backup og meta

Bagaimana Rasa Bersyukur Mempengaruhi Hidup Anda

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 05/12/2019

    Bagaimana Rasa Bersyukur Mempengaruhi Hidup Anda

    Kadang-kadang dalam hidup, anda mesti mengalami kemurungan, kegelisahan atau kesedihan. Pada saat-saat ini, mencari rawatan di luar selalunya tidak berfungsi. Pernahkah anda mendengar bahawa setiap sikap positif yang anda lakukan membuatkan anda lebih bahagia atau sekurang-kurangnya berasa lebih baik?

    Berikutan banyak penyelidikan psikologi, rasa syukur atau berterima kasih dianggap mempunyai hubungan utama dengan kebahagiaan manusia. Oleh itu, sangat penting untuk mempelajari cara-cara untuk menyatakan sikap yang berharga ini dan bagaimana anda boleh mengamalkannya dalam setiap keadaan kehidupan anda.

    Tahu mengenai bersyukur

    Gratitude adalah perkataan yang berasal dari perkataan Latin gratina. Ia bermakna rasa bersyukur dan sentiasa menghargai apa yang anda miliki tanpa mengira ia nyata atau tidak. Pemikiran bersyukur mendorong anda untuk menghargai pengalaman hidup. Dengan mengambil dan menikmati perasaan yang menyenangkan dalam kehidupan, anda mencipta cahaya untuk diri anda mencapai kenikmatan hidup maksimum tanpa menghiraukan kesulitan semasa anda.

    Dengan pemikiran yang bersyukur, anda boleh mengakui perkara kebaikan yang anda miliki. Dengan itu, anda boleh mencari cara untuk menyelesaikan masalah yang membebankan anda. Melalui proses itu, anda secara beransur-ansur akan merealisasikan sumber kebaikan. Semua orang hidup bukan sebagai individu tetapi dikelilingi oleh orang lain dan ciptaan yang tidak dapat dijelaskan.

    Mencari kebahagiaan adalah untuk mencari sambungan yang tepat kepada apa yang mengelilingi anda. Orang yang bersyukur terbukti lebih baik dalam menyelesaikan masalah ketika menghadapi kesulitan. Sebagai contoh, orang yang mempunyai penyakit kronik seperti HIV lebih optimis untuk mencari pelan pemulihan dan elak menyalahkan diri sendiri.

    Rasa dan ucapkan rasa bersyukur

    Untuk merasakan dan mengucapkan rasa syukur/terima kasih, anda dengan mudah boleh mengamalkannya dengan meditasi seperti mendapatkan saat-saat gembira dan bersyukur atas apa yang telah anda lakukan dan terima. Jangan beranggapan bahawa dengan mengekalkan pemikiran positif untuk sesuatu akan datang. Berikut beberapa tip berguna untuk anda:

    • Luahkan melalui nota

    Dengan menulis atau menghantar mesej perasaan berterima kasih, anda boleh memupuk hubungan anda dengan orang lain atau hanya membuat anda berasa lebih bahagia. Tuliskan semua yang anda hargai dan membuat anda berasa selesa, kemudian hantar atau menyimpannya sendiri. Apabila anda berasa sedih, bacanya sekali lagi untuk mengingatkan diri anda bahawa terdapat saat bahagia dan elakkan diperngaruhi dengan keadaan yang tidak baik.

    • Menghargai secara secara mental

    Jika anda berasa malu atau tidak menulis perkara-perkara yang dialami, anda boleh memikirkan mereka yang telah melakukan sesuatu yang baik kepada anda, dan secara mental mengucapkan terima kasih.

    • Cuba bersikap baik

    Kebaikan sentiasa merupakan cara yang terbaik untuk mengucapkan terima kasih kepada orang lain dan mengembalikan perasaan positif untuk diri sendiri. Anda boleh membantu dan menyokong orang ramai dan mempelajari manfaat kebaikan.

    • Berdoa

    Orang yang agama boleh berdoa untuk menenangkan jiwa mereka dan mencari bantuan daripada apa yang mereka percayai. Itu mungkin dapat melegakan tekanan dan kadang-kadang membimbing anda ke arah yang betul.

    Jelas sekali, matlamat besyukur tidak menggalakkan orang mencari apa yang mereka tiada, ia tentang menghiasi apa yang mereka miliki. Penyelidikan telah menunjukkan keprihatinan yang baik untuk membantu anda mendapatkan emosi yang lebih positif, menghargai pengalaman yang baik, mencerminkan kejadian yang buruk, mengubah mood dan akhirnya meningkatkan kesihatan. Oleh itu, bukannya mencari apa yang anda tidak perlu, tumpukan pada apa yang anda ada dan amalkan sikap ini setiap hari untuk menjadikan keadaan mental ini berkembang.

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 05/12/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan