backup og meta

Bagaimana Ingin Mengelakkan Influenza Tersebar?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 29/09/2021

    Bagaimana Ingin Mengelakkan Influenza Tersebar?

    Demam dan selesema seperti influenza sangat mudah tersebar kepada orang sekeliling. Jika langkah yang sepatutnya tidak diambil, virus boleh menjangkiti seluruh isi rumah atau bahkan termasuk kawasan kejiranan terbabit.

    Sebagai seorang yang bertanggungjawab, anda harus memastikan virus dan penyakit yang anda alami tidak menjejaskan orang lain. Virus influenza boleh tersebar melalui cecair yang keluar semasa anda batuk atau bersin. Cecair ini beredar di dalam udara atau melekat pada barang-barang berhampiran seperti meja dan kerusi sehingga 2 jam atau lebih. Jika seseorang pegang kawasan terbabit, kemudian menyentuh bahagian mukanya, virus masuk ke dalam saluran pernafasannya.

    Ikuti langkah-langkah berikut untuk mengelakkan influenza tersebar.

    1. Jaga jarak anda

    Semasa anda sedang sakit, elakkan bersentuhan dengan orang lain. Sebaiknya, jaga jarak anda. Meskipun tidak bersentuhan secara langsung, jarak yang dekat lebih mudah menyebarkan virus kepada orang lain. Maklumkan kepada ahli rumah dan orang di sekeliling bahawa anda sedang sakit dan tidak mahu membuatkan mereka sakit juga.

    2. Duduk di rumah

    Pergi ke sekolah atau tempat kerja bukanlah satu langkah yang baik ketika sedang sakit. Ia bukanlah simbol kesungguhan atau kerja keras kerana rakan anda di sekolah atau tempat kerja mungkin akan dijangkiti pula. Untuk mengelakkan ia berlaku, duduk di rumah adalah apa yang terbaik anda boleh lakukan.

    Virus influenza boleh tersebar sehari sebelum simptom berlaku sehingga 5 hari selepasnya.

    3. Tutup mulut dan hidung

    Semasa batuk atau bersin, pastikan anda menutup mulut dan hidung dengan kain atau tisu. Ia membantu mengelakkan cecair mulut dan hidung anda yang mengandungi virus tersebar. Sekurang-kurangnya, tutup dengan tangan. Kemudian, basuh tangan tersebut dan buang tisu yang digunakan.

    4. Basuh tangan

    Tangan anda mengandungi bermacam-macam jenis kuman dan sangat mudah menyebarkannya memandangkan tangan tersebut digunakan untuk memegang banyak perkara sepanjang hari. Oleh itu, pastikan anda sentiasa basuh tangan sebelum dan selepas makan, sebelum dan selepas menyentuh orang sakit, sebelum dan selepas ke tandas.

    Gunakan sabun dan air suam, sental tangan dengan betul termasuk celah-celah jari dan kuku selama lebih kurang 30 saat. Selain sabun, pembersih tangan alkohol juga boleh digunakan.

    5. Elakkan menyentuh kawasan muka

    Jika cecair daripada orang sakit masuk ke dalam hidung, mulut atau mata, anda mungkin boleh mendapat flu juga. Tangan anda yang memegang macam-macam benda mungkin juga mengandungi virus. Pastikan anda tidak kerap menyentuh kawasan muka dan basuh tangan terlebih dahulu.

    6. Amalkan gaya hidup sihat

    Tiada perkara yang dapat melawan gaya hidup sihat dalam mencegah penyakit secara am. Dapatkan tidur yang cukup, pemakanan yang seimbang serta senaman berkala.

    Baca juga:

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 29/09/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan