Atasi Kegelisahan Selepas Kehilangan

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Kehilangan seseorang yang anda cintai adalah sesuatu yang sukar. Setiap individu mengawal emosi dan perasaan dengan cara yang berbeza, maka reaksi terhadap kehilangan juga berbeza bergantung kepada faktor penyebabnya.

Ia termasuk berkaitan usia ketika kehilangan, kebergantungan kita dan berapa rapat kita dengan individu tersebut. Doktor mengenal pasti lima fasa umum kesedihan: Penolakan – Kemarahan – Kekecewaan – Kemurungan – Penerimaan.

Setiap individu akan melalui fasa ini dengan cara yang tersendiri. Perkara yang mengingatkan anda tentang kehilangan seperti ulang tahun perkahwinan, lagu kegemaran pasti dapat mengembalikan kesedihan.

Ramai individu mengalami kegelisahan kesan dari kesedihan walaupun ia tidak disenaraikan. Kegelisahan adakalanya seakan mengawal kehidupan anda dan membuatkan anda merasa seperti segalanya sudah hancur musnah.

Anda perlu memperlahankan keadaan. Jika emosi anda terganggu dan bercampur-baur, dapatkan sokongan dari individu yang anda percayai.

Berikut adalah beberapa tip untuk mengatasi kegelisahan:

  • Luahkan kegelisahan. Cuba untuk luahkan atau mencatat apa yang mengganggu anda. Walaupun anda mungkin tidak pasti apa yang membunuh anda, cari perkataan yang dapat mengambarkan perasaan anda dan ia pasti dapat membantu mencari punca masalah anda.
  • Bertanggungjawab. Terima segala kesan dari setiap apa yang anda lakukan. Namun, elakkan dari membuat keputusan tentang sesuatu yang besar apabila anda dalam keadaan cemas atau bimbang.
  • Bantuan. Ia mungkin sukar. Tetapi jika kegelisahan mengganggu kehidupan seharian dan peribadi anda, pastikan anda cuba mendapatkan bantuan individu lain. Ini memberikan mereka peluang untuk menunjukkan bahawa mereka mengambil berat dan menyokong anda. Ia juga sebagai cara untuk anda sedar bahawa mereka disekeliling anda sanggup membantu anda.
  • Keselesaan. Anda mungkin memerlukan teman dan sokongan sehingga anda merasa lebih baik. Minta bantuan dari mereka yang anda percaya dan selesa untuk bersama. Ini bukan tanda kelemahan, tetapi ia adalah tanda bahawa anda sedar tentang masalah yang anda hadapi dan anda sedang menjaga diri anda.

Berdepan dengan kematian individu yang anda cintai dan sayangi adalah satu tempoh yang boleh mendatangkan tekanan. Ia mungkin meningkatkan ketegangan tekanan, bersama faktor fizikal seperti kesukaran untuk tidur, makan secara emosi yang boleh menyebabkan emosi menjadi semakin tidak seimbang sehingga meningkatkan kegelisahan.

Jika anda, atau sesiapa yang anda kenal, sedang berdepan dengan kehilangan seseorang, ia adalah satu keputusan terbaik untuk mendapatkan bantuan profesional. Kaunseling kesedihan dapat  membantu menyelesaikan sesetengah isu, termasuk membantu mengatasi masalah kesihatan mental seperti kemurungan dan kegelisahan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

Tarikh Reviu: Februari 7, 2019 | Kali terakhir kemaskini: Disember 3, 2019

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut