Alamak, Banjir Dan Bekalan Elektrik Terputus! Apa Nak Buat Ni?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 26/11/2019 . 2 minit bacaan

“Alahai, dahlah banjir, kena bergelap pulak sebab bekalan elektrik terputus, nak minta tolong siapa ni?” Ini mungkin antara situasi biasa akan dilalui oleh mereka yang kurang bernasib baik disebabkan banjir. Jadi apakah sebenarnya langkah-langkah yang patut dilakukan?

Peralihan monsun

Banjir datang lagi! Setiap kali tiba musim tengkujuh, sudah tentu perkara yang tidak dapat dielakkan adalah hujan lebat, ribut petir yang disertai angin kencang dan akhirnya membawa kepada bencana banjir. 

Keadaan ini berlaku hampir di seluruh negeri di Malaysia tetapi situasinya lebih buruk di negeri Pantai Timur seperti Terengganu, Pahang dan Kelantan serta di beberapa kawasan di Utara seperti Kedah dan Perlis.

Secara amnya, monsun timur laut akan berlaku di Malaysia sekitar bulan November hingga Mac. Tetapi sejak kebelakangan ini, sudah banyak negeri sudah mula menerima taburan hujan yang tinggi. 

Terputus kerana banjir

Dan apabila sesebuah kawasan dilanda banjir, sudah tentu perkara yang tidak dapat dielakkan adalah bekalan elektrik yang terputus. Alamak, mesti jadi kelam kabut apabila berdepan dengan situasi begitu, bukan? Lagi-lagi buat mereka yang mempunyai anak kecil.

Tetapi bertenang, ada masanya bekalan yang terputus itu sememangnya dihentikan oleh pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB). Keadaan ini mungkin kerana terdapat pencawang elektrik yang ditenggelami air.

Apabila bekalan elektrik terputus, hubungi pihak TNB CareLine di talian 15454 dan maklumkan mengenai perkara tersebut untuk tindakan segera. Ini kerana ia adalah prosedur biasa yang akan dilakukan apabila paras air mula mencecah tahap bahaya. Biasanya bekalan elektrik yang terputus hanya akan disambung semula selepas keadaan selamat.

Sekiranya bekalan elektrik masih ada di tempat dan banjir melanda, anda juga diminta untuk menghubungi pihak TNB di talian yang sama memaklumkan mengenai perkara tersebut. Ini bagi mengelakkan sebarang bahaya dan kejadian tidak diingini seperti renjatan elektrik.

Persediaan yang perlu

Bagi anda yang duduk di sekitar kawasan yang pernah mengalami banjir, anda disarankan untuk melakukan persediaan yang perlu bagi menghadapi situasi berkemungkinan akan dilanda banjir.

Jika keadaan paras air di rumah anda semakin meningkat, anda dinasihatkan untuk menghubungi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) atau balai bomba berhampiran untuk mendapatkan bantuan yang diperlukan. 

Namun sebelum itu, sebagai persediaan menghadapi banjir, pastikan anda mematikan dan mencabut suis bekalan elektrik utama serta segala peralatan elektrik di dalam rumah anda. Sentiasa utamakan keselamatan anda dan keluarga!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel ini:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Macam Mana Nak Pastikan Kebersihan dan Keselamatan Makanan Ketika Banjir Melanda?

    Akibat kesan banjir, sumber makanan akan menjadi lebih mudah tercemar. Oleh itu, bagaimana untuk menentukan bahawa sesuatu makanan itu selamat atau tidak?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 22/10/2019 . 2 minit bacaan

    Seronok Main Air Banjir? Ini Sebab Mengapa Anda Tak Boleh Mandi Air Banjir

    Kami ingin nyatakan mengapa mandi air banjir ini sebenarnya sangat berbahaya. Mengapa? Ketahuinya dengan lebih lanjut di sini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 15/10/2019 . 2 minit bacaan

    Banjir dan Risiko Penyakit Berjangkit

    Banjir adalah bencana alam yang paling biasa berlaku di seluruh dunia, dengan impaknya yang dijangka berkembang pada masa hadapan disebabkan oleh kesan perubahan iklim dan perubahan penduduk. Kajian FLOODS IN ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 30/11/2018 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    banjir

    Bencana Banjir Boleh Tingkatkan Kes Denggi?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 03/11/2019 . 2 minit bacaan
    elektrik

    Elak Terkena Renjatan Elektrik Semasa Musim Banjir

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 03/11/2019 . 2 minit bacaan
    banjir

    Apa Yang Perlu Anda Lakukan Sebelum, Semasa dan Selepas Banjir?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 25/10/2019 . 2 minit bacaan
    melancong kereta

    Hati-hati Melancong Dengan Kereta Ketika Musim Banjir!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 24/10/2019 . 3 minit bacaan