Zingiber officinale Roscoe (Zingiberaceae) atau lebih dikenali dengan nama halia adalah bahagian rizom pohon Zingiber officinale.
Ia telah digunakan secara tradisional sebagai tumbuhan dengan nilai perubatan sejak sekian lama dan terbukti secara saintifik pada tahun 1982, dengan penggunaan halia mampu melegakan sakit sendi yang berkaitan dengan rheumatoid arthritis.
Dalam kajian tersebut, empat komposisi baharu diasingkan daripada halia dan kesemua komposisi tersebut menunjukkan kesan penghambatan yang berpotensi untuk mengurangkan sintesis prostaglandin, iaitu punca keradangan.
Halia juga menunjukkan kesan dalam menghalang prostaglandin dan biosintesis leukotriena yang menyokong tindakan anti-radang.
Halia juga memainkan peranan penting terhadap beberapa penyakit seperti asma, diabetes, strok dan sembelit kerana ia mengandungi bahan-bahan fitokimia.
Aloe vera
Aloe barbadensis atau aloe vera dikenali tentang fungsi kelegaannya untuk masalah kulit seperti luka kecil, sengatan serangga, lebam, racun tumbuhan seperti pohon Ivy dan eczema.
Komposisi seperti anthraquinone, anthracene, cinnamic acid dan anthranilic acid yang diperoleh daripada aloe vera berfungsi sebagai anti-arthritis dan ajen anti radang yang sangat berkesan.
Aloe vera turut digunakan sebagai pembersih darah, diuretik, tonik rahim, julap, meredakan demamserta antibakteria dan antikulat.
Acemannan dan glucomannan adalah dua polysaccharides yang terdapat didalam aloe vera yang memberi manfaat kepada keradangan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen