backup og meta

Atasi Sakit Sendi Anda Dengan Herba dan Rempah Ini

Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 31/05/2022

    Atasi Sakit Sendi Anda Dengan Herba dan Rempah Ini

    Sakit sendi sering dikaitkan dengan arthritis, iaitu keadaan keradangan pada sendi dan ia akan menyerang secara berterusan memandangkan pergerakan bahagian tubuh badan akan sentiasa berlaku. Berikut ini antara cara menghilangkan sakit sendi yang boleh dicuba. 

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Rawatan Tradisional & Herba, sila dapatkannya di sini.

    Sakit sendi atau athritis berlaku di bahagian badan termasuklah sendi, ligamen, tendon, otot dan tulang rawan.

    Hampir 40 juta individu di Amerika Syarikat direkodkan menghidapi arthritis dengan 1.8 juta daripadanya mengalami Rheumatoid Arthritis.

    Terdapat lebih daripada 100 jenis arthritis dengan beberapa jenis daripadanya adalah yang sering berlaku iaitu Rheumatoid Arthritis, Osteoarthritis, Psoriatic Arthritis, Gout dan Fibromyalgia.

    Sakit sendi kerap berlaku apabila anda menghidap arthritis, bersama-sama dengan kekejangan, lebam, dan kemerah-merahan sebagai sebahagian daripada simptom.

    Arthritis berlaku apabila tisu penghubung fleksibel didalam sendi anda yang dinamakan ‘cartilage’ atau rawan berkurangan daripada jumlah yang sepatutnya.

    Cara menghilangkan sakit sendi dengan bahan semula jadi 

    Halia

    cara menghilangkan sakit sendi

    Terdapat beberapa jenis herba dan rempah yang boleh digunakan sebagai alternatif untuk mengatasi sakit sendi anda memandangkan ia telah terbukti secara saintifik.

    Zingiber officinale Roscoe (Zingiberaceae) atau lebih dikenali dengan nama halia adalah bahagian rizom pohon Zingiber officinale.

    Ia telah digunakan secara tradisional sebagai tumbuhan dengan nilai perubatan sejak sekian lama dan terbukti secara saintifik pada tahun 1982, dengan penggunaan halia mampu melegakan sakit sendi yang berkaitan dengan rheumatoid arthritis.

    Dalam kajian tersebut, empat komposisi baharu diasingkan daripada halia dan kesemua komposisi tersebut menunjukkan kesan penghambatan yang berpotensi untuk mengurangkan sintesis prostaglandin, iaitu punca keradangan.

    Halia juga menunjukkan kesan dalam menghalang prostaglandin dan biosintesis leukotriena yang menyokong tindakan anti-radang.

    Halia juga memainkan peranan penting terhadap beberapa penyakit seperti asma, diabetes, strok dan sembelit kerana ia mengandungi bahan-bahan fitokimia.

    Aloe vera

    Aloe barbadensis atau aloe vera dikenali tentang fungsi kelegaannya untuk masalah kulit seperti luka kecil, sengatan serangga, lebam, racun tumbuhan seperti pohon Ivy dan eczema.

    Komposisi seperti anthraquinone, anthracene, cinnamic acid dan anthranilic acid yang diperoleh daripada aloe vera berfungsi sebagai anti-arthritis dan ajen anti radang yang sangat berkesan.

    Aloe vera turut digunakan sebagai pembersih darah, diuretik, tonik rahim, julap, meredakan demamserta antibakteria dan antikulat.

    Acemannan dan glucomannan adalah dua polysaccharides yang terdapat didalam aloe vera yang memberi manfaat kepada keradangan.

    Ini juga termasuklah mempercepat pertumbuhan semula tisu, meningkatkan dan merangsang tindak balas imun dan meningkatkan sel darah putih.

    Lada hitam

    Lada hitam berasal dari rantau India Selatan dan telah ditanam di negara-negara beriklim tropika seperti Indonesia, Brazil, Malaysia, Vietnam dan Sri Lanka.

    Lada hitam mempunyai aroma berkayu, aromatik dan pedas dengan rasa berapi.

    Piperine adalah sebatian bioaktif yang diperolehi daripada lada hitam yang boleh mengurangkan gejala-gejala arthritis dalam acute paw arthritis yang disebabkan oleh carrageenan.

    Ia juga meningkatkan rembesan jus gastrik, melegakan loya, sakit kepala dan membantu dengan pencernaan yang bermasalah.

    Kunyit

    cara menghilangkan sakit sendi

    Selain itu, kunyit juga dianggap sebagai herba yang paling berkesan untuk menghalang keradangan sakit sendi selain daripada mengurangkan kesakitan.

    Ia berasal dari India dan China dan ditanam di beberapa negara termasuk Sri Lanka, Indonesia, Jamaica dan Peru.

    Ia mengandungi vilotile oil, bijirin kanji, resin, dan curcuminoid. Curcumin, komponen utama curcuminoids bertindak sebagai agen anti-radang dan untuk itu, ia telah digunakan dalam penyembuhan luka, hepatoprotection (keupayaan untuk melindungi hati dari kerosakan), dan neuroprotection.

    Allepey India dianggap sebagai rizom yang berkualiti tinggi kerana ia mempunyai kandungan curcumin tertinggi berbanding daripada rizom lain.

    Dalam penilaian in vivo, curcuminoid menunjukkan bahawa ia boleh mengurangkan keradangan akut dan kronik masing-masing sebanyak 75% dan 68%. Pengambilan harian sebanyak 4 mg total curcuminoids boleh menghalang keradangan sendi arthritis.

    Teh hijau

    Teh hijau atau yang dikenali secara saintifik sebagai Camellia sinensis Linn berasal dari tanah besar China, Asia Tenggara dan Asia Selatan.

    Sebatian aktif di dalam teh hijau adalah polyphenols (catechins dan flavonols), kafein dan minyak pati dan catechin yang paling besar dalam epigallocatechin merupakan antioksidan yang kuat.

    Teh hijau mengandungi banyak epigallocatechin 3-gallate (EGCG) yang mana para saintis dari University of Michigan mendapati ia dapat mengurangkan keradangan dan sakit sendi dengan membatasi pengeluaran molekul tertentu dalam sistem imun.

    Semua tumbuh-tumbuhan dan herba ini adalah ubat yang telah menjadi amalan sebagai agen penyembuh pelbagai guna.

    Penggunaan herba dan rempah-rempah untuk menyembuhkan kesakitan sendi telah dibuktikan dengan bukti-bukti yang boleh dipercayai dan diikuti dengan sokongan daripada penemuan penyelidikan lain.

    Dengan pelbagai sebatian aktif dalam tumbuh-tumbuhan yang berfungsi sebagai agen anti-radang, kita dapat menyembuhkan kesakitan sendi secara semulajadi dan mengurangkan keradangan daripada berlaku.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Amy Kor

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 31/05/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan