backup og meta

Automated External Defibrillator, Apakah Fungsinya?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Pei Yu Ng · Disemak pada 29/11/2022

    Automated External Defibrillator, Apakah Fungsinya?

    Alat AED ataupun Automated External Defibrillator mempunyai fungsi sebagai alat yang digunakan untuk menyelamatkan pesakit yang diserang sakit jantung secara-tiba-tiba di tempat awam. 

    Apabila seseorang tiada nadi dan pernafasan, serta kehilangan kesedaran, keadaan ini dikenali sebagai serangan jantung secara tiba-tiba atau Sudden Cardiac Arrest (SCA).

    Dalam keadaan ini, pemulihan pernafasan dan jantung (CPR) dan perangkat sengatan jantung amat diperlukan. CPR yang meliputi tekanan dada dan pernafasan bantuan bertujuan untuk memastikan aliran oksigen ke dalam otak dan mengelakkan kematian otak kepada mangsa.

    Perangkat sengatan jantung atau Automated External Defibrillator, merupakan sesuatu arus elektrik yang dipakai ke atas dada mangsa untuk membantu jantung dalam mengepam darah semula.

    Apa itu Automated External Defibrillator?

    Alat AED

    Automated External Defibrillator (AED) atau alat defibrillator merupakan suatu peranti yang dapat menganalisis denyutan jantung dan memberi nasihat kepada penyelamat sama ada untuk menyampaikan arus kejutan kepada mangsa. Pad elektrod AED akan ditampalkan ke dada mangsa dan shock akan disampaikan selepas analisis alat tersebut.

    Sesetengah alat defibrillator yang canggih mempunyai fungsi untuk mengenal pasti keberkesanan CPR dengan memberi maklum balas kepada tekanan dada yang dilakukan oleh penyelamat. Jika kedua-dua alat AED dan CPR dipakai sekali, hal ini boleh meningkatkan peluang hidup mangsa.

    Bagaimanakah Cara untuk Menggunakan Automated External Defibrillator ?

    1. Apabila mendapat AED, pasangkan dan buka penutupnya.
    2. Keluarkan semua pakaian mangsa pada bahagian dada. Pastikan dada adalah kering dan bersihkan rambut yang berlebihan.
    3. Keluarkan pad elektrod dan letak ke atas dada mangsa. Pastikan tanda “+” adalah di bahagian tengah dada.
    4. Apabila AED sedang menganalisis denyutan jantung mangsa, pastikan tiada sesiapa yang menyentuhnya.
    5. Jika AED memberi nasihat untuk menyampaikan shock kepada mangsa, tekan butang shock (Pastikan tiada sesiapa yang menyentuh mangsa)
    6. Kalau alat AED tidak memberi nasihat untuk menyampaikan shock, lakukan CPR dengan segera. Selepas satu kitaran CPR (30 tekanan dada dan 2 pernafasan bantuan), AED akan menganalisis denyutan jantung mangsa sekali, dan akan memberi nasihat untuk menyampaikan shock atau lakukan CPR secara berterusan.
    7. Ikuti arahan yang diberi oleh AED sehingga mangsa sedar semula atau ambulans sampai.

    Kepentingan dan fungsi alat defibrillator 

    fungsi defibrillator

    Alat AED boleh meningkatkan peluang hidup mangsa apabila SCA berlaku. Hal ini demikian kerana ambulans dan peranti perubatan mungkin tidak dapat sampai ke tempat kejadian tepat pada masanya.

    Walau bagaimanapun, di Malaysia hanya lapangan terbang dan sesetengah pusat membeli-belah yang mempunyai alat ini. Alat AED hendaklah ditempatkan di tempat awam, tempat kerja, serta tempat kediaman.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Pei Yu Ng · Disemak pada 29/11/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan