backup og meta

Bagaimana Ingin Bercuti Tanpa Stres?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 13/07/2020

    Bagaimana Ingin Bercuti Tanpa Stres?

    Tahun 2018 bakal melabuhkan tirai dalam 2 minggu sahaja lagi, cuti sekolah juga bakal berakhir. Dengan berbaki cuti yang ada, tentu anda ingin menggunakan peluang ini untuk meluangkan masa bersama keluarga dan orang tersayang. Namun, bercuti juga kadangkala boleh mengundang stres.

    Bagaimana ingin bercuti dengan tenang tanpa stres? Mari lihat tip berikut.

    1. Elakkan dari menimbulkan pertelingkahan dalam keluarga

    Masa bersama keluarga seharusnya diisi dengan gelak dan tawa, bukannya pergaduhan atau pertelingkahan. Topik-topik sensitif seperti politik, perbezaan ideologi, dan perkauman sebaiknya tidak dibincangkan dalam pertemuan keluarga.

    Jika berlaku pergeseran, gunakan tona suara yang rendah dan sopan. Ambil masa untuk bertenang dan menukar topik perbincangan. Mereka semua ialah ahli keluarga anda, mengapa ingin bermasam muka?

    2. Rancang percutian dengan baik

    Peracangan last minute kadangkala seronok dan memberikan memori manis. Namun, ia juga boleh mengundang banyak masalah yang akan membuatkan anda tertekan.

    Jika anda merancang untuk menaiki kapal terbang, pastikan anda berada di lapangan terbang awal dan lakukan online check-in bagi memastikan perjalanan lancar. Sila peka terhadap kelancaran trafik agar tidak terlepas jadual penerbangan kerana tersekat di atas jalan raya.

    3. Tidak perlu menerima semua pelawaan rakan anda

    Anda perlu membuat keputusan terbaik untuk anda meluangkan masa cuti. Jika anda mendapat banyak pelawaan dari rakan untuk bercuti, tidak salah untuk menolak. Tetapkan prioriti terutamanya yang melibatkan ahli keluarga.

    4. Ukur baju di badan sendiri

    Harga percutian bukan menjadi ukuran. Biar murah asalkan bermakna. Jangan terlalu mudah terpengaruh dengan gambar yang dimuatkan di laman sosial, mereka mungkin mempunyai banyak duit.

    Apa yang lebih penting ialah masa berkualiti bersama orang tersayang. Berkumpul di rumah ibu dan ayah mungkin lebih bermakna berbanding percutian ke luar negara jika ia dapat mengukuhkan lagi hubungan sesama adik-beradik.

    5. Jangan kejar kesempurnaan

    Perancangan perlu dibuat tetapi apa yang berlaku mungkin tidak sempurna seperti yang dirancang. Semua itu tidak terlalu penting. Malah, anda akan lebih stres jika meletakkan sasaran yang terlalu tinggi untuk dicapai. Anda hanya perlu menikmati saat bersama kerana itu yang lebih berharga!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Amy Kor

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 13/07/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan