Badan Selalu Letih? Cuba Langkah Ini

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Rasa letih itu biasa terutamanya jika anda sudah semakin berumur. Namun jika terlalu kerap mengalaminya, ia tentu menjejaskan aktiviti harian anda. Jangan bimbang, ada banyak langkah yang anda boleh cuba amalkan untuk mengembalikan semula tenaga anda.

1. Lakukan pemeriksaan kesihatan

Rasa letih anda mungkin disebabkan oleh keadaan kesihatan tertentu termasuk kencing manis, penyakit jantung, artritis, anemia, masalah kelenjar tiroid, dan apnea tidur. Dapatkan pemeriksaan dan nasihat dari ahli profesional.

Sesetengah ubat-ubatan juga boleh menyebabkan keletihan seperti sebahagian ubat tekanan darah tinggi, antihistamin, dan diuretik.

2. Gerakkan badan anda

Sudah letih tapi perlu bersenam? Bunyi seperti pelik tetapi banyak kajian membuktikan bahawa bersenam boleh meningkatkan tenaga. Ia membuatkan jantung, paru-paru, dan otot bekerja dengan lebih efisien. Dalam kadar yang betul, senaman tidak memenatkan sebaliknya memberikan lebih tenaga.

3. Banyakkan minum air

Antara punca keletihan ialah dehidrasi. Air boleh hilang dari badan anda tanpa sedar. Apabila cecair badan berkurang, banyak fungsi badan terganggu dan ia menjejaskan tahap kecergasan anda.

Berapa banyak anda perlu minum? Sehingga air kencing menjadi warna kuning cair atau seperti air kosong.

4. Tidur awal

Kurang tidur ialah antara punca utama keletihan di waktu pagi. Tambahan pula, kurang tidur mendedahkan diri kepada risiko penyakit kronik termasuk obesiti dan tekanan darah tinggi.

Tiada lagi panggung wayang di tengah malam!

5. Kurangkan berat badan berlebihan

Mengurangkan badan boleh memberikan rangsangan tenaga serta meningkatkan mood dan kualiti hidup. Bagaimana? Kurangkan saiz hidangan dan lebihkan aktiviti fizikal.

6. Makan lebih kerap

Lebih kerap tetapi dengan saiz hidangan yang kecil. Kaedah ini membantu mengekalkan kadar gula dalam darah sepanjang hari. Bijirin penuh dan makanan karbohidrat kompleks lain (kekacang, sayur-sayuran) ialah pilihan yang baik kerana ia mengambil masa lebih lama untuk dihadam berbanding karbohidrat ringkas (nasi putih, gula-gula, air berperisa).

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut