan program pengesanan awal serta langkah pencegahan mengikut usia. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Panduan Penjagaan Pesakit Strok di Rumah

    Penjagaan pesakit strok yang rapi adalah amat penting bagi memaksimakan proses penyembuhan mereka. Ikuti panduan penjagaan berikut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Pusat Kesihatan, Angin Ahmar/Strok 05/11/2019 . 3 mins read

    Sampai Boleh Lumpuh? Kenali Komplikasi Migrain

    Himpunan komplikasi yang boleh berlaku akibat migrain boleh melibatkan darjah keterukan yang berbeza. Antara komplikasi migrain yang boleh berlaku adalah:

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Pusat Kesihatan, Angin Ahmar/Strok 16/10/2019 . 4 mins read

    Nak Beli Rumah Kelak? ELAKKAN Rumah Di Bandar Besar! Ini Sebabnya…

    Terdapat peningkatan risiko untuk mendapat strok dalam kalangan penduduk yang tinggal di rumah yang mempunyai bunyi bising yang terhasil daripada trafik

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Kecergasan 20/09/2019 . 2 mins read

    Pemakanan untuk Jantung yang Sihat

    Sekiranya anda sudah mempunyai keadaan jantung, pemakanan sihat sangat penting bagi mengurangkan kolesterol dan membawa manfaat kepada anda.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 09/05/2019 . 2 mins read

    Artikel lain untuk anda

    risiko-masalah-kesihatan-lelaki

    Ada 7 Penyakit Yang Sering Dialami Kaum Adam, Beri Perhatian Awal Sebelum Terkena!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 09/06/2020 . 3 mins read
    manfaat-tidur-malam-wajib-anda-tahu

    Zzzz… 7 Manfaat Tidur Malam Yang Wajib Anda Tahu! Yang Terakhir ‘Confirm’ Anda Suka

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 12/03/2020 . 3 mins read
    cara menurunkan darah tinggi hipertensi

    Orang Muda Yang Ada Tekanan Darah Tinggi, Ini 5 Cara Menurunkan Risiko Hipertensi!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 26/12/2019 . 3 mins read
    permainan video

    Maut Diserang Strok Akibat Ketagihan Permainan Video

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Diterbitkan pada 06/11/2019 . 2 mins read