backup og meta

Atasi Rasa Pening Lalat Ketika Berpuasa Dengan Panduan Berguna Ini

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 08/12/2019

    Atasi Rasa Pening Lalat Ketika Berpuasa Dengan Panduan Berguna Ini

    Puasa mungkin bukan sesuatu yang mudah bagi sebahagian orang, terutamanya bagi mereka yang mengalami masalah kesihatan. Menahan lapar dan dahaga selama lebih kurang 13 jam kadangkala tidak mudah. Anda mungkin boleh mengalami keletihan, pening, sakit kepala, ingin pengsan, bahkan pening lalat ketika berpuasa. Apa yang menyebabkan pening lalat semasa berpuasa?

    Apa itu pening lalat (vertigo)?

    Vertigo adalah rasa tidak seimbang, sehingga anda merasa seperti sedang berputar atau lingkungan di sekitar anda terasa berputar dan anda merasa pening disebabkannya. Ini boleh menjadi sangat parah dan membuat anda susah melakukan aktiviti harian anda. Umumnya, pening lalat berlaku dalam kalangan warga emas yang berusia 65 tahun ke atas, tetapi juga boleh berlaku pada semua peringkat umur.

    Pening lalat boleh berlaku secara tiba-tiba dan berlangsung selama beberapa saat atau lebih. Apabila anda mengalami pening lalat, anda akan merasakan kehilangan keseimbangan (menyebabkan susah untuk berdiri atau bahkan berjalan), merasa sakit, dan pusing.

    Apakah penyebab pening lalat sewaktu berpuasa?

    Pening lalat disebabkan oleh adanya gangguan keseimbangan dalam tubuh anda, yang melibatkan pelbagai bahagian sistem deria, seperti mata, saraf deria, dan telinga bahagian dalam. Gangguan pada telinga dalam memberikan otak isyarat dari telinga bahagian dalam yang tidak selari dengan apa yang diterima oleh mata dan saraf deria. Hasilnya, otak anda mengalami kebingungan, dan anda merasa pusing serta tidak seimbang.

    Apabila anda berpuasa, beberapa perkara boleh menjadi pencetus kepada pening lalat, iaitu:

    • Migrain. Migrain atau sakit kepala satu sisi sewaktu berpuasa boleh menyebabkan anda mengalami vertigo, lebih-lebih lagi jika migrain yang anda rasakan tidak terlalu parah. Migrain ini boleh dicetuskan oleh bunyi bising atau sensitif terhadap cahaya. Pening lalat yang anda rasakan boleh berlangsung selama beberapa minit atau lebih lama.
    • Peredaran darah yang lemah. Hal ini membuatkan jantung anda mengepam darah yang mencukupi ke otak atau telinga bahagian dalam, sehingga anda boleh merasa pusing, ingin pengsan, dan tidak seimbang (vertigo).
    • Tekanan darah rendah. Keadaan ini juga boleh menyebabkan aliran darah dari jantung ke otak dan telinga bahagian dalam terbantut, sehingga anda boleh mengalami pusing, lemas, dan pening lalat sewaktu berpuasa. Biasanya, anda boleh mengalami hal ini jika berdiri terlalu cepat daripada posisi duduk atau baring.
    • Gula darah rendah. Apabila berpuasa, secara umumnya gula darah akan menurun kerana tidak ada makanan yang masuk ke dalam tubuh anda. Hal ini membuat anda merasa lemas, lelah, dan pusing. Juga, boleh menyebabkan pening lalat anda berulang.
    • Dehidrasi. Kekurangan cecair atau dehidrasi juga biasa berlaku sewaktu berpuasa ketika jumlah air yang anda ambil kurang daripada jumlah air yang keluar dari tubuh anda. Hal ini membuat anda merasa pusing, lemas, dan juga lelah, serta mencetuskan pening lalat.

    Bagaimana mencegah pening lalat sewaktu berpuasa?

    Terdapat beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk mencegah pening lalat berulang sewaktu berpuasa atau untuk membantu meringankan simptom pening lalat, iaitu:

    • Lakukan senaman sederhana,
    • Tidur dengan kepala sedikit terangkat. Anda boleh meletakkan dua atau lebih bantal di bawah kepala anda sehingga kedudukan kepala anda lebih tinggi dari badan.
    • Bangun dari posisi duduk atau baring dengan perlahan. Duduk selama sekitar satu minit sebelum anda berdiri dari tempat tidur anda.
    • Elakkan membongkok untuk mengambil barang.
    • Elakkan mengangkat leher anda tinggi-tinggi, contohnya seperti ketika anda ingin mengambil barang di rak yang tinggi.
    • Gerakkan kepala anda secara perlahan sewaktu bekerja.
    • Lakukan senaman yang boleh mencetuskan pening lalat untuk membiasakan otak anda.

     

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 08/12/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan